Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961
Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

KOMPOSIS PEMANDANGAN INDAH - Bahagian 5

5. LEAD LINE /  RO3

Dalam bab ini kita akan bincangkan tentang dua perkara di atas sekaligus. Lebih mudah dan lebih ringkas. Sila rujuk gambar di bawah ;

 
Ini salah satu contoh leading line dan leading line yang baik kebiasaannya akan membawa mata penonton ke arah POV (Point Of View). POV boleh wujud tanpa adanya lead line, tetapi jika adanya lead line yang membantu POV, gambar anda akan memberi lebih impak pada mata audience. Lihat gambar kedua ;
 
 
Dalam gambar di atas terdapat lead line, tetapi lead line tersebut membawa mata penonton ke jalan mati. Tiada titik noktah. Masih boleh diterima, tiada masalah. Aku masih suka dengan hasil yang sekeping ini. Cuma, alangkah baiknya jika leadline itu membawa penonton ke hutan kelapa yang ada di kiri frame. Seperti yang aku lakarkan di dalam gambar di bawah ;
 

 
 
Baik, kita teruskan dengan gambar yang lain ;
 
 
A
 
Adakah tiang-tiang yang bersusun dari kanan frame tu boleh dikira sebagai lead line??????
Bagaimana pula dengan gambar yang di bawah ini??
 
B
 
 

Ok... izinkan aku yang cetek ilmu ini beri pendapat.
 
Pada kedua-dua gambar A dan B, tidak terdapat lead line. Kenapa aku berkata begitu?? Sebabnya lead line yang baik, seboleh-bolehnya hadir dari penjuru frame... ataupun hampir dengan penjuru frame. Sila rujuk gambarajah di bawah ;
 
 
Jika anda mampu dengan sedaya upaya anda, cuba dapatkan lead line yang hadir dari dalam kotak-kota A dan menuju ke mana-mana kotak yang lain asalkan ianya melalui titik pertemuan RO3. Prinsipnya sama macam RO3 di mana mata manusia akan lebih tertumpu kepada pertemuan titik-titik tersebut. Jadi,  jika lead line melalui titik-titik tersebut, ia akan memberi lebih impak pada lead line anda. Teknik komposisi ini juga adakalanya dapat mewujudkan perspektif yang lebih menarik jika dibandingkan dengan lead line yang hadir dari kotak B menuju ke kotak C seperti dua gambar di atas.
 
 
Boleh ke kalau nak keluarkan jugak lead line dari kotak B ke kotak C tanpa melalui titik-titik RO3?? Contohnya dari kotak B di bawah atau dari B di atas. Jawapannya boleh, asalkan lead line anda boleh mencipta perspektif leading line atau geomatric shape seperti di bawah;
 
 
 
 
Sekeping lagi gambar yang aku nak kongsi. Sila abaikan subjek lain di dalam gambar ini dan berikan tumpuan kepada lead line yang sedang kita bincangkan.
 
 
Anda tentu akan terserempak dengan anakonda begini di lokasi tertentu dan ini memang subjek baik punya untuk dijadikan lead line. Silap-silap dapat cover photo kat NatGeo, maklumlah gambar ular sawa. Sorry ok.. ini dahan patah bukan anakonda. Sebenarnya aku dah letih memikir ni.
 
 Baik, sekiranya anda nak jadikan subjek begini sebagai lead line, cuba masukkan dalam frame anda dari kotak-kotak yang kita bincangkan tadi. Jika anda masukkan ia dari kotak B terus menuju ke kotak C, anda lihatlah sendiri. Ianya akan nampak lebih seperti batang kayu terjuntai terjelen terjengoih bak kata P.Ramlee tu.  Tak percaya, cuba buat. Sekeping dari kotak A dan sekeping dari kotak B dan bandingkan kedua-duanya. Masih jadi sekeping gambar, tetapi dah tentu salah satunya lebih baik dari yang satu lagi.



 
 

Seterusnya. Aku sangap dah ni.. mata dah hijau. Takpe kita sambung sikit lagi.

Adakalanya, unsur-unsur lain juga boleh dijadikan lead line. Bukan unsur-unsur yang lurus seperti kayu dan jambatan sahaja. Susunan batu-batu dan garisan air laut juga kadangkala boleh dijadikan lead line yang luar biasa jika anda kompo dengan bijak. Mari lihat gambar terakhir dalam bab ini.


Cuba dapatkan kombinasi beberapa rules di dalam gambar anda dan lihat hasilnya. Banyak lagi contoh-contoh dan tips bagaimana membina lead line dalam gambar kita. Rajin-rajinlah skodeng kat google. Ini hanyalah sebahagian dari garis panduan yang aku jadikan formula untuk menghasilkan sekeping gambar yang boleh bikin kawan-kawan lain pedih mata dan takmau kawan dengan aku kat FB kekekekeke. Tapi alhamdulillah, mereka masih kawan-kawan aku sampai sekarang dan masih sudi memberi tunjuk ajar tatkala aku memerlukan. Jadi, hargailah kawan-kawan kita, anggaplah mereka juga macam lead line yang membimbing kita menuju kecemerlangan. Serius ni tapi aku nak gelak jugak hahahahaha. !!

Dah.. betoi punya mengantuk, meloya dan sebagainya. InsyaAllah bertemu lagi di bahagian keenam. Jika ada salah dan silap dari aku, kot-kot tersesatkan pembaca-pembaca kat sini, aku pohon ampun banyak-banyak. Ilmu aku pun belum sampai sebesar kuman di laut. Mana yang aku tau, aku bagilah. Aku berkongsi ni bukan sebab aku terer, bukan sebab nak tunjuk hero atau riak tak tentu pasal. Aku berkongsi sebab ada orang lain yang berkongsi dengan aku dan aku kongsikan pula pada yang lain terutama yang muda-muda bergetah yang baru beli kamera ni. Janganlah cemarkan kamera anda dengan gambar maksiat yang entah apa-apa. Asal kamera ja model, asal kamera ja talent. Beli kamera tu dengan titik peluh yang halal, kerah segala kederat tulang empat kerat tu. Bila dah beli dok pegi shoot gambar maksiat pulak. Tak rasa rugi dunia akhirat ke?? Dulu aku pun macam tu jugak, tapi sekarang dah insaf hehe. Jadi, meh kita shoot landscape. Lebih nyaman, lebih tenang dan dapat mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta sambil merakamkan alam yang serba indah ini. Kita kongsikan pulak gambar kita yang cantik-cantik tu pada orang lain. Bila mereka sebut "subhanallah" tatkala menatap gambar yang indah tu, free-free ja kita dapat pahala. Takmau lagi gitu?? Heheh..

Oklah, aku nak muntah sekarang.

Wassalam.





Tuesday, November 6, 2012

KOMPOSISI PEMANDANGAN INDAH - Bahagian 4

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, encik-encik dan cik-cik, aku mula berkawan dengan kamera pada tahun 2003. Kamera pertama aku ialah filem kompak boleh zoom jenama Olympus yang aku beli dengan harga RM500. Mahal wehh masa tu. Beli guna kad kredit. Bayar bulan-bulan minimum RM50. Dekat setahun baru habis bayar sekali dengan interest. Bila dah dapat kamera idaman aku terus pulun ambil gambar itu dan ini. Pergilah mana-manapun walaupun ke pasar malam aku usung kamera tu. Pokok, batu, tiang letrik, rumah, monyet, biawak, burung.. apa-apa sajalah yang boleh aku tembak maka aku tembaklah. Kadang-kadang satu benda sampai 10 keping. Sekali beli filem sampai 3 roll. Dan masa tu aku belum tahu tentang manual setting sebab kamera aku tu tak ada mode manual. Cuma aku belajar macam mana nak dapatkan gambar cantik dengan cara duduk, meniarap, berdiri, tertungging, tergolek dan sebagainya. Aku beli sebuah buku di Popular Book Store dan study tentang komposisi.

Dari situlah aku mengenal RO3, lead line dan macam-macam lagi. Dalam buku tu juga ada diterangkan tentang mode manual, fungsi shutter, aperture dan ISO. Aku cuba fahamkan walaupun tak boleh nak praktik dengan kamera. Tak apalah. Aku shoot juga seronok-seronok sebab aku memang seronok bila mengambil gambar. Lepas habis satu roll aku cuci kat kedai dan simpan dalam album.Dulu, internet masih belum meluas. FB pun tak ada lagi. Fotopages tak pasti la pula sebab aku tak pernah ada akaun fotopages. Maklumlah, kamera filem ja. Mana nak cari scanner lagi. Modal semua tu.

Selama 3 tahun aku jadi ciwi begitu hinggalah suatu hari kamera kesayangan itu hilang dalam flight masa perjalanan balik dari KL. Sedih terguling-guling bang. Sejak dari itu aku berhenti mengambil gambar, nak beli baru mana nak cari duit dah? Dulu gaji kecil. Cukup-cukup makan ja.

Tahun 2008 alhamdulillah ada rezeki sikit aku angkat Nikon D40 second hand. Buruk ya amat. Bini pun taktau aku beli kamera tu :p. Aku simpan elok-elok kat opis. Bukan takut bini, tapi bini tak takut kat aku kekekekeke. Aku guna dalam setahun sambil belajar di internet dan buku-buku. Awal tahun 2009 aku beli yang elok sikit, D60. Kali ini bini taulah sebab aku beli guna duit loan dia sikit, dan aku bayar balik kat dia sikit-sikit hahaha. Sengkeknya aku masa tu.

Dan sampai sekarang, aku masih tak ada gear yang canggih-canggih. Yang ada hanya Nikon D7000 dan Sigma 10-20mm yang menjadi primary gun tiap kali aku turun ke padang.

Kesimpulannya, aku masih baru dengan dunia fotografi. Lepas ditolak beberapa tahun yang tak boleh pakai tu, ertinya aku baru saja 4 tahun melibatkan diri secara serius. Guru-guru aku pula ialah kawan-kawan sealiran dan internet, FB, forum dan sebagainya. Merekalah guru aku. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi ilmu selama aku di sini. Jasa anda semua akan ku kenang :) .

Oklah.. aku tau korang boring baca sejarah aku yang tak best tu.

Baik, bersambung ke KPI bahagian 4.

4. SIMPLICITY IS A BLISS

Aku suka membahagikan gambar landscape kepada dua kategori.

1. Specific view
2. General view

Mari kita kupas dua perkara ini.

         1. Specific view

Satu pemandangan di mana semua elemen yang ada di depan kita dirangkumkan ke dalam satu frame. Contohnya, jika di lokasi itu ada pohon kelapa, ada bukit, ada struktur bangunan, ada apa-apa sahaja yang boleh dijadikan landmark untuk memberitahu kepada penonton bahawa lokasi itu ada itu dan ada ini. Kebiasaanya, kita tidak perlu beritahu di mana kita ambil gambar tu. Penonton yang biasa ke tempat tu dia akan tahu sendiri ataupun mungkin dia pernah tengok view yang sama dari foto orang lain. Jadi tak payah sebut TELUK TEMPOYAK, KELANANG, PORT DICKSON dan sebagainya. Boleh je kalau nak sebut, tapi kalau tak sebut pun kemungkinan besar kebanyakan penonton dah tahu. Contoh gambar di bawah ;


Jika aku tidak sebutkan lokasi, kebanyakan penonton yang pernah sampai ke sini akan sedia tahu bahawa ini Pantai Cenang, Langkawi. Walaupun penonton itu bukan seorang jurufoto dan tak pernah pun ambil gambar kat sini. Sebabnya, aku dah masukkan struktur bangunan tu sebagai landmark dalam gambar ini. Tambah lagi kalau tempat ini adalah salah satu pusat tumpuan pelancong. Jadi, kalau nak ambil gambar begini, aku akan cuba selitkan sedikit kelainan dengan water stream pada ombak pada foreground dan naikkan detail supaya lebih cantik dari biasa. Bila penonton tengok, "ehh!! apasal masa aku pegi tempat ni tak nampak cun macam ni ha??" hehehe. Itulah tujuan kita ambil gambar. Supaya wujud kelainan dari kebiasaan. Cumanya kita kena berhati-hati, kadang-kadang akan keluar juga bunyi macam ni .. "ehh!! apasal masa aku pegi tempat ni tak nampak buruk macam ni haa?? Hahahaha.. sangat jauh perbezaan antara kedua-dua ayat itu. Maka, buatlah gambar elok-elok, jangan sekadar ambil mudah dan pos kat FB untuk mendapat komen bodek semata-mata.



        2. General view

Satu pemandangan yang minimum di mana hanya terdapat satu atau dua subjek di dalam satu frame. Gambar lebih simple dan lebih menjurus kepada sifat artistik. Kebanyakan gambar begini penonton tidak tahu dengan tepat lokasi gambar diambil, kecuali yang pernah sampai di lokasi itu atau pernah merakamkan gambar di lokasi tersebut. Dalam kes ini jika kita mahu, kita boleh sebutkan lokasi seperti PANTAI TENGAH, LANGKAWI, TELUK NIPAH, JUBAKAR dan sebagainya. Kalau rasa macam nak rahsiakan port baik tersebut, silakan :) .

 
Jika aku tak sebut lokasi ini, agak-agak anda tahu tak? Bagi yang pernah sampai sini dan ambil perhatian tentang elemen-elemen yang ada kat sini, mungkin mereka akan tahu. Bagi yang tak pernah sampai ke sini atau pernah sampai tapi tak pernah peduli tentang apa yang ada di sini, tempat ini boleh jadi macam-macam, Hawaii, Phuket, Koh Sa Mui, New Zealand, Utopia.. you name it. Ini adalah Pantai Tengah, Langkawi. Cuma saya tak masukkan elemen atau landmark yang biasanya ada di Pantai Tengah seperti hotel dan chalet yang ada kat tepi pantai ni dan sebagainya.
 
Baiklah, kita lihat pula gambar di bawah.
 
 
Ini yang aku maksudkan simplicity is a bliss. Di lokasi ini, ada segala macam batu pada foreground. Untuk menjadikan gambar ini lebih ringkas dan kemas, aku minimumkan subjek dan pilih satu atau dua subjek sebagai POI dalam gambar ini. Jika nak dibandingkan keserabutan di atas, dah tentu aku lebih suka yang di bawah. Lebih simple lebih bagus. Namun, masih bergantung kepada kesesuain gambar. Ada gambar yang aku perlu kompo begini dan ada yang tidak. Jika nampak serabut, aku akan fikirkan bagaimana nak kemaskan kompo aku.
 
 
 
Lihat pula gambar ini ;
 



Cuba bandingkan kedua-dua gambar di atas dan fikir apa yang aku cuba sampaikan. Kalau ada yang kata gambar kanan lebih baik.. aku rasa memang patut dia cuci mata dia dengan clorox. Kalau ada yang kata kompo belah kanan boleh ja, tadak masalah apa-apa, seni itu subjektif, tolong unfren aku dari FB.


Sekian, moga bertemu lagi di bahagian ke 5.



KOMPOSISI PEMANDANGAN INDAH - Bahagian 3

Bersambung dari bahagian 1.

Ini garis panduan pertama yang ingin aku kongsikan. Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan foto landscape, aku sarankan supaya ambil perhatian tentang beberapa point yang aku nak kongsikan ini. Ingat, ini semua hanyalah 'garis panduan', anda boleh pilih nak guna atau tidak. Walaubagaimanapun, perkara nombor 1 ini kalau boleh janganlah diabaikan langsung. Aku berani kata bahawa ini bukan lagi garis panduan, tapi satu kewajipan untuk menghasilkan sekeping gambar landscape yang baik. Belum tentu cantik, tetapi lebih baik dari yang senget.

1. GARISAN HORIZON

Betulkan garisan horizon. Jangan dibiarkan senget dengan sebab sengaja kita sengetkan atas alasan "seni itu subjektif" (sebenarnya aku agak trauma dengan klausa tu. Menyampah!!) Kalau tak sengaja masa shoot, betulkan balik masa proses. Lihat contoh di bawah ;


Ini kerja mudah. Kalau malas juga nak buat kerja ni sila berhenti ambil gambar landscape. Macam mana nak betulkan garisan horizon kat PS?? Sila search kat youtube. Ada banyak bahan kat situ. Nak pandai kena la usaha sikit ya.


2. FOREGROUND INTEREST

Cuba dapatkan satu atau dua atau apa saja subjek pada bahagian foreground untuk dijadikan POI (Point Of Interest) atau POV (Point Of View) dalam gambar anda. Subjek bukan bermaksud sampah sarap. Adakalanya, aku akan kutip dulu sampah sarap yang dapat aku capai dan aku buang kat tempat lain yang lebih sistematik :). Jadi, aku tak payah teruk-teruk nak clone masa proses gambar.

 
Nak biarkan kosong kat bawah?? Takmau ada foreground interest?? Boleh ja.. asalkan kita tahu apa kebendakah itu foreground dan kita sangat pasti tanpa foreground gambar kita tetap cantik. Itu nanti kita cerita lain.
 
 
 

3. PEMBAHAGIAN FRAME YANG BETUL
 
Bahagikan frame anda kepada dua bahagian sama 1/3 di atas atau 1/3 di bawah bergantung kepada apa yang anda nak tonjolkan dalam gambar anda. Ini pun perkara asas. Lihat contoh gambar-gambar di bawah;

 
 

 
 
 
Gambar satu, aku memutuskan subjek di bawah atau foreground interest sebagai main actor dalam gambar aku. Subjek paling dekat dengan kamera aku hingga ke garisan horizon di hujung sana adalah foreground. Lepas pada tu dikira sebagai background.
 
Gambar kedua pula aku nak persembahkan langit biru dan formasi awan yang cantik sebagai karektor utama dalam gambar ni. Jadi aku biarkan bahagian background lebih dari bahagian foreground. Jadi, anda boleh pilih karektor dalam gambar anda. Anda sebagai direktor Ahmad Nisfu, jadi anda berhak memilih siapakah pelakon utama dalam filem anda.
 
 
Gambar ketiga pula, aku bahagikan frame supaya seimbang dengan garisan horizon terletak di tengah frame. Sebab pada pandangan aku masa shoot kat sini, kedua-dua bahagian ada karektor tersendiri untuk menguatkan gambar aku. Ada hero dan ada heroin. Jangan pedulikan tentang final proses ketiga-tiga gambar di atas. Ada yang aku tak edit pun. Kita beri tumpuan kepada komposisi .. ok!!
 
 
 
Setelah mengenalpasti perkara-perkara asas (guidelines) tentang horizontal line, barulah kita berfikir untuk breaking the rules. Maksudnya.. kita dah tahu apa yang kita nak buat. Kita dah tahu aturannya dan kita memutuskan untuk tidak menggunakan aturan tersebut. Inilah namanya Break The Rules. Bukan main hentam semborono :D


 
- bersambung di bahagian ke 4.. bila aku rajin nanti :)
 
 

 

 
 


KOMPOSISI PEMANDANGAN INDAH - Bahagian 2

Salamualaik.

Lama dah tak berkongsi. Kali ini aku masih nak bercakap tentang komposisi. Sebab dalam tiap hasil kerja aku, mmg aku letak komposisi sebagai priority. Masa turun ke padang pertama sekali yang aku buat ialah observed surrounding dan berfikir tentang komposisi. Yang lain2 tu aku akan fikir kemudian setelah aku dpt komposisi yang aku mahukan.

Baiklah. Ada yang berkata bahawa seni itu subjektif.. lebih spesifik, seni fotografi itu subjektif. Lantaklah nak kompo mcm mana pun. Itu terpulang kepada individu tersebut gambar mcm mana dia nak buat. Jadi tak payah pening2 kepala pasal komposisi. Ia perkara mudah.

Oklah.. aku amat setuju. Cumanya aku tak bersetuju kalau kita ambil mudah dalam bab ni. Betul kita boleh kompo mcm mana pun yg kita nak - asalkan gambar itu kita sendiri yang nak tengok, kita sendiri yang nak syok sendiri dan kita nak simpan dalam HDD utk kenangan hari tua atau kita nak gantung kat dinding untuk tunjuk kat anak2 kita bahawa ayah mereka ini dahulu adalah seorang photiographer hebat. Boleh ja.. tadak masalah, sebab dah namanya seni. Kita conteng2 water kaler atas kertas kosong pun dah dikira seni.

Seterusnya. Baru2 ni aku dapat satu komen dari editor Shutterstock tentang gambar ini;
 
 
komennya berbunyi begini -

"In regards to composition, try following the common “Rule of Thirds” example. Google this phrase and you will come across a wide variety of examples to research.
One quick tip: You should compose images with the subject or subjects of interest away from the middle of the photo. Try composing these areas off-center and see how this might improve your shots.
If you really feel strongly that your image needs such tweaking before your upload, either a) do so sparingly; or b) re-evaluate whether the image is stock-worthy in the first place, and consider reshooting until you are satisfied with the results."

Amacam??? Cuba tanya member sebelah.. amacam bro?? Ini komen dari editor Shutterstock, bukan dari editor majalah PA & MA atau dari kawan-kawan aku kat FB. Waktu pertama kali aku up gambar ni apa yg korang rasa?? Impressived?? Ohsem?? Mengarut?? Terharu?? Hehe.. nahh tengok sendiri -

http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=492300180780990&set=a.100562923288053.1126.100000030374577&type=3&theater

Ada 117 like dan 25 komen. Tak la banyak sangat kan. Tapi boleh la. Walaupun aku faham sangat FB tu bukanlah satu platform yang mengiktiraf hasil kerja kita, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu yang kerja kita dapat diterima orang. Dan yg like kebanyakannya jurufoto-jurufoto landscape mcm aku jugak malah ada yg lebih baik dari aku. Sebabnya mereka suka. Dengan susun atur bot begitu, dengan warna birunya, dengan awan nanonya. Memang sedaplah mata memandang. Tetapi kenapa tidak best di mata editor Shutterstock??? Alasannya seperti yg mereka komen di atas.. mereka suruh aku search kat Google apa itu Rule Of Thirds, hehehe.

Jadi, apakah pengajaran di sebalik peristiwa disekolahkan oleh editor SS ni?? Pengajaran yg aku dapat ialah, kalau kita nak buat gambar hanya semata2 utk berseni, utk kita sendiri, atau utk kengkawan keliling yg sama dgn kita.. no problem. Kompolah mcm mana pun. Tetapi untuk commercial value belum tentu hasil kita tu dapat menarik hati pembeli, malah orang yg nak tolong jual pun tak sanggup nak jual. Dah tentu satu hari nanti kita nak jugak hasil kita terjual kan.. sampai bila nak terperuk dalam HDD?? Jadi bersiap sedialah utk itu.

Kesimpulannya, dalam bergambar landscape ni ada dua matlamat.

1. utk kita simpan sendiri/untuk kepuasan peribadi dan kita deklarasikan sebagai seni.
2. utk kita simpan sendiri/untuk kepuasan peribadi dan kita deklarasikan sebagai seni dan juga untuk mendapatkan pulangan.

Kadang-kadang dua perkara ini akan bersilang tanpa kita sedar. Hajat untuk shoot suka2 dan simpan , tapi ada orang nak beli. Alhamdulillah. Tapi yg tak bestnya bila kita berhajat nak jual tapi orang takmau beli. Itu kena bersabarlah dan kena terus belajar. Yang penting, kenal pasti kemana hala tuju kita.

Justeru, sebab itulah aku pentingkan komposisi dan tidak mengambil mudah bab ini. Tidak ada aturan tertentu dalam bergambar, yg ada hanyalah gambar yg cantik. Itu kata Ansel Adams bapa fotografi moden. Cumanya sebelum kita nak buat gambar jadi cantik, kita kena tahulah juga ramuan apakah yang buat ia cantik. Bila kita dah tahu ramuan2 tertentu dan kita dah jelas tentang kegunaan ramuan itu, barulah kita boleh pilih nak guna ke tidak. Ada orang suka masak gulai letak asam jawa, ada orang suka letak tomato ja. Lebih kurang begitulah prinsipnya. Rasanya sama, tetapi ramuannya berbeza.

Bermula dari nota ini ditulis, aku akan cuba kongsikan beberapa tips asas dalam komposisi landscape. Di mana tips2 ini kalau korang cari kat google pun boleh dapat. Rajin dengan tak rajin ja. Kepada yang baru nak berjinak-jinak dalam foto landscape, harap ini membantu anda. Aku tak suruh ikut sebijik2, ini hanya guideline yg biasa aku buat dan beberapa orang lain yg lebih berpengalaman mengamalkan perkara2 asas ni. Kalau betul nak belajar, praktikkan yg asas dulu, kemudian baru anda belajar untuk mencipta gaya anda sendiri.

“Frequently walk and talk to your gear to gain knowledgeand skills. Handle them like you drive your car home. Get a man to be yourmentor.Share your knowledge with others and you will get back what you hadpaid.Photography is a passion belong to passionate people. Not for show off.”- AbamjiwaAl-Hadi


 
 
 

Thursday, January 26, 2012

MENJADI YANG TERBAIK


Taken during my bussines trip in Kuala Lumpur, Malaysia.



Exiff data:
Nikon D7000
Sigma 10-20mm F4 - 5.6
exposure 0.4
F4.5
ISO 400
Handheld

Assalamualaikum.

Bercakap tentang fotografi ni semua mahu jadi yang terbaik. Gambar mau cantik, knowledge mau tinggi, editing mau mantap, lighting mau canggih, komen-komen yang diterima pun terbaik belaka. Nice, perghh, sempoi, cun, pengsan, pitam, kojol, mati katak.. semuanya best of the best. Tetapi pernahkah kita cuba menjadi seorang jurugambar yang bukan saja terbaik dari sudut kerja saja, bahkan moral dan akhlak yang juga terbaik? Pernah??

Saya percaya ramai yang pernah, tetapi kita manusia biasa banyak terkhilaf dan dosa. No body perfect. Namun, haruskah kita gunakan klaus begitu untuk terus menerus menjadi insan yang teruk? Fikirkanlah.

Selama bergelumang dalam dunia foto ini kenalan saya telah bertambah secara mendadak. Alhamdulillah, tiada seorang pun yang muncul sebagai musuh setakat ini. Semuanya kawan-kawan belaka. Walaupun kebanyakannya hanya di laman sosial "muka buku", bagi saya mereka tetap kawan. Cuma yang membezakan ialah dekat atau jauh, rapat atau renggang. yang renggang tu adalah yang add saya tetapi langsung tak pernah "salam", "assalamualaik, "hye, "hello" dan sebagainya. Mereka add dan pergi. Tetapi saya tidak berkecil hati. Biasalah dah nama pun facebook.. dah tu pulak duduk dalam satu komuniti yang besar. Memang sukar untuk berkomunikasi secara alam nyata.

Baik. Kenapa saya tidak ada musuh?? Saya selalu amalkan begini.

1 . SENYUM

Biarpun kita tak hensem, tetapi jika kita senyum penuh ikhlas bukan buat-buat... orang akan nampak wajah kita lebih bersinar dari permata bersulam emas. Senyum juga membuatkan orang senang melihat kita. Orang senang untuk dekat dengan kita bukan semata-mata kerana kita ni "otai"  tahap dewa dewi, tetapi sebab budi bahasa dan akhlak kita juga. Percayalah, harapkan gambar ja cantik tapi muka macam tokua sumbat, orang hanya akan hampir sebab nakkan pengetahuan yang kita ada. Bukan sebab nak jadi sahabat. Sebab tu lah dalam kebanyakan komen atau pm, saya suka letak simbol :).  Biarpun orang di sana tak nampak kita senyum, tetapi mereka tahu kita sedang senyum.

2. JANGAN SOMBONG

Bila orang add kita, dan kita review gambar dia tahap tin biskut belaka kita mula set dalam minda bahawa orang itu tak tau apa. Boleh la aku nak kelentong dia itu ini, boleh la aku nak buat "siru", nak buat sombong bongkak tak tau hala. Sebenarnya kawan tu low profile saja... gambar dia tak up kat FB tapi dah beratus keping terjual kat Getty, NatGeo, billboard dan sebagainya. Kita sombong dia tak rugi satu sen pun, tapi kita yang melepas.

3. JAGA MULUT

Mulut ni ada macam-macam kategori. Ada mulut yang jenis suka mencarut, ada yang jenis cakap main lepas dan ada yang jenis mengadu domba. Yang ketiga inilah bahayanya. Kita ada pasal dengan orang lain, kemudian kita pergi jumpa kawan yang lain dan mula bercerita itu ini. Sampai kawan yang tak ada apa-pun tu pun turut sama teracun membenci perkara yang dia tak pasti betul ke tidak. Kalau jumpa jenis ni, kita layan sudah, jangan simpan dalam CF card. Buat penuh memory ja. Buang karan.

4. HORMAT MENGHORMATI

Sekali pandang ayat di atas rasa macam baru nak masuk sekolah. Namun, walaupun kita dah habis sekolah tinggi sampai ke oversea sekalipun kadang-kadang kita lupa. Mentang-mentang kita ni terer, dah main kamera sejak zaman jahiliah lagi, kita mula pandang rendah pada orang-orang baru walaupun dia tu lebih tua dari kita. Ingat, sekarang ni abang-abang dan pakcik-pakcik pun ramai yang dah mula belajar fotografi. Mereka juga dahagakan ilmu. Jadi janganlah kita biadap dan kurang ajar walaupun kita dah otai. Kita dulu pun macam tu jugak, apa haram pun taktau. Jangan fikir yang kita dah terer kita boleh luku kepala orang tua-tua. Bab gambar tu gambarlah, tetapi moral kita macam mana? Begitu juga pada yang pangkat adik-adik. Kita tidak perlu buat muka toya kalau mereka bertanyakan soalan. Berikanlah ilmu itu dengan ikhlas dan rendah diri sebab ilmu itu juga dari Allah. Ya! Kita masuk kelas berbayar, habis beribu-ribu, offcozlah kena charge. Charge sudah la, tak payah buat bongkak mengalahkan George Bush. Jagalah bahasa, peliharalah akhlak dan hubungan sesama manusia. InsyaAllah, kucing pun akan sayangkan kita.

5. JANGAN BERBURUK SANGKA.


Jika ada kesilapan dari kawan-kawan tidak kira yang rapat atau tidak, ekspresi pertama saya ialah: Saya setkan dalam akal yang waras ini supaya menerima bahawa kawan saya tu tidak sengaja.

Contohnya;

Kawan anda belikan anda sebungkus nasik lemak dengan niat ikhlas nak belanja sebab dia baru dapat gaji. Dia jumpa anda dan berikan nasik lemak tu dengan muka yg ceria sebab gajinya masuk sekali dengan bonus. Kemudian, anda buka bungkusan tu dan terus makan tanpa usul periksa lantaran lapar sangat sebab gaji anda kena potong 3 bulan kerana selalu tuang kerja. Bila dah masuk dalam mulut baru anda terasa bahawa nasik lemak tu dah basi. Rasa macam tapai masam. Anda bingkas bangun seraya marah dan baling nasik lemak tu ke muka kawan anda tadi. Anda tuduh dia nak sabotaj anda yang memang dah sedia sengkek, anda tuduh dia nak bunuh anda yang dah nyawa-nyawa ikan sebab poket dah kontang. Anda tambah lagi dengan mengatakan dia saja nak perli anda dan macam-macam lagilah. Banyak sungguh sebab musabab yang membuatkan anda marah. Kawan anda tu pulak terpinga-pinga sebab taktau apa yang dah berlaku. Dia baru nak tanya anda baling pula kole teh o panas kena muka dia. Dia belum beri penjelasan anda dah taruh dia cukup-cukup. Dan dari situlah permusuhan anda dan kawan anda tu bermula. Syaitan pulak bersorak riang beraya sakan sebab dah berjaya merosakkan satu lagi pintalan silaturrahim sesama ummah. Yang sebenarnya kawan anda tu taktau langsung yang nasik lemak tu dah basi. Dia betul-betul ikhlas nak belanja anda cuma dia tersilap pada kali pertama. Yang sebelum ni ok ja pun anda melantak tanpa banyak soal. Kalau hari ini, esok, lusa, tulat dan tungging dia asyik kirim nasik lemak basi bolehlah anda nak sumbat balik nasik lemak tu dalam mulut dia. Tetapi hanya sekali kesilapan yang berlaku dan anda tidak beri dia peluang menjelaskan keadaan sebenar. Anda pula terus berburuk sangka hingga cempedak menjadi nangka. Jadi, anda dan kawan anda mulalah tak bercakap sampai bertahun hanya kerana sebungkus nasik lemak basi. Tiap kali selisih tepi jalan anda asyik nak debik dia dengan pasu bunga. Tak ke kesian kawan tu? Itulah buruknya kesan akibat buruk sangka.

Jadi, kawallah diri kita. Yang paling penting.. KAWAL HATI. Jangan bagi syaitan masuk menambah keruhkan lagi keadaan.


Kalau nak cerita bab moral ni jenuh lebam mata dan otak aku. Semuanya memang kita dah belajar sejak kecil. Mak ayah kita dah tunjuk, cikgu-cikgu dan guru kita dah ajar. Tetapi kita selalu lupa diri. Kemudian kita merungut yang orang tidak sukakan kita. Orang begitu dan orang begini. Kita salahkan musuh-musuh kita padahal kita yang mencipta musuh-musuh itu. Musuh begini saya panggil "musuh dalam kain" bukan musuh dalam selimut. Musuh dalam selimut itu adalah orang lain yang boleh masuk dalam selimut kita. Tetapi orang lain mahukah masuk dalam kain pelekat kita yang berbau macam ketupat hangit tu?? Tobat la kan. Jadi musuh dalam kain itu adalah diri kita sendiri. Cuba betulkan diri kita sebelum kita menuding pada orang lain. Walaupun tak berapa lurus, sekurang-kurangnya tidak bengkok terus. Gambar cantik, akhlak pun cantik. Masa tu barulah kita boleh meletakkan diri kita pada level yang TERBAIK.

Sebenarnya, saya tidak kisah kalau tidak menjadi yang terbaik. Tetapi saya amat ambil kisah kalau saya dikalangan yang terburuk.

Wallahualam.

Moga bertemu lagi.

Abamjiwa.

Monday, January 23, 2012

HARAPAN YANG MENJADI BEBANAN


Assalamualaikum

Pernahkah berlaku perkara begini pada diri anda ?? :
Anda pandu kereta jauh-jauh mencari lokasi untuk menambah koleksi landscape. Kaki anda tenggelam dalam selut sehingga mengorbankan sebelah kasut boot jenama John Bert yang anda beli dengan harga RM250. Anda kompo sampai naik kejang urat perut dan basah lencun view finder. Body kamera anda pula lokoih disimbah air laut. Kemudian anda pulang ke rumah dengan hati yang tak tentu arah sebab sunset pada hari itu sangat sebam tanpa warna. Dan anda tiba di rumah, review gambar..... haram sekeping pun tak boleh pakai. Adakah anda rasa sangat kecewa tertungging-tungging?? Konpom rasa macam nak baling kamera ke dinding kan?? Bila dah jadi macam tu makan nasik pun takmau, mandi pun tak basah, berak pun tak lawas. Marka telefon pun marah-marah hamba Allah tu siap mintak cerai.

Baiklah. Merujuk balik pada entry sebelum ni (OMBAK RINDU), gambar ini adalah gambar yang saya dapat pada outing yang sama. Lokasi pun sama, tempat duduk saya je yang berubah. Jika anda lihat gambar ini, adakah anda rasa saya sudah berpuas hati?? Adakah saya boleh makan nasik dengan perasaan amat sedap dan berak dengan perasaan berbunga-bunga?

Jika orang bertanya saya soalan yang sama tentang gambar ini, saya akan jawab " tidak, hari tu bukan rezeki saya". Sebab dah ada orang lain yang pernah shoot kat situ dan keluarkan gambar yang lawa-lawa lebih dari yang ini. Tapi saya tidak kecewa dan tidak berlari masuk bilik tekup muka kat bantal kerana saya dah tahu ini adalah perkara biasa.

Seorang kaki landscape yang hakiki pasti merungut serba sedikit jika alam tidak menyebelahinya. Tetapi, hari ini dia merungut, esok dia datang lagi. Lusa pun begitu. Sampai bila-bila selagi dia masih memeluk kamera. Rungutan itu bukan tanda kecewa atau tidak bersyukur, tetapi tindakan refleks yang dikeluarkan secara tidak sedar... berpunca dari HARAPAN UNTUK MENDAPATKAN GAMBAR YANG CANTIK SAHAJA. Maka, harapan itu juga secara separa sedar berubah menjadi tekanan. Dan jika harapan itu tidak tercapai, tekanan itulah yang menjadi bebanannya.

Tidak salah menyemai harapan, tetapi bersedialah jika gagal yang menanti anda. Mengambil gambar landscape bukan seperti mengambil gambar talent kangkang. Talent, anda boleh ubah, boleh post, boleh suruh dia pakai baju dan londeh baju dan pakai londeh dua tiga kali. Kalau hari hujan, anda masih berpeluang shoot model dalam bilik hotel Pak Tai satu malam RM45 ja. Jika hari dah gelap, anda masih boleh shoot model tu terkangkang guna speedlight, guna lampu kalimantang, guna lampu ayam. Banyak sumber cahaya tidak semulajadi yang membantu. Tetapi, bolehkah anda nak shoot landscape kat tepi bendang tengah malam dalam hujan bertemankan cahaya lampu ayam??

BOLEH !! Habuan nak suluh pacat di kaki sajalah.

Jadi, jangan terlalu kecewa jika anda gagal mendapatkan sekeping gambar yang diidam-idamkan demi nak melawan kawan-kawan lain yang pernah dapat gambar tahap WOW di tempat yang sama. Esok pasti ada lagi. Jika anda terus menerus rajin mencari bahan, anda akan dapat apa yang anda harapkan. Asalkan rajin anda itu bersulamkan ilmu. Percayalah, kalau hari ini sangat ohsem dengan kaler biru jingga dan magenta bagai.. tetapi anda turun tanpa ilmu di dada.. anda akan pulang tangan kosong. Lebih baik beli pensel kaler dan suruh anak anda conteng kertas kosong dalam rumah jadi jugak seni berunsur abstrak. Clear???

Entry ini berdasarkan status kawan-kawan kat FB yang saya lihat ada yang kecewa apabila tidak mendapat gambar yang dihajati. Dan ada pulak sorang kawan lagi yang menasihati supaya jangan frust.. just enjoy the beautiful scenery of the nature. Betul. Aku sokong kata-kata kawan yang sorang lagi tu. Memang kita tak dapat gambar, tetapi kita dapat menikmati keindahan alam ini dengan mata kepala kita sendiri di mana mungkin orang lain tak pernah lihat apa yang kita telah lihat. Bersyukurlah.

Sekian

Wassalam.

Abamjiwa.

Wednesday, October 26, 2011

AKU, TANTALUM, TEH TARIK DAN LOGISTIK




Assalamualaikum.

14 tahun yang lalu saya pernah menjawat jawatan sebagai Pembantu Tadbir (kontrak) di sebuah badan berkanun. Sempat setahun sahaja di situ sebelum saya menyambung pelajaran ke Universiti Malaya (batch 1997 - 1998 Dip. Linguistic). Tamat pengajian di UM, ramai kawan-kawan saya satu batch yang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pengajian Bahasa - Edu di UPM. Saya pula, memilih untuk pulang ke kampung dan berkerja korek tantalum. :)) Tau apa itu tantalum?? Ianya adalah sejenis bahan mentah yang dihasilkan dari sisa-sisa bijih timah atau lebih dikenali sebagai tahi bijih.

Jika anda rajin baca ini anda pasti sangka saya berkerja sebagai ahli geologist atau nuclearist hehe. Sebenarnya, saya dan ratusan orang lain yang berkerja menggali tantalum ini lebih tepat didefinisakan sebagai pelombong. Tetapi kami tidak menggali emas atau timah sebab bahan yang kami gali itu adalah tahi bijih yang mempunyai sedikit kandungan radioaktif. Kami berkerja secara haram , siang dan malam, hujan dan panas, kering dan lembab. Dan hasilnya amat lumayan.

Tantalum ini asalnya dah lama wujud seperti yang dinyatakan dalam wiki di atas, namun hanya dikenali di sekitar Butterworth pada tahun 1999. Dahulu, orang putih yang membina kilang bijih Malaysia Smelting Corporation kat Butterworth tu tidak tahu bahawa menatang tantalum ini mempunyai nilai yang tinggi dan mereka tidak tahu mana nak letak sisa-sisa mineral ni sebab terlalu banyak. Nak dibuang ke laut takut laut cetek dan terhasil pencemaran. Jadi, mereka tanam balik benda ni dalam tanah dan ada juga yang digunakan sebagai tapak rumah. Kawasan sekitar kilang itu pula berdekatan laut. Untuk mengelakkan tanah mendap, mereka gunakan tantalum untuk dijadikan tapak rumah dan kuarters.

Apabila tantalum mendapat permintaan, entahlah macam mana dan siapa yang memulakan ekspedisi mengorek tantalum ini, harga melambung sehingga RM8 sekilogram. Seketul tantalum sebesar penumbuk, ada yang mencecah sekilogram dengan mudah. 2 ketul dah dapat 2 kilo. Kalau dapat seketul besar tayar lori???? Banyak duit tu bro.. Tantalum terbesar yang pernah saya gali sebesar sebiji buah kelapa dan beratnya mencecah 30 kilogram. Seketul tu saja saya dah dapat hasil RM240. Bayangkan, kalau dapat sepuluh ketul dalam masa tak sampai sehari. Korek tak payah dalam-dalam, paling dalam pun 3 - 4 kaki ja. Dan di kawasan tu pula memang dah tentu ada, cuma besar atau kecil saja. Saya dan dua orang rakan pernah projekkan benda ni sampai 500kg dalam masa 24jam. kami berkerja 3 hari berturut-turut. Esoknya salah seorang kawan saya tu dah beli sebiji EX5 ...cash!!

Guni sebesar guni gula tu mampu memuatkan sehingga 50kg. Jika anda berkerja secara solo, dapat sehari seguni penuh dah kira lumayan. Tapi, berkerja solo ni memang patah pinggang la bang, Sendiri korek, sendiri tampi, sendiri timbang, sendiri angkat letak atas lori. Silap haribulan boleh pengsan dalam lubang. Waktu malam, keadaan di padang tu tak ubah macam negeri Mordor (LOTR). Pokok angsana yang hidup di situ selama beratus tahun pun kami tumbangkan. Dan dibawah akar pokok itu, sumpah....penuh dengan tantalum. Sangat mewah. Ada juga yang melampau sampai masuk ke bawah lantai rumah orang. Habis belubang lantai kuarters tu. Yang paling best, seorang kawan yang menghuni kuarters tu, dia tebuk dan korek lantai rumah dia sendiri kekekekeke. Itulah penangan tantalum.

Sehingga satu masa, harga jatuh merudum ke RM0.25 sen. Padang tantalum itu telah dimonopoli oleh seorang Datin bini Datuk mana entah.  Bila harga dah turun, kerja itu pun mereka deklarasikan sebagai halal. Sesiapa sahaja boleh datang gali asalkan hasil galian wajib dijual kepada pihak yang memegang permit tu sahaja. Tidak boleh dijual terus kepada peraih yang menjanjikan harga yang lebih lumayan. Sejak dari itu, saya pun berhenti berkerja sebagai pelombong haram. Hampir setahun berkerja sebagai pencari tantalum meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis. Demam tu perkara biasa, luka, calar terseliuh, terbenam dalam lumpur, di panah petir. Yang mati pun ada (berita di sini) . Dan yang paling penting ialah pengalaman. Saya lihat berbagai jenis manusia di situ. Sudah pasti mereka bukan orang kaya yang ada harta berjuta-juta. Jika mereka kaya, mereka tidak akan menggadaikan nyawa di situ. Ada yang bawa kaum keluarga dari Kedah, berkhemah di situ selama seminggu. Yang datang dari Ipoh dengan motosikal. Semuanya kerana ingin mencari kemewahan dari perut bumi. Mereka tidak pedulikan soal nyawa. Yang mereka mahu ialah sedikit kekayaan bumi yang mereka rasa patut dikongsikan sesama mereka. Walaupun selepas aktiviti ini akhirnya diwartakan sebagai haram oleh pihak berkuasa tempatan dan tapak galian ditutup terus, mereka yang pernah berada di sini masih tidak kaya. Mereka kembali hidup seperti mana mereka hidup sebelum wujudnya lombong tantalum. Namun sekurang-kurangnya mereka dapat merasa sedikit kemewahan yang tidak juga mudah, tetapi pantas. Datang melombong hari ini, esok dah boleh beli rantai emas untuk isteri dan KFC untuk anak-anak. Itulah niat mereka yang betul. Dari segi soal halal dan haram, saya kurang pasti. Yang saya tahu tanah itu milik Malaysia Smelting Corporation dan mereka tidak pernah menghalang pelombong dari melombong di situ. Perkerja mereka juga ramai yang turut serta memeriahkan keadaan. Kilang mereka sebelah menyebelah saja dengan padang lombong tu. Yang menghalang kerja-kerja menggali ni adalah dari pihak berkuasa tempatan atas alasan keselamatan. Jadi, saya tidak fikir yang kami telah makan hasil haram. Titik peluh dan darah kami di situ tidak sama dengan titik peluh orang yang panjat pokok pelam jiran sebelah untuk curi buah pelam.

Nantikan episod TEH TARIK dalam entry akan datang.

Sekian.

Abamjiwa

Monday, September 5, 2011

DREAMING


Assalamualaikum

Hampir 2 bulan aku tak turun ke laut, bukan mencari ikan tapi mencari gambar. Dan semalam dapat jugak aku melampiaskan nafsu serakah seorang diri. Memang feel. Berkerja seorang diri ni adakalanya membuatkan kita lebih fokus. Sebab tu semalam aku tak ajak sapa2. Bergerak secara solo.

Lepas raya ni cuaca begitu mengujakan. Aku tiba di lokasi, pantai Teluk Air Tawar jam 6.45pm. Tu pun dah rasa kelam kabut sebab 7.30 dah sunset. Aku hanya ada masa tak sampai 1 jam untuk pacak tripod, belek menu kat screen, compo, attach filter, compo lagi dan setting. Dah la pakai SD cap ayam. Bukak 30" kena tunggu reading sampai 2 minit. Memang buang masa.

Jadi tak banyak shot yang aku dapat semalam. Aku hanya cuba 2 angle dan compo sebaik mungkin dengan harapan salah satu menjadi killer. Alhamdulillah, walaupun nak dapat yg killer itu kamera ku lencun separuh badan.

Baiklah, ada sorang manusia ni masa aku tengah shoot, dia call. Dia tanya ada mana?? Aku cakap tengah amik gambaq kat Teluk Air Tawar. Dia kata ... "hang tak cemuih ka dok shoot kat tempat yang sama?? "

Ermmm..... aku kata tak.

Tapi dalam hati mmg ada sikit rasa boring. Ya la, asyik dok ulang tempat tu.

Tetapi.. adakah gambar2 aku tu semuanya nampak sama?? Yup..background maybe, sekali pandang dah boleh tahu kat mana aku pacak. Tapi POI aku bukan background. Tak jadi masalahlah biarpun aku tembak berjuta kali kat situ. Kalau nak suruh ..hari ni aku pi Tanjung Dawai, esok pi banting Selangor, lusa pi Bali pulak.. boleh jugak.. ampa sponsor aku pi.. hehe.

Itulah sebabnya aku asyik shoot di kawasan berdekatan aku. Bagan Ajam, Teluk Air Tawar, Kuala Muda.. paling jauh pun Penang. Benda yang aku boleh ulang pergi tiap2 hari. Tetapi bukan tiap2 hari aku keluarkan gambar dengan compo dan angle yang sama. Sudah tentulah aku kena fikirkan benda lain. Kalau hari2 dok makan gulai ayam cemuih jugak. kan. Tukar la ke gulai ikan pulak, Itulah yang aku buat. Tempat yang sama, angle berbeza. Macam mana nak buat?? Pandai2 lah compo, gunakan mata yang liar itu. Liar tengok awek boleh, liar tengok keindahan alam semesta ni tak boleh ke?? Hehe..

Ok .. itu saja utk entry kali ni. Enjoy how beautiful the world we living on. Selamat Hari Rayeee.. :)

ABAMJIWA

Monday, July 18, 2011

KOMPOSISI PEMANDANGAN INDAH

Assalamualaikum

Berbicara tentang komposisi, terlalu banyak 'rules' yang termaktub dalam 'THE LAW OF PHOTOGRAPHY'. RO3, leading line, diagonal, symmetric, geomatric, framing dan macam-macam lagi. Jenuh kelebek buku sampai lunyai tapi kita masih tak faham-faham. Kita study bagaimana nak kompo model, lighting, posing, begitu begini tetapi bila model angkat tangan tunjuk ketiak sikit kita dah berpusu-pusu nak shoot. Sampai 30 orang yang pegang kamera berebut-rebut nak tembak benda yang sama - "ketiak model". Dimanakah 'rules' yang selama ini kita agung-agungkan sehingga juling biji mata ketika mentelaah di internet dan buku?? Atau...adakah 'rules' itu sendiri tidak wujud atau tidak boleh diguna pakai??? Mari kita kupas.

Rules - undang-undang, panduan, rukun, peraturan, adat, penggaris, pembaris, pengukur. Definisi yang sangat subjektif. Dalam erti kata mudah, 'rules' / peraturan / rukun itu memang sedia ada dalam setiap aspek kehidupan kita. Nak kahwin kena isi borang nikah, kena ada wali, kena ada akad, kena ada mas kahwin, kena ada pengantin lelaki dan perempuan. Tetapi berapa hantaran, jam berapa nak kahwin, nak kahwin dengan siapa itu kita yang pilih.

Kita nak makan nasi kena ada nasi, kena ada lauk, kena ada pinggan, dan kena basuh tangan. Itu semua rules.Tetapi kita nak makan nasi lemak ke, nasi dagang ke, beriyani kambing ke, nasi mentah ke itu hak kita. 

Dalam fotografi pun ada rules bagai yang saya sebut di atas. Tetapi, bapa fotografi moden - Ansel Adams - ada menyatakan begini ; "There are no rules in photography, there are only a good photograph".. amcam bro??

Baiklah. Pada pendapat saya yang langsung tidak legend dalam arena fotografi ini, rules itu hanya panduan yang kita boleh pakai pada sesetengah keadaan. Jika kita letakkan 1 situasi seperti Talent Photoshoot, di manakah kita nak letak rule 'diagonal' atau 'symmetric' jika lokasi yang kita shoot itu tidak ada elemen-elemen tersebut? Begitu juga sebaliknya. Jika kita shoot landscape, kat mana nak cari model angkat ketiak?? Hehehe. Jadi kita tidak boleh atur susun setiap aturan tersebut pada setiap situasi. Ada yang kita boleh guna dan ada yang boleh kita abaikan. Sama macam kita nak pergi pasar beli ikan dengan menaiki kereta. Sebelum kita dapat beli ikan itu, kita kena buka pintu kereta, kita kena start enjin, kena tekan clutch, kena tekan minyak, brek, pusing stereng dan sebagainya. Itu semua 'rules'. Tetapi, laju mana kita nak tekan, jalan mana kita nak masuk, kona mana yang kita nak lipat, itu semua terpulang pada kita. Asalkan kita sampai ke matlamat - IKAN. So, mission accomplished.

Jadi, jangan kita terlalu pening kepala dengan rules. Sampai mati abis kutu atas kepala punya fikir tentang undang-undang fotografi, padahal yang kita pakai hanya satu atau dua perkara. For knowledge, YES!! Boleh praktikkan, tetapi jangan kita bingung menggelabah tak tentu arah bila ada orang komen .. "bro...gambar ko ni tak ikut rules".." "bro.. apesal subject ko letak tengah frame instead of RO3?"  Rules made to be broken. But before you break the rules, you have to know what is rules it self.  Jangan takut untuk meletakkan subject di tengah-tengah frame. Tak kena saman dengan polis pun. OK??

Berbalik kepada komposisi. Saya ada sertakan beberapa contoh gambar saya sendiri, yang mana mungkin ini memberi panduan dan mungkin juga tidak. Saya sekadar berkongsi, tidak perlu ikut bulat-bulat ke setengah bulat ke, empat segi ke. Kalau nak ikut silakan, kalau tak mahu saya tak marah. Ini cuma persepsi dan perspektif dari mata saya tentang apa yang saya nak dalam setiap hasil kerja saya, terutama dalam landscape photography.


Rajah 1.

Lihat gambar di atas. Lupakan dulu soal tona, senget, under atau over. Semua gambar-gambar ini adalah format JPEG yang mentah dari kamera. Belum retouch apa-apa lagi. Kita nak bercerita tentang komposisi. Saya shoot ketiga-tiga keping gambar ini pada tempat yang sama, hari yang sama dan pada kedudukan kamera yang hampir sama. Gambar 1 adalah gambar yang pertama keluar pada screen kamera saya pada sesi tersebut. Perhatikan kedudukan tiang-tiang yang saya nak jadikan subject tu, ia terletak pada bawah garisan horizon. Jadi gambar ini saya reject sebab subject nampak seakan-akan blending dengan background. Kurang memberi impak pada mata saya. Ini membawa maksud subject tidak cukup kuat untuk mendominasikan frame. Pada foreground pula terdapat detail selut yang menarik tetapi juga tidak banyak membantu untuk menghasilkan "wow!!" faktor pada gambar ini. Pangkah terus.


Rajah 2.

Setelah pelekat rokok sebatang (jangan tiru aksi berbahaya ini), saya cuba lagi sekali. Dan saya dapat satu imej yang lebih baik dari yang tadi. Tiang-tiang batu itu mula nampak dominan sebab kedudukan subject tepat pada garisan horizon. Boleh dapat lagi rendah sama level dengan horizon maka lagi bagus.  Pada foreground saya cuba dapatkan POI yang mudah, seketul selut yang timbul dari permukaan air. Malangnya ada pulak sampah sarap pada bahagian bawah kanan frame. Manipulate?? Clone?? Maaf saya tak rajin nak buat benda tu.



Rajah 3.
Setelah mencuba beberapa kali, saya mengubah kedudukan kemera dan cuba dari satu sudut yang lain. Saya hanya melangkah setapak ke belakang, rendahkan sudut pandangan dan shoot. Dan saya berpuas hati sebab elemen-elemen yang saya perlukan dah ada dalam frame, elemen yang tidak perlu telah saya buang jauh-jauh. Subject dominan, POI yang menarik pada foreground. Tak perlu saya edit banyak-banyak, tak perlu crop sampai sempit, tak perlu clone itu clone ini. Kerja saya jadi mudah. Proses dalam photoshop semata-mata nak naikkan tona dan warna, tak sampai 5 minit siap.

 __________________________________________________________________________________

Rajah 4.
Yang ini saya shoot di Tanjung Dawai, Kedah. Baiklah. Apa yang saya tidak berkenan tentang gambar ini?? Subject ada, subject locating pun ok. Apa yang tak kena?? Sebab, sebelum shoot saya dah gambarkan apa yang saya nak. Saya mahukan sekeping gambar long exposure dengan frame yang luas. Kedudukan subject dah ok bagi saya. Takde pun RO3?? Memang tidak ada sebab saya nak subject itu di tengah-tengah frame untuk dapatkan imej seakan-akan minimalis, ringkas tetapi masih dominan. Jadi, gambar ini tidak cukup wide bagi saya. Reject !!


Rajah 5.
Ini pun kena reject walaupun luasnya dah cukup. Tetapi bahagian atas terlalu kosong dan dull. Tidak perlu saya biarkan tempat kosong free begitu sahaja tanpa ada elemen-elemen yang boleh membangkitkan gambar. Jika pada masa ini ada awan berkepul-kepul, atau ada warna sunset yang cantik, mungkin saya akan terima pakai. Subject pula dah ke tepi sedikit, sedangkan asalnya saya mahu subject di tengah-tengah. Juga ada distraction yang agak jelas pada bahagian kanan frame. Lagi sekali, saya seorang yang malas mahu menggunakan tool dalam photoshop melainkan jika keadaan memaksa.

Rajah 6.
Finally, saya dapat yang ini. Subject pada kedudukan di tengah-tengah frame, bahagian atas tidak nampak terlalu kosong, tetapi frame saya masih luas dengan dominan subject di tengah-tengah. Tanjung yang kelihatan sebelah kiri frame bagi saya tidak terlalu menggangu. Sebelah kanan frame pula masih ada sedikit distract tetapi dapat diseimbangkan dengan tanjung sebelah kiri tu.Terus pasang filter dan shoot. Ya.. ini yang saya nak :).

Adakah saya telah mengaplikasikan segala jenis rules dalam setiap gambar saya? Di mana leading line? Di mana RO3? Di mana diagonal?? Di manakah ketiak itu?? Hehehehe

Harap anda faham tentang isi kandungan entry ini. Sekali lagi saya tegaskan, ini bukan aturan yang perlu anda ikut. Ini sekadar panduan dan rutin yang biasa saya lakukan semasa mengambil gambar panorama indah. Ini cara saya dan mata saya. Tetapi prinsip dan aturan masih saya terapkan. Saya letakkan aturan atau rules itu sebagai principle. Cuma, bagaimana saya hendak mengolahnya terpulang pada diri saya asalkan matlamat saya tercapai. Juga, pasti ada panduan yang lebih berguna dari yang ini. Rajin-rajinlah anda cari, semak dan cuba.

Tentang editing pula, saya tidak mengamalkan editing yang melampau dalam hasil kerja saya sebab saya tak pandai, belum pernah lagi hadiri kursus editing secara formal. Yang ada cuma belajar dengan kawan-kawan atau tengok kat youtube. Dan gambar-gambar saya terhasil dengan satu atau dua exposure sahaja. Tidak lebih dari itu. Jadi jangan bertanya saya tentang HDR, DRI atau Vertorama, terus terang saya belum ada ilmu tentang modul-modul tersebut. Apa yang saya suka lakukan sekarang ini ialah baiki komposisi, komposisi dan komposisi. The key in a good photograph is composition.

All the best.

Abamjiwa


Sunday, July 17, 2011

TIDAK RELA MENJADI PELACUR


Assalamualaikum

Panasnya tajuk entry ni.

Pada 16hb Julai yang lepas aku telah mengikuti satu seminar BAGAIMANA MENJADI KAYA DENGAN HOBI & KERJAYA FOTOGRAFI oleh Saiful Nang yang telah berlangsung di Institut Asia Eropah, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun letih. Aku dengan sahabat baik bergerak dari Kepala Batas jam 12 tgh malam, singgah tidur di Sg. Buloh dan jam 7 pagi dah terpacak depan gate UM. Habis seminar jam 6 petang terus tembak balik Penang. Walaupun dia yang banyak pegang stereng tapi aku tetap terasa letih hehehe.

Apa yang aku dapat dari pelaburan RM90 untuk menyertai seminar ini (campur tolak duit minyak, tol dan makan lebih kurang RM200) ????

1. Sebelum ini banyak aku dengar pelbagai tohmahan tentang peribadi dan profession SN nih. Tapi aku tak amik peduli sebab memanglah aku kenal dia secara general tetapi dia bukan kenal aku pun. Tetapi setelah melihat karektor dia dari dekat, tohmahan-tohmahan itu dapat aku buang jauh-jauh. Aku tak rasa dia ini begitu begini bagai yg dicanang musuh-musuhnya. Dia hanyalah seorang ahli perniagaan yang berani, sabar dan setia pada jenama Candid Syndrom. Jadi dia tidak peduli apa orang nak kata. Yang dia tahu, pertahankan Candid Syndrom dan pertahankan tindakan yang baginya tindakan dia itu betul. Mungkin bagi orang lain salah, bagi dia betul. Itu hak masing-masinglah. Segugusan manusia yang hidup dalam satu komuniti memanglah ada pro dan kontra. Tidak ada yang YES semuanya. Normal. SN ni pula ramah, pandai bercakap sebab aku hanya rasa mengantuk sikit2 saja dalam dewan seminar. Biasanya kalau seminar mcm ni memang aku padam pada separuh masa kedua. SN juga pandai bergurau, bijak menjawab soalan dan jawapannya bernas, boleh diterima pakai. Pendek kata aku tak terasa dia ni pelik ke jiwa kacau ke mcm yang dikata orang tu. Tiga tahun lepas aku pernah berborak dengan dia masa grand outing Photoskool kat Zoo Negara. Mungkin dia pun tak ingat aku dah, maklumlah aku ni bukan sapa2 pun. Masa tu aku pun baru lagi pegang kamera ni. Jadi..pada pandangan peribadi aku, SN ni manusia biasa, seorang ahli perniagaan yang bijak mengatur strategi dan.... 'pendek' hehehe. Sorry SN kalau terbaca statement aku nih. Memang patutlah dia kaya sebab strategi dia memang bijak, dia bukan manusia yang suka buat kerja halai balai dan suka membuang masa. Tidak hairanlah jika ramai yang dengki. Cuba kalau dia manusia macam aku, tadak sape pun nak peduli. Lantak ko lah kan bukan merugikan aku pun hehehe. Itulah adat manusia. Baiklah, itu hanyalah pandangan peribadi aku terhadap peribadi SN.

2. Aku tertarik dengan kata SN berbunyi begini, "kita rela melacurkan diri dengan perkara/ kerjaya yanng kita tidak suka".. WOW!! Sungguh, aku amat terasa dengan kata-kata itu. Bukan terasa sebab ayat itu kasar, tetapi sebab aku memang terasa macam sedang berkerja sebagai seorang pelacur. Kerja aku tu memang kerja halal secara rasionalnya. Tidak terbabit dengan benda-benda haram. Tetapi aku berkerja dengan perasaan terpaksa. Maksudnya, aku tidak suka kerja ini tetapi jika aku tidak buat, aku tak dapat makan dan anak bini aku pun tak dapat makan. Jadi, dimanakah keihklasan aku ketika aku sedang berkerja? Dan bagaimana pula dengan keberkatan dari gaji yang aku dapat tu? 10 tahun aku bekerja dalam lapangan logistic. Cuma main tukar company dan tukar skop kerja sahaja. Umpamanya aku bersilat di gelanggang yang sama. Bila aku cuba bersilat di gelanggang yang lain, gelanggang itu masih dalam lapangan yang sama. Mungkin dalam masa 10 tahun itu aku tukar bermain tomoi atau sumo, tetapi aku masih di arena yang sama. Aku memang pandai bersilat, tetapi aku tidak suka bersilat. Jadi aku buat, atau lebih tepat aku terpaksa buat sesuatu yang aku tak berapa suka demi mencari rezeki yang halal.

Kata- kata SN itu membuatkan aku sentap sendiri dan rasa macam nak 'back to the future' demi mencari perkara apakah yang aku suka buat pada waktu itu dan perkara itu boleh menjadi punca pendapatan aku. Ntah.. tiada jawapan specific selain dari main banyak kekekekeke. Kalau sekarang, memang aku tau dah aku suka mengambil gambar. Mungkin aku belum terlewat, tetapi aku dah rugi 10 tahun dalam hidup aku. What the hell.....!!

3. Strategi Pemasaran yang mantap amat penting dalam membina perniagaan. Ini memang umumnya dah tahu. Tapi aku tak terfikir yang SN berani membuat promosi di luar negara tatkala di dalam negara tiada pasangan nak mengawan. Dan langsung tak terlintas dalam kepala hotak ku ini yang SN pergi berbulan madu, ambil gambar itu ini dan dapat jual balik gambar tu kat hotel yang dia stay tu dengan pulangan yang boleh menampung balik kos bulan madu tersebut, malah lebih dari tu. Kemudian pergi honeymoon lagi dan ulang buat benda yang sama. Sangat bijak. Kadangkala, strategi tu memang dah bermain-main dalam kepala kita. Tapi kita malas nak buat. Takat main-main saja. Aku juga pernah terfikir nak hantar gambar kat majalah travel Malayisa & tourisme Malaysia tapi haram tak buat pun. Jadi, lepas ni aku nak buat. InsyaAllah.

4. Tangani musuh dengan bijak. Mereka lempar taik kita lempar bunga. Atau mereka lempar batu kita buat bodoh dah. Bab ni yg susah sebab kita manusia biasa ni ada perasaan geram, marah, dendam, tak puas hati, benci dan meluat. Macam mana nak handle emosi begini dari diekspresikan di khalayak ramai?? Susah ni. Tanpa kesabaran kita pasti terbabas dan khlayak akan menganggap fitnah dan tuduhan yang ditembak musuh itu benar belaka. Jadi aku nak mintak SN buat satu kursus 'BAGAIMANA NAK BUAT BODO DENGAN MUSUH YANG BANGANG" kekekekekkeke...

5. Pengurusan kewangan yang bijak. Yang ini amat mustahak. Tak payah cerita semua dah paham. Kalau belum faham pergilah belajar accounting, atau belajar menabung. Dengan erti kata mudah, pengurusan itu amat penting tidak kira dari konteks kewangan, pengurusan pasukan, pengurusan operasi dan macam-macam lagi perlu terurus. Diri sendiri nak nampak handsome tapi kerja selerak tak guna jugak.

6. Kalau nak jadi yang 'best'...gambar pun kena 'best'. Tiada dolak daliknya lagi. Lupakan dulu soal editing dan manipulating. If you want to be a photographer, be a real photographer. Bijakkan dulu diri kita dalam mengambil gambar sebelum kita nak teruskan dengan manipulasi.

7. Aku lupa dah apa point yang nak input sebab anak-anak aku sedang menggangu traffic otak aku nih. Tak dok diam langsung huhu.

Kesimpulannya, aku amat berpuas hati dengan pelaburan aku itu. Walaupun tidak100% isi kandungan yang clear tapi 90% achieved expectations. Well presentation and tak boring. Terima kasih Saiful Nang. Pada yang belum pernah hadiri kursus macam ni, luaskanlah pandangan. Jangan kita asyik dengan kursus praktikal sahaja. Perkara moral macam ni kena juga diberi perhatian. Kepada yang baru nak belajar, ingatlah. Dunia foto ini sempit. Jangan cepat buruk sangka dan berhasad dengki. Pi mai pi mai kita pasti bertentang mata. Jadikan pengalaman orang-orang lama sebagai panduan. Jangan sombong diri dan jangan berkata sesuatu yang kita tak pasti.

Akhir kata, terima kasih sudi singgah sini. Ampun dan maaf dipinta jika 'gua' ada terlanggar mana-mana pihak :)

Wassalam.

p/s : Thanks to brader Syahrin Ong Abdullah. You r a good wise man bro.. Also thanks to my old mate merangkap cikgu tak rasmi aku saudara Sani Rahman http://blog.arunamaya.net/ yang turut hadir pada seminar ini. Keep in touch bro.

Friday, July 1, 2011

Tips???

Shoot with digital compaq in 2007.

Ada yang bertanya saya tentang "tips in photography". Saya pun bukan pandai sangat nak bagi tips itu dan ini. Baiklah, sekadar nak berkongsi apa yg saya amalkan sebelum saya tekan shutter yang boleh susut nilai itu. Anda tak perlu ikut bulat2 sebab ini sekadar rutin yg saya lakukan sebelum dan semasa shoot. Mungkin ada orang lain yang amalkan rutin yang lebih baik yang anda rasa sesuai untuk anda follow :).  Ikut selera masing-masinglah. Sebab medium photography ni sangat luas. Kalau nak cerita bab tips ni sampai minggu depan pun tak abis.

Pertama sekali sebelum saya turun padang untuk shoot landscape atau portrait, saya akan berfikir dahulu apa yang saya nak shoot. Kalau untuk landscape biasanya saya dah tahu ke mana arah tuju saya, bagaimana rupa lokasi tersebut (kecuali tempat tu saya tak pernah pergi), jika saya nak shoot seascape saya akan tengok dulu jadual pasang surut air laut, cuaca, pergerakan awan (yg ni susah sikit sebab negara kita tak windy mcm negara2 eropah), arah jatuh matahari, arah naik matahari, gambar mcm mana yang saya nak bikin, slow shutter kah, gambar biasa kah, water streaming kah?? Saya berfikir dahulu baru saya turun padang. Kemudian saya shoot. Jika keadaan agak terdesak seperti cuaca tak mengizinkan, kaler tak cantik, matahari tenggelam sebalik awan, baru saya fikirkan alternatif lain. Dan mungkin corak gambar yang saya dah plan awal2 tu akan berubah.

Untuk portrait pula saya hanya shoot muslimah (bertudung dan menutup aurat). Jadi konsep muslimah ini sangat mudah. Hanya perlu jaga lighting dan directing yang ringkas. Nama pun muslimah, suruh model berdiri atau duduk cara muslimah sajalah. Takkan berpakaian muslimah tapi kita nak suruh model duduk terkangkang kangkang, melintuk liuk mcm cacing kena garam. Jadi biarlah hasil kita tu berpadanan dengan tema yang dah kita garap sebelum tu. Muslimah is muslimah, no sexy posture dan sebagainya yang mengundang ghairah.

Ok, sebelum saya tekan shutter, saya akan skodeng sebaik mungkin dalam view finder. Apa yang kena dan apa yang tak kena. Apa yang perlu masuk dalam frame dan apa yang tak perlu. Jika saya mati kutu saya akan shoot dulu kemudian tengok hasil dalam LCD. Masa tu otak saya akan berfikir lagi sambil menggaru-garu kepala. Apa yang perlu saya ubah untuk ummmpphkan lagi shot tersebut. Jika landscape saya akan pelbagaikan angel dan compo. INGAT!! Satu langkah kita ke belakang atau ke hadapan akan mengubah impak pada shot kita tu. Jadi skodeng betul2. Tekankan pada komposisi, perhatikan sampah sarap yg ada dalam frame. Jika tak boleh elak, process saja dalam photoshop, itu kira jalan yang terakhir. Jika boleh, cuba elakkan sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan post processing untuk menghasilkan gambar yang baik. Aksesori tambahan seperti filter ND, GND, CPL banyak membantu dalam landscape photography. Belajar tentang penggunaan aksesori tersebut. Dan jangan lupa gambar mesti sharp. Gambar Slow Shutter dan gambar blurrrr adalah dua perkara yang berbeza. Horizon mesti straight. Jika anda shoot sekeping gambar kemudian declare sebagai gambar landscape, horizon mesti lurus. Jangan senang2 twistkan kesilapan anda dengan berkata blur dan senget itu adalah 'seni'. Itu adalah seni yang sesat.

Untuk portraiture saya akan pastikan model saya cantik (weeeeeeeeeeeee...!!!). Gambar mesti tajam tahap razor blade. Jika OOF, padam terus dari SD/CF, kalau simpan pun buat menyemak je hehe. Lighting mesti lawa. Saya biasa gunakan softbox utk portrait. Lighting akan lebih soft dan cantik. Control ambience guna shutter dan control lighting guna aperture. Fahami betul2 konsep DOF. Understanding exposure (Shutter, Aperture, ISO) and u will get the desired result.

Setting pulak??? Mak aihhh saya dah letih menaip. Ada orang suka bertanya tiap kali kawan2 up gambar kat FB - "bang, bleh bagi exiff??"  Common kan.!!!  Baiklah. Jika anda bermain dengan flash, memang ada setting tertentu untuk keadaan tertentu. Contoh - Indoor kita pakai shutter 1/160, Aperture F4, ISO 400. Itu salah satu. Sebenarnya kita tetap kena try and error dulu sebelum real shoot. Test dulu setting apa yang sesuai untuk keadaan tersebut. Untuk outdoor pun begitu. Jika anda shoot tanpa flash dan bergantung pada meter kamera semata2... please jangan tanya "settiing ape bang??" bila gambar keluar kat FB. Kalau anda ada bersama tuan punya gambar masa dia shoot gambar tu boleh la anda tanya soalan begitu. Sebabnya... Jika beliau (aku like la ayat beliau nih ) bagi setting seperti shutter 1/2000 , Aperture F5, IS0 100, esoknya anda pergi shoot di tempat yg sama dan pada jam yang sama, setting tersebut akan berubah. Mungkin hampir sama tetapi untuk dapat exposure yang betul2 sama tu agak payah. Sebab cahaya ambience tidak konsisten. Dalam 1 saat meter kamera anda takkan duduk diam. Tak percaya?? Kalau tak percaya tandanya anda kena belajar banyak lagi (sila belek buku manual). Jadi, fahamkan betul2 tentang exposure triangle. Anda faham yang itu, kerja anda jadi mudah. Tak perlu tanya setting kat kengkawan pun.

Untuk slow shutter / long exposure / filters?? Lainkali kita sembang. Saya mahu tidur.

Sekian, terima kasih

Salam sayangn dari Abamjiwa :p

Wednesday, June 29, 2011

I 'LIKE' INI GAMBAR

Salam ukhwah..

Baru2 ni saya ada participate dlm satu contest di 'muka buku' di mana contest ini memerlukan anda menghantar hasil kerja anda, kemudian pemenang akan ditentukan dengan kaedah siapa dapat 'like' paling banyak dialah pemenangnya. Seronok jugak. Nak tengok jugak orang like tak kerja kita tu?? 1st time saya cuba masuk contest macam ni sebab nak tengok bagaimana flow undian berlaku. Dan baru sekerat hari undian berjalan saya dah dapat buat satu kesimpulan yg agak sengal;

Pertama, jika saya ada ramai kawan, peluang saya amat cerah. Sebab lebih ramai kawan saya lebih banyaklah undian 'like' yg saya dapat. Katakanlah saya ada 4000 kawan dalam friendlist dan saya 'pm' link tersebut kepada semua kawan2 saya. Andaikata 50% dari kawan saya like gambar saya, saya dah ada 2000 undian 'like'.. best kan. Tapi bagaimana jika saya hanya ada 1000 org kawan dan saingan saya dalam contest tersebut ada 4000 org kawan???? Hehehe.. konpom lah saya tewas dengan majoriti yg amat banyak..

Kedua, jika saya ada 4000 orang kawan dan kebanyakan mereka bukanpun jurugambar atau ahli dalam seni gambar. Mereka tetap akan 'like' jika gambar saya itu buruk, blur, OOF atau sebagainya.. saya masih akan dapat undi tertinggi sebab saya ramai kawan. Tetapi jika saya tak ramai kawan, dan gambar saya itu mantap tahap dewata raya...undian 'like' kepada hasil kerja saya akan tetap tidak mencapai quota yang diperlukan untuk memenangi contest tersebut... nampak tak??? Lagi sekali saya gelak... hehehehe..
Konklusinya. contest seperti ini bukanlah satu medan untuk menentukan di manakah tahap kita sekarang ini. Ia sekadar suka2, mungkin mendatangkan faedah bagi sesetangah orang tetapi tidak bagi saya. Nak kata base on luck pun tak boleh jugak. Nak kata 'unfair' boleh jadi. Justeru, cara paling baik untuk menentukan level gambar2 anda patut berada ialah dengan contest yang gambar2 anda diadili oleh ahli-ahli yang professional.. Tak kira apa medium sekalipun, seni menjahit ke, seni buat putu mayung ke, seni rock kapak ke, dalam contest tersebut mesti ada juri professional..bukan dengan undian 'like'.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 21, 2011

Meniru atau Berguru???


Dalam photography ni ramai yg sering bercakap begini .. "aku nak bina identiti sendiri, cara aku sendiri, stlye aku sendiri. Aku tak mahu meniru style dan idea orang lain.."  Hebatkan ???

Kes 1.

Baiklah, merujuk kepada gambar di atas yg saya shoot ketika berguru dengan seorang sahabat yang sedap sekali namanya...Ayarx Oren!! Masa shoot talent comel bernama Izyati ni, saya tiru sebijik apa yg Ayarx Oren buat. Saya, lihat saya observed, saya tanya, saya shoot dan saya tunjuk kat dia. Dalam sesi talent photoshoot yg lain walaupun tanpa kehadiran Ayarx Oren, saya masih praktikkan apa yg dia sampaikan pada saya. Jadi, compo, teknik dan sebagainya lebih kurang sama, talent je yg lain. Adakah ini bermakna saya telah meniru dia??

Kes 2.

Saya banyak merujuk pada gambar2 senior dan professional untuk menghasilkan sekeping gambar landscape yang baik. Antara sumber yang menjadi rujukan saya ialah Warnaiman Azizi, Fairuz Frz, Nazarudin Wijee, Engku Li, Kabir Malek, Keris Tuah, Yaman Ibrahim, Cole Thompson, Michael Levin, Andy Mumford dan ramai lagi. Walaupun saya tidak berada pada lokasi yang sama semasa mereka shoot, dan antara mereka ada yang langsung saya tak pernah bersua secara 'live', tetapi saya cuba sedaya upaya menggunakan segala jenis teknik yang biasa mereka pakai dari aspek compo hingga setting dan teknikal. Adakah ini juga dikira meniru???

Baiklah... saya pernah 'chit chat' (wow, lamanya tak guna ayat tu hehe) dengan seorang junior yang secara kebetulan saya add di Facebook. Dia mengajukan berbagai soalan yang saya jenuh nak menjawab. Tetapi soalan2 itu lebih berbentuk general, tidak terlalu specific. Bagus.. nampak sangat beliau ada kemahuan. darah muda pulak tu semangat memang berkobar2.. kalau ajak perang pun sanggup ni. Beliau minta saya komen gambar2 beliau. Pada mulanya saya segan, saya pun bukan pandai sangat nak komen dan kritik nih. Saya pun masih merangkak belajar. Disebabkan tidak mahu mengecewakan hamba Allah ni, saya minta dia bagi link gambar2 yg dia nak saya komen. Fine, saya pun komen apa yg patut. Perkara biasa, compo, exposure dan sebagainya. Katanya baru setahun main kamera. Takpe, ada orang baru 6 bulan main kamera dah boleh buat gambar. Sekarang ni banyak tempat kita boleh belajar. Free pulak tu.

Saya tanya pada junior tersebut, " ko berguru dgn sape?"

Katanya dia hanya ada seorang guru iaitu si polan ( saya tak tau apa nama ayah polan ni jadi takde la "bin si polan"). Saya pun kenal mahaguru dia tu, dulu saya pernah add kemudian saya removed sebab baru setahun main kamera dah pandai amik gambar bogel.. ini bukan gambar ayam bogel tapi orang bogel. saya jadi geram. Patutlah si junior ni pun terdorong ke arah tu. Sampaikan gambar talent umor 45, pakai singkat dedah 'tits' pun dia sanggup shoot. Talent at age 45 beb... bukan 25. Bak kata sahabatku Nazri Ahmad the Image "OOOOEMMMJIIII"... what the F*** with u all??? Dah desperate sangatkah?? Salahkah shoot gambar mcm tu?? Jawapannya sila baca bawah...

Dari aspek photography memang dah ada kehancurannya sebab compo halai balai dan lighting ke laut. Dari aspek moral takmau kira ke? Kalau Fiona Lim ke, Louis Pang ke, Dave Hill ke shoot begitu lantaklah. Tapi kita yang berbangsa Melayu beranak di sebuah rumah kecil kat belakang Masjid Kampung Dodol, Malaysia ni apa jadahnya perlu shoot begitu?

Saya tidak komen isu2 sensetif begini pada beliau, sebab awal2 lagi beliau dah mcm bagi hint seolah2 "jgn interfere dgn style aku!!!"

Dengan lantangnya beliau bersuara bahawa beliau mahu membina identiti sendiri, takmau tiru style org lain. Sebab tu guru beliau sorang saja iaitu 'makhluk' tersebut. Bila saya cadangkan nama2 seperti KB, Kabir Malek, Didiz dan sebagainya beliau lagilah lantang bahawa beliau tidak mahu tiru style dewa2 photo tersebut.. Beliau tetap mahukan cara tersendiri. Fine..

Soalan final saya kepada beliau berbunyi begini..

"Abis, yang ko ikut shoot gambar dedah2 dengan masta sifu ko tu apehal?? Bukan meniru ke namanya tu??"
Hehe..

Dia diam dan terus bertawaduk sebentar. Saya terus basuh dia begitu dan begini demi untuk mempertahankan maruah photography Melayu. Dia terus diam berjuta bahasa.

Come on guys. Setahun dalam photography dah nak bina identiti??? Yes u can, but please understand the photography it self. Saya rasa, nak faham discipline dlm photography pun makan masa bertahun. Bukan kerja mudah bang. Bukan semudah menanggalkan kain pelikat dari badan. Luaskan pandangan. Jangan duduk di bawah tempurung, jangan berada di takuk lama. Kalau dah boleh shoot gambar model sexy sekeping dua yg blurr dah kira anda dan naik setakuk lagi ke??? Anda kira anda ada guru yang sempoi gila boleh makan puji dan boleh ajak shoot tiap minggu, anda dah boleh bina identitikah??

Tolonglah, please put away that such of thinking from your mind. Pergi berguru, kalau tak mampu pun belajarlah kat internet, buku, majalah dan sebagainya. Jangan tipulah kalau kata tak mampu nak layan internet. Beli kamera 3 4 ribu boleh, nak beli PC cap reban ayam dan broadband tahap berok pun takleh ke?? Abis tu gambar2 yang dah shoot tu view dan edit dalam kamera je ke?? Kata terer editing. Caitt..

Ni satu hal lagi, ayat mcm ni selalu keluar ..
 "aku pandai edit ja, kalau masa shoot mmg tak terer".. Deeeyyyy yennaadeyyy...!!

Abis tu yang ko boh profile ko "PHOTOGRAPHER TERHENSEM ABAD INI" tu buat pa wehh?? Bila bagi nasihat, even Dave Hill pun akan pastikan compo dan lighting cun masa shooting, dia jawab mcm ni       ." saya takmau tiru style dorang bang"
woiiiiii..... aku penampaq naya ja.

Ni bukan masalah tiru.. ini masalah ko takmau belajar yg asas tapi terus nak jadi professional dengan certification yang sesat.. apa daa..!!

Kesimpulannya, luaskan pandangan. Tak semestinya luaskan pandangan tu kita kena buat kelainan dgn shoot gambar bogel kemudian up kat FB dan jaja sana sini supaya orang kata kita hebat.Kalau betul kita hebat tahap Hafiz Ismail ke, Amri Ginang ke, shoot la gambar kambing tengah toron pun memang kita dah hebat. Ini kita nak hebat dengan cara mudah. Mcm penyanyi dan pelakon zaman sekarang. Suara mcm biri-biri tapi lawa punya pasal boleh jadi top artits. Demm,.....!!!

Letih dah aku menaip kat sini. Rasanya inilah entry aku yang paling panjang sejak blog ini wujud. Ini berlaku kerana aku geram. Aku bagai seorang budak sekolah yang tahu jawapan yg ditanya cikgu tetapi aku takleh bersuara sebab tangan aku diikat dan mulutku ditekup dengan kain dan dipaksa berdiri atas meja. Kalau aku bersuara mungkin akan menimbulkan kontrovesi sebab ramai photographer professional melayu dalam Malaysia ni yang shoot gambar2 nude. Point aku bukan soal gambar nude, tetapi soal beli kamera semata2 nak shoot gambar nude supaya cepat jadi hebat. Psycho!!!

Mungkin ada yang tidak bepuas hati dengan kata2 aku ini jadi aku tidak meramaikannya di FB. Biarlah di sini saja memandangkan aku sorang je yang rajin masuk blog ni hehe..

Thanks to visitors dan sahabat2 yang sudi singgah. InsyaAllah kita sambung lagi. All the best to all of us...

:)

P/s: Aku bermula dengan "saya/beliau" sebab mood aku ok.. Aku akhiri dengan "aku/ko" sebab mood aku dah hilang dan aku tgh geram ...