Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Sunday, October 30, 2011

PHOTO OUTING SIRI KE 3 ART OF NATURE.


Assalamualaikum.

Pada 29hb Oktober yang lalu telah berlangsung program Outing Art Of Nature untuk kali ke 3 dalam tahun ni. Jadi matlamat saya untuk melaksanakan 3 outing dalam masa setahun telah tercapai. Terima kasih sahabat taulan terutamanya pasukan Admin AON yang turut membantu menjayakan outing ini. Juga kepada isteri tercinta yang menyokong minat seorang suami, dan membantu menyediakan bihun singapore yang sedap untuk santapan kami di air terjun Titi Hayun, Yan, Kedah.

Outing ini saya anggap lebih berjaya dari outing yang lalu sebab, pertamanya peserta mencecah sehingga 22 orang. Saya masih ingat, program serupa yang pertama pada bulan Mei yang lalu hanya di hadiri 12 orang peserta. Yang kedua pun lebih kurang begitu. Bagi saya jumlah itu sudah memadai sebab outing ini berkonsepkan landskap. Bukan street. Jadi jika  terlalu ramai peserta, susah nak buat gambar dan input pun tak berapa padat.

Perkara kedua yang membezakan outing ini dengan outing yang lalu ialah, saya lihat ramai peserta yang pertama kali join outing sebegini lebih berani bertanya dan menunjukkan minat yg mendalam dalam cabang landskap fotografi. mereka tidak malu bertanya. Itu satu petunjuk yang bagus.

Perkara ketiga ialah, berbanding dengan outing yang lalu, kali ini selepas tamatnya sesi outdoor, kami tidak terus membawa haluan masing-masing. Tetapi kami terus mengadakan sesi TT (Teh Tarik) untuk review balik apa yang telah kami usahakan. Peserta-peserta berani menunjukkan gambar yang mereka shoot sebentar tadi untuk komen dan kritikan. Alhamdulillah, saya gembira melihat perkembangan ini.

Dengan bimbingan mereka yang lebih berpengalaman seperti Keris Tuah, Azrie Nasrie, Rahim Al-Kajai, Hazwan Hussein, outing ini benar-benar memberikan input untuk mereka yang memerlukan ilmu. Jadi, matlamat saya tercapai.

InsyaAllah, program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan. Kali ini, akan lebih meriah dan perkongsian ilmu akan lebih mantap.

Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang hadir dalam program ini. Berjumpa lagi di masa hadapan.

Kepada yang belum mengenali kami, boleh lawati group kami di Muka Buku: ART OF NATURE

Salam sayang.

Abamjiwa



Wednesday, October 26, 2011

AKU, TANTALUM, TEH TARIK DAN LOGISTIK




Assalamualaikum.

14 tahun yang lalu saya pernah menjawat jawatan sebagai Pembantu Tadbir (kontrak) di sebuah badan berkanun. Sempat setahun sahaja di situ sebelum saya menyambung pelajaran ke Universiti Malaya (batch 1997 - 1998 Dip. Linguistic). Tamat pengajian di UM, ramai kawan-kawan saya satu batch yang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pengajian Bahasa - Edu di UPM. Saya pula, memilih untuk pulang ke kampung dan berkerja korek tantalum. :)) Tau apa itu tantalum?? Ianya adalah sejenis bahan mentah yang dihasilkan dari sisa-sisa bijih timah atau lebih dikenali sebagai tahi bijih.

Jika anda rajin baca ini anda pasti sangka saya berkerja sebagai ahli geologist atau nuclearist hehe. Sebenarnya, saya dan ratusan orang lain yang berkerja menggali tantalum ini lebih tepat didefinisakan sebagai pelombong. Tetapi kami tidak menggali emas atau timah sebab bahan yang kami gali itu adalah tahi bijih yang mempunyai sedikit kandungan radioaktif. Kami berkerja secara haram , siang dan malam, hujan dan panas, kering dan lembab. Dan hasilnya amat lumayan.

Tantalum ini asalnya dah lama wujud seperti yang dinyatakan dalam wiki di atas, namun hanya dikenali di sekitar Butterworth pada tahun 1999. Dahulu, orang putih yang membina kilang bijih Malaysia Smelting Corporation kat Butterworth tu tidak tahu bahawa menatang tantalum ini mempunyai nilai yang tinggi dan mereka tidak tahu mana nak letak sisa-sisa mineral ni sebab terlalu banyak. Nak dibuang ke laut takut laut cetek dan terhasil pencemaran. Jadi, mereka tanam balik benda ni dalam tanah dan ada juga yang digunakan sebagai tapak rumah. Kawasan sekitar kilang itu pula berdekatan laut. Untuk mengelakkan tanah mendap, mereka gunakan tantalum untuk dijadikan tapak rumah dan kuarters.

Apabila tantalum mendapat permintaan, entahlah macam mana dan siapa yang memulakan ekspedisi mengorek tantalum ini, harga melambung sehingga RM8 sekilogram. Seketul tantalum sebesar penumbuk, ada yang mencecah sekilogram dengan mudah. 2 ketul dah dapat 2 kilo. Kalau dapat seketul besar tayar lori???? Banyak duit tu bro.. Tantalum terbesar yang pernah saya gali sebesar sebiji buah kelapa dan beratnya mencecah 30 kilogram. Seketul tu saja saya dah dapat hasil RM240. Bayangkan, kalau dapat sepuluh ketul dalam masa tak sampai sehari. Korek tak payah dalam-dalam, paling dalam pun 3 - 4 kaki ja. Dan di kawasan tu pula memang dah tentu ada, cuma besar atau kecil saja. Saya dan dua orang rakan pernah projekkan benda ni sampai 500kg dalam masa 24jam. kami berkerja 3 hari berturut-turut. Esoknya salah seorang kawan saya tu dah beli sebiji EX5 ...cash!!

Guni sebesar guni gula tu mampu memuatkan sehingga 50kg. Jika anda berkerja secara solo, dapat sehari seguni penuh dah kira lumayan. Tapi, berkerja solo ni memang patah pinggang la bang, Sendiri korek, sendiri tampi, sendiri timbang, sendiri angkat letak atas lori. Silap haribulan boleh pengsan dalam lubang. Waktu malam, keadaan di padang tu tak ubah macam negeri Mordor (LOTR). Pokok angsana yang hidup di situ selama beratus tahun pun kami tumbangkan. Dan dibawah akar pokok itu, sumpah....penuh dengan tantalum. Sangat mewah. Ada juga yang melampau sampai masuk ke bawah lantai rumah orang. Habis belubang lantai kuarters tu. Yang paling best, seorang kawan yang menghuni kuarters tu, dia tebuk dan korek lantai rumah dia sendiri kekekekeke. Itulah penangan tantalum.

Sehingga satu masa, harga jatuh merudum ke RM0.25 sen. Padang tantalum itu telah dimonopoli oleh seorang Datin bini Datuk mana entah.  Bila harga dah turun, kerja itu pun mereka deklarasikan sebagai halal. Sesiapa sahaja boleh datang gali asalkan hasil galian wajib dijual kepada pihak yang memegang permit tu sahaja. Tidak boleh dijual terus kepada peraih yang menjanjikan harga yang lebih lumayan. Sejak dari itu, saya pun berhenti berkerja sebagai pelombong haram. Hampir setahun berkerja sebagai pencari tantalum meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis. Demam tu perkara biasa, luka, calar terseliuh, terbenam dalam lumpur, di panah petir. Yang mati pun ada (berita di sini) . Dan yang paling penting ialah pengalaman. Saya lihat berbagai jenis manusia di situ. Sudah pasti mereka bukan orang kaya yang ada harta berjuta-juta. Jika mereka kaya, mereka tidak akan menggadaikan nyawa di situ. Ada yang bawa kaum keluarga dari Kedah, berkhemah di situ selama seminggu. Yang datang dari Ipoh dengan motosikal. Semuanya kerana ingin mencari kemewahan dari perut bumi. Mereka tidak pedulikan soal nyawa. Yang mereka mahu ialah sedikit kekayaan bumi yang mereka rasa patut dikongsikan sesama mereka. Walaupun selepas aktiviti ini akhirnya diwartakan sebagai haram oleh pihak berkuasa tempatan dan tapak galian ditutup terus, mereka yang pernah berada di sini masih tidak kaya. Mereka kembali hidup seperti mana mereka hidup sebelum wujudnya lombong tantalum. Namun sekurang-kurangnya mereka dapat merasa sedikit kemewahan yang tidak juga mudah, tetapi pantas. Datang melombong hari ini, esok dah boleh beli rantai emas untuk isteri dan KFC untuk anak-anak. Itulah niat mereka yang betul. Dari segi soal halal dan haram, saya kurang pasti. Yang saya tahu tanah itu milik Malaysia Smelting Corporation dan mereka tidak pernah menghalang pelombong dari melombong di situ. Perkerja mereka juga ramai yang turut serta memeriahkan keadaan. Kilang mereka sebelah menyebelah saja dengan padang lombong tu. Yang menghalang kerja-kerja menggali ni adalah dari pihak berkuasa tempatan atas alasan keselamatan. Jadi, saya tidak fikir yang kami telah makan hasil haram. Titik peluh dan darah kami di situ tidak sama dengan titik peluh orang yang panjat pokok pelam jiran sebelah untuk curi buah pelam.

Nantikan episod TEH TARIK dalam entry akan datang.

Sekian.

Abamjiwa

TRAGEDI PASIR PANJANG


Assalamualaikum.

Bulan lepas, aku dan seorang sahabat, Saiful Fahimie telah ke Balik Pulau, Penang. Kami dah plan sehari sebelum tu untuk cuba mencari hasil di Pantai Malindo. Tengahari tu cuaca sangat elok, langit nampak biru walaupun ada lapisan awan degil di bawah atmosfera. Boleh la nak syok2 lepaskan gian. Tetapi, elok kami gerak keluar dari pejabat, langit Penang tiba-tiba jadi kelam, kelabu dan hampir hitam. Dengan menyangkakan bahawa itu hanya fenomena mendung yang biasa kami teruskan perjalanan ke Balik Pulau. Yang sangat tak bestnya ialah keadaan kelam itu makin tebal sejak kami memasuki Penang Bridge dan semakin gelap ketika kami "drift" naik bukit Relau. Tak sampai setengah jam cuaca berubah secara drastik. Rupanya itu bukan mendung, tetapi jerebu yang teruk hasil dari pembakaran hutan di Indonesia. Adoiiii.. what the F la depa ni. Tiap-tiap tahun hutan tebakaq. Tak apalah, dah nasib tak menyebelahi kami.

Tapi sampai jugak la ke pantai Malindo demi nak melepaskan geram. Sah-sah lagi kelam. Tengok dengan mata kasar pun nampak warna hitam putih ja. Air pulak surut sampai nampak selut. So, nak buat apa ni??? Minyak dah lebur dua puluh ringgit. Tol tujuh ringgit.. pekena mee udang pulak kat situ dah sepuluh ringgit. Modal dah keluar tapi tak ada hasil . Itulah susah payahnya seorang jurugambar bebas macam kami mencari bahan untuk dikongsi dengan masyarakat. Sedih kan?? Huhu..

Setelah tak larat nak garu kepala dan membebel tentang cuaca, kami mengambil keputusan untuk ke Pantai Pasir Panjang terletak kira-kira 10 kilometer dari Pantai Malindo. Kami tiba di lokasi ke dua dah dekat jam 7 malam. Ertinya kami hanya ada tak sampai setengah jam untuk mencari bahan. Nak punggah gear lagi, nak pacak tripod nak kompo nak itu nak ini, hilang lagi 15 minit. Tepat jam 7.05 malam kamera kami pun berderap-deraplah bunyinya. Aku bertenggek atas batu yang agak tinggi, Saiful turun ke batu di gigi air. Aku tengok dia makin lama makin jauh ke bawah. Hati dah rasa tak sedap sebab hari beransur gelap. Masa tu hanya kami berdua yang berada di lokasi itu. Pak guard Kem BTN berdekatan hanya memerhatikan kami dari jauh. Belakang aku pulak masa tu hanya ada semak samun dan ranting-ranting kering. Sekali sekala aku menoleh dan meninjau ke dalam hutan tu, kot ada ular ke gajah ke dok skodeng kami berkerja. Tengah menembak telefon aku berbunyi, Salleh Studio call. Tak puas hati dia sebab aku ke sana tak info kat dia hahaha. Sorry bro, working day macam tu memang aku tak ada niat nak kacau hangpa.

Salleh berpesan supaya berhati-hati sebab kawasan tu merbahaya. Katanya lagi, pada hari Raya lepas, sepupu pada isteri dia dan seorang budak telah mati lemas di lokasi yang kami duduk tu. Sebabnya air kat situ sangat dalam dan ombaknya kuat. Terima kasih Salleh sebab tolong beri peringatan. Selepas bersembang hu ha hu ha dengan Salleh, aku terus ajak Saiful packing barang. Jam dah menunjukkan 7.25 malam. Seram wehh... kalau jadi apa-apa kat kami masa tu memang tak ada siapa nak tolong.

Alhamdulillah semua selamat, dan kami pulang dengan hasil yang tak seberapa sebab shoot dalam keadaan kelam kabut. Gambarnya seperti di atas. Ini kali ke tiga kunjungan saya ke sini. Kali pertama, saya bawa isteri dan anak-anak saya. Masa tu ribut kuat. Anak saya yang kurus melengking tu hampir nak melayang di tiup angin. Kunjungan ke dua, outing bersama kawan-kawan photog. - 1st attempt.

Untuk pengetahuan anda yang masih belum tahu, di lokasi inilah berlakunya tragedi Tsunami pada Desember 2004 yang meragut nyawa 5 sekeluarga. Laporannya ada di sini .

Sungguh, jika dilihat dalam keadaan normal pun, pantai ini nampak menggerunkan. Kawasan yang kita sangka cetek dekat dengan gigi air tu sebenarnya dalam. Warnanya hijau gelap seperti yang anda lihat dalam gambar di atas. Jadi, jika anda ada niat mahu berkelah atau melakukan sebarang aktiviti di sini, silalah beringat dan perhatikan pergerakan anak-anak anda. Malang boleh menimpa bila-bila masa. Semoga pantai ini tidak terus mecipta tragedi di masa akan datang.

Sekian.

Abamjiwa

Sunday, October 23, 2011

THE BLUE STORM





Assalamualaikum.

Kebelakangan ini hujan dan ribut kerap melanda kawasan Penang di sebelah petang. Jadi, memang tadak chance langsung la nak buat gambar melainkan gambar hujan. Nak keluar shoot sunrise di awal pagi tau saja la, kalut nak bangun tidur, kalut nak mandi, kalut nak tukar pampers nak bancuh susu anak.. plan jam 6pagi boleh drag sampai pukul 7.

Baru-baru ni aku lepak di office sampai jam 7 malam sebab hujan terlampau lebat. Nak balik awal tak boleh, takut lencun sementara nak sampai ke kereta. Sebaik hujan berhenti aku terus turun, masuk dalam kereta dan start enjin. Tiba-tiba rasa anak mata bersilau akibat panahan petir di South Channel. Sekali pandang... naahhh!! Saat yang ku tunggu-tunggu. Terus tak jadi balik, pusing kereta ke tepi laut dalam kawasan parking tu jugak dan keluarkan gear.

Satu jam aku berdiri di situ sambil cuba meneka-neka kadar tembakan kilat di horizon. Dalam 50 shot, satu sahaja yang aku dapat yang boleh dikira "ok lah".. yang lain semua tak berapa menjadi. Dalam satu jam tu aku shoot lebih kurang 200 frame. Compo?? lantaklah asalkan dapat moment.

Ini pertama kali aku cuba shoot gambar kilat. Jadi tak pernah study tentang setting dan persediaan rapi. Aku cuma try & error. Tembak sampai lebam. Sampai jam 8 malam aku stop dan simpan barang sebab kilat dah makin kurang, dan aku pulak belum sembahyang.

Hasilnya seperti di atas. Sekeping gambar ke Barat untuk test shot dan sekeping gambar kilat dari South Channel. Thanks for viewing..

Abamjiwa

Wednesday, October 19, 2011

THE MIRROR OF COLOURS

Assalamualaikum.

Wow.. rasa macam dah 18 tahun tak jenguk blog ini. Sibuk..teramat sibuk. Kamera pun dah naik kulat. Dalam bulan September baru2 ni sempat jugak turun outing bersama master2 AON. Tu pun sebab ada meeting untuk outing ke-3 group AON. Lepas tu aku ke Pangkor, lagi sekali kamera yang lama terperam tu dapat melihat dunia. Gambar Pangkor tak berapa best sebab .. aku amat blur dan kelam kabut. Mana nak amik gambar mana nak jaga anak2, wife ada aktiviti / meeting jabatan kat sana. All sponsored by her jabatan lah. Tu yang nak pi jugak. Gambar pangkor?? Bulan depan la aku up..:p

Thanks for viewing.

Abamjiwa