Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Monday, March 28, 2011

Laid alone

Pernahkah anda rasa betul2 keseorangan???

Rezeki emas di pagi hari..


Ayah aku cakap, salah satu sifat orang yg berjaya dalam hidup ialah bangun awal pagi. Sebab rezeki selepas subuh itu sangat luas. Wallahua'alam. Tapi itu yang aku cuba praktikkan. Dan sejak aku memasuki alam pekerjaan tambah2 lepas dah kawin ni, aku takkan terlajak tidur sampai jam 9.00 pagi. Biarpun malam tu aku tidur jam 3.00 pagi,  jam 7 aku mesti dah bangun dari tempat tidur. Hari2 biasa aku bangun paling lewat jam 6.30 pagi. Hari cuti pun sama. Sebabnya aku rasa amat rugi kalau bangun lewat2 ni. Tak boleh nak kecapi keindahan dan kedinginan pagi. Dan banyak benda kita boleh buat dalam hari tu. Masa tak terbuang begitu saja. Betul la...masa tu itu emas. Tak kira aku akan berjaya atau tidak, bangun awal pagi dah menjadi rutin harianku... dan aku suka dengan cara hidupku...cheers :) 

North Channel

Purple Evening



Antara fav koleksi untuk tahun 2010. Lokasi di Pantai Bersih, Bagan Ajam, Butterworth. Kena tunggu air surut baru dapat scene mcm ni. D90 + sigma 18mm + Cokin ND8 solid filter. 

Anuar & Ira - Majlis Resepsi & Outdoor


















Sunday, March 27, 2011

Nu'man Al Fatih

Nu'man Al-Fatih

Nu'man Al-Fatih




Nu'man Al-Fatih


Fatih masa umur 3 bulan...

Hijab Sang Pencinta


Potret isteri tercinta. Inilah gambar dia yang paling berseni pernah aku shoot. Dah print dan gantung kat dinding rumah. Bila dia kerja dan aku kat rumah, rasa macam ada CCTV la plak..kekekekek

A Bridge To The Other Side


Pillars

Tiada editing??? No no no!! Jangan salah faham antara editing dan manipulation. Semua gambar saya edit, Crop, tukar kaler, hitam putih pun dah dikira edit. Terima kasih

Al-Fatih - Pembuka


Sapa yang tak geram bila tengok dia sengeh mcm ni?? Macam nak tonyoh dagu kat pipi diaa...

Semuda Usiamu

Saturday, March 26, 2011

Me in his eyes


Mata yang membuatkan hati aku bahagia..

Soul Mate

Ibu dan Adli the Encem Boy...bila tanya tak penah tak ensem. Dia sentiasa ensem.. atta boy

Leading Line

Dulu masa zaman kamera kodak kalau nak amik gambar jambatan ke titi kayu ke, aku akan cari POV di mana jambatan tu kena dok melintang kat tengah frame. Dlm kes gambar Jambatan Pulau Pinang ni yang bahagian summit tu mesti berada di tengah2 frame sebab nak bagi nampak tiang tinggi tu. Bila dah belajar tentang leading line baru aku paham...mcm ni rupanya hohoho. Tapi tak salah kalau nak break the rules.. mcm aku kata tadi, know the rules so u can break it as long as u happy... weeee.....

Catch The Light

Masa up gambar ni kat FB, abg Asmady Ahmad komen mcm ni.. "jangan shoot gambar potret, nanti kawan2 tak boleh cari makan"... Heh...tq abg Mady. Tapi telahan abang Mady tu tidak menjadi kenyataan sebab aku masih tak pandai shoot potret kekekekekek. Abang Asmady Ahmad dengan trademark StudioAston adalah salah seorang photog veteran utara yang mana gambar2 weddingnya sangat menyucuk jiwa. Teringin nak berguru dengan dia tapi apakan daya masa-masa yang dok ada ni terlalu sibuk. Kucing belakang rumah pun aku terlupa nak bagi makan. InsyaAllah, satu masa jika aku betul2 nak terlibat dalam wedding, abg Mady lah yang aku nak mintak sign dulu... hehe

1 chance that i have to say 'goodbye'

Tadi pagi aku dapat msg ni kat FB..

"en adi....saya sipulan binti sipulan, pensyarah kolej komuniti...igt lagi tak? penah jumpa dulu di hotel naza, penang dgn pn hanida...saya nk wat kursus fotografi...berminat tak nk jadi cikgu nya? peserta dikalangan staf kolej jgak...cadangan tarikh 6-7/4 nie...kalu berminat contact saya : 0191234567... bayaran nanti saya bagitau.. "

Aku terkedu sekejap. Garu2 kepala yang tak gatal. Nak korek hidung rasanya pagi tadi aku dah korek abis, bersih masa dalam jamban..

Peluang ni. Tapi peluang untuk apa? Peluang untuk memajukan diri? Peluang untuk menglamerkan diri? Atau peluang untuk memalukan diri sendiri... salah satu antara 3 kemungkinan ini mungkin menjadi kenyataan.
Aku belajar foto baru 4 tahun. Dan istilah grey scale pun aku masih tak paham so macam mana aku nak jadi cikgu? Editing pulak alahaiii, main tekan2 ikut sedap jari nih. Nanti kalau participent tanya "Encik Abam, kenapa aperture diberikan nombor 1.4, 1.8 2.8 3.5 5.6...kenapa tidak ada 1.5, 1.9 2.5 3.1 ...apa aku nak jawab???? Mau tergagap meleleh air liur sampai ke lutut.

Ya, aku paham kenapa nombor aperture  mcm tu, tapi aku paham utk diri aku ja, bukan utk aku expresskan pada khalayak. Jadi setelah 1 jam garu kepala aku mengambil keputusan untuk menghubungi pensyarah tersebut dan maklumkan bahawa aku tak boleh cuti pada tarikh yang dia nak buat class tu. Padahal aku yang tak reti mengajar hihihi. Sebagai alternatif, aku akan cuba dapatkan seorang sahabat yang aku rasa lebih professional dan berpengalaman untuk grab peluang ni. Kalau dilepaskan begitu saja pun tak elok jugak. Lepas ni orang tak sudi dah. Jadi lebih baik bagi kat kawan. Sapa kawan tu?? Sekejap lagi aku akan call dia.

This is the 1st time i've been invited to be a tutor in photography class. Aku taktau apa requirement yang diorang nak sebab aku sendiri tak pernah dapat pendidikan secara formal. Itu pun aku dah bagitau awai2 aku tidak mempunyai apa2 cert untuk membuktikan bahawa aku adalah professional photographer ataupun sekurang kurangnya seorang jurugambar yang berkaliber.. langsung tak ada. Yang aku ada hanyalah gambar2 di facebook dan blog.. Itulah sijil aku. Tahap apakah sijil2 aku tu? SRP? SPM? degree? Master? PhD?? Korang nilailah sendiri....

Jadi, aku terpaksa lepaskan peluang ni, bukan tak yakin pada diri sendiri. Tapi masih belum bersedia...

Kool....

Good Morning Malaysia

Letih dah memuat naik kerja2 lama. Cukuplah.. yang lain2 tu simpan je lah. Bukan best pun.  Meh kita bukak buku baru. Maka bermulalah episod cinta dengan D90+ sigma 18-200mm HSM II OS. Sebab apa aku beli lens ni???

1- Aku bukan photog cari makan
2- Aku hanyalah photog suka2
3- Lens ni senang, cover wide to tele range. Cuma kalah kat F saja.

Mula2 pakai seronok. Nak shoot apa pun tak payah tukaq2 lens. Nak landscape pakai 18 nak portret zoom la smpai 200. Ini antara hasil yang terbina dari body D90 dan lens tersebut. Ok la utk syok sendiri. Sekian terima kasih..

Membina Identiti




Tak salah kita meniru hasil kerja orang lain. Sebab meniru tu pun salah satu kaedah belajar. Tipu la kalau kata amik job tak tiru gambar orang. Cikgu aku sendiri masa mula2 melibatkan diri siap bawak gambar contoh berkeping2 selit dalam poket. Tiap kali nak nak shoot, dia tunjuk gambar tu kat pengantin .. "nah angpa buat sebijik mcm ni..." wakakakakaka. Tapi dari situ la dia belajar. Dan sekarang dia dah bina identiti sendiri. Salute bro Ajeez... 

To break the rules

Antara job yang aku shoot dengan D60. Masa ni aku OP utk anak saudara aku sendiri, Mohd Ashran Helmi dan pasangannya Saidatul Akmar Putri. Yang bestnya masa job ni aku berpeluang berkerjasama dengan photographer berpengalaman saudara Azrul Affendi Sobri (Pencerita), dia sebagai OP dan videographer pihak perempuan. Outdoor di Putrajaya dan yang tagging aku masa ni ada 3 - 4 orang photog members dari forum Photoskool, Aiman, Ms Green River, Zuriyat Zakaria dan sorang lagi aku tak ingat dah. Best, pengalaman yang amat berharga walaupun sedikit kelam kabut. Maklum la ramai sangat photog. Thanks to Pencerita yang banyak memberi tunjuk ajar. 

Bayangkan, malam sebelum majlis resepsi ni aku ada satu job kat Penang( sememangnya aku dari Penang) yang mana majlis tu berlangsung sampai jam 1.00 pagi. Dari dewan majlis nak balik ke rumah aku ambil masa 1 jam. Sampai rumah jam 2 pagi, packing barang pulak untuk ke KL. Tidur dalam 3 jam saja, bangun pukul 6 pagi lepas solat Subuh baru aku start kereta terjah ke KL. Punya la mengantuk ya amat. nak berhenti tidur takut tak sempat sampai rumah pengantin sebab depa nak make up jam 10.00 pagi. Pergghhh... merempit gak la.. Tepat jam 9.50pagi aku tiba di rumah pengantin kat Cheras, rumah kakak aku gak la hehe.  Itu pun selepas sesat 1 round.

Btw aku suka shot ni. Last shot sebelum kami berpindah ke lokasi lain. Mata aku dapat tangkap architecture perspective yang agak best pada Palace Of Justice ni. Yes its break the rule. Salahkah break the rule?? Ya memang salah kalau rules tu sendiri kita masih tak paham. Kalau dah paham pusing la mcm mana pun, janji cantik sudah... hehe



Northen Wedding Photography


Northern Wedding dahulunya adalah satu team yang dipelopori oleh cikgu Aziz Othman. Dia yanng bertanggungjawab mendidik aku dalam dunia foto. Dahulu cikgu Aziz bersama Ieman Alif bergabung membina group ni yang terdiri dari beberapa orang anchored photographer seperti Arelan, Shah, Shamir Adnan (kini berkembang dengan goupnya sendiri Selphya Photography) dan ramai lagi. Aku ni kira fresh dalam group tu. Biasanya Ieman Alif yang akan sub job pada anchored photographer sebab dia bijak dalam marketing. Sekarang ni masing-masing ahli kumpulan dah membina group sendiri. Cikgu Aziz masih solo, Ieman Alif  dengan anak buahnya yang baru.  Shah, langsung tak dengar cerita sebab aku pun tak kenal dia sangat, Arelan selalu jugak aku jumpa masa outing, pun dah bina identiti tersendiri. Aku pulak, tawar hati dengan wedding.

Betul, wedding boleh buat duit dengan pantas. Dalam masa setahun lepas beli kamera dah boleh dapat balik modal. Ya ka???? Aku ingat lagi kata2 Ieman, "lepas 6 bulan beli DSLR sepatutnya dah balik modal".. 

Dulu aku bersetuju dengan kenyataan beliau, sebab masa mula2 beli DSLR aku hanya fikir nak buat duit. Dan aku fikir job wedding tu senang. Pergi rumah pengantin, tembak sampai lebam kemudian print gambar tempek dalam album. Setelah aku belajar, belajar dan belajar...rupanya makin banyak aku belajar makin banyak benda yang aku taktau. Dan pada fikiran aku kini, job wedding itu adalah sesuatu yang amat susah. Jadi sekarang aku terpaksa menyangkal dakwaan Ieman Aliff walaupun dia pernah jadi guru aku. Tetapi aku tetap menghormati cara dia berkerja. Itu hak dia lah, sebab dia dah fikir begitu. Tak ada masalah. 

Kenapa aku kata susah???? Sebab kita bukan berkerja untuk diri kita semata2. Kita berkerja untuk kepuasan mata dan hati pelanggan. Dan pelanggan tu direct dengan kita, tak pakai orang tengah. Jadi kalau nak kena sembur pun memang kita la yang kena dulu. Tak ada orang lain dah.  Bukan senang nak puaskan hati client. Sama jugak macam kita jual cucur pisang. Kalau cucur pisang kita keras macam kayu, apa kata pelanggan? Ada ke dia nak datang balik ke kedai kita? Berani tenyeh dahi kat bucu katil, dia canangkan lagi sekampung yang cucur pisang kita macam getah tayar basikal. Itulah natijahnya..

DSLR yang kita dok usung ke hulu ke hilir tu nampak memang canggih, riak dan takbur bila dapat gantung kat bahu. Tapi hasil yang keluar dari menda alah tu canggih ke tidak??? Dalam wedding ni kita bukan hanya wajib betulkan exposure triangle. Banyak benda lagi kena diambil kira. Composition terutamanya, possing, communication, marketing, editing,.....ehhh banyak la. Tu belum lagi masuk bab teknikal. Ada setengah photog aku tengok tiap kali nak shoot pengantin terkial2 nak ubah setting. Masa tula nak tukar white balance, masa tu la nak set picture control, masa tu la tukar metering, si pengantin dok berpeluh tunggu shot. Jangan kata kat orag, aku pun kadang2 jadi macam tu. Sebab tu la aku kata susah, dan sebab tu jugaklah sampai sekarang aku belum berani untuk masuk dalam market wedding selagi hasil kerjaku belum terbukti dapat diterima khalayak. Job yang lepas2 tu pun aku buat semata-mata memenuhi permintaan kawan2 dan aku pulun sehabis baik utk memberi yang terbaik. So far belum ada komplen, dan aku masih berfikiran positif terhadap bekas client aku. 

Kalau tanya pada guru kita bolehlah kita dapat jugdment pada hasil kerja kita tu. Tapi ingat, mata guru kita dengan mata client kita adalah 2 perkara yang berbeza. Seorang client pernah tanya aku, "abang, pasai pa dalam gambaq ni cek dok kat tepi?? Pasai pa tak dok kat tengah..?? Hahahahaha.. Takkan aku nak explain kat dia bahawa yang ini adalah basic photography, RO3...hehehe. Jadi, jangan kita fikir sesuatu yang perfect pada mata kita adalah perfect pada mata client. Dan, agak mustahil utk dapatkan hasil yang perfect. But almost perfect is always there if u keep on learning. 30 out of 100 tu dah kira cukup bagus. Boleh buat lebih dari tu, lagi la bagus. 

Kesimpulannya, janganlah kita fikir yang DSLR kita ni akan memberi pulangan yang cepat dan mewah, melainkan kita tak ambil peduli perasaan client. Belajar pelan2, learning curve dlm photography ni amat panjang. Sebab tu sampai sekarang belum ada lagi the best photographer in the world. Kita belajar kat universiti 3 tahun dah boleh grad. Dalam photography ni lepas 3 tahun kira tahap tadika lagi la... macam aku ni. Tadika lagi. 

Dan atas dasar-dasar itulah aku banyak mengambil gambar2 pokok, langit, batu, awan, laut untuk dikongsi dengan masyarakat. Cantik ke tidak tak ada orang nak marah dan mintak duit balik dari aku. Dengan cara ni aku rasa dapat jugak menyumbang tenaga untuk menyematkan rasa sayang kita pada bumi yang indah ini. Sayangilah apa yang Tuhan kurniakan pada kita. Kita ada planet yang cantik, yang kaya dengan sumber semulajadi. Hormatilah ia, peliharalah ia, kerana kita masih ada generasi untuk ditinggalkan selepas ini. Jangan sampai mereka sumpah seranah kita yang dah mati kelak, sebab masa kita hidup kita telah merosakkan dunia mereka.. wallahua'lam.


Childrens Of Us


Noor Syuhada Aqilah, my lovely daughter at her 2 year old with her friend (not yet a boyfriend), son of my neighbour Mr. Azahary Mat Nayan. Pantai Bersih, Bagan Ajam. Also from D60... wahh letih la nak up gambar2 purba nih. Aqilah pun dah 4 tahun lebih sekarang ni. Tetapi demi menghargai hasil seni diri sendiri kena la up jugak.....

1st step into wedding photography


Langkah pertama untuk menjebakkan diri dalam Wedding Photography. Sebelum shoot gambar ini aku dah pernah tag along dengan cikgu aku saudara Aziz Othman. Terima kasih atas tunjuk ajar beliau. Dan aku juga ada buat rujukan dari internet. Sekolah foto aku dulu ialah Photoskool, Saiful Nang punya foto forum. Masa tu belum ada lagi job sendiri yang aku shoot. Semua tag along dengan old timer yang lebih berpengalaman. Sungguh, sampai sekarang aku masih tak yakin untuk buat job sendiri, takut gambar lingkup customer berdarah hidung aku pulak berdarah telinga. Yang pernah aku ambil job secara serius hanyalah teman2 rapat dan saudara mara terdekat.

Couple ni (kalau tak silap namanya Rosli dan Fiza) adalah rakan sepejabat bini aku. Dan aku bukan OP utk majlis ni. OP yg sebenar adalah rakan taulan depa jugak, saudara Zul Fathi dan Azwan Zakaria. Aku saja show off belagak terer sebab ada lens panjang 70-300 walhal haram taktau apa pun dalam wedding photography hihihi. Masa ni masih terhegeh-hegeh nak paham Exposure Triangle dan permainan Flash. Jadi nak tunjuk terer punya pasai, tembak jugaklah. 

Taktau nak boh tajuk


Shoot dari Pantai Telok Molek, Butterworth. Juga gambar lama yang berjaya digali semula...

Orange In The Sky


Jeng jeng... Ini juga dari D60. Artwork yang paling aku suka sepanjang penglibatan dalam dunia foto walaupun skrg ni D60 tu dah ntah ke mana (sapa la yg jadi tuan dia sekarang ni eh??). Seriously, aku amat "syok sendiri" bila tengok gambar ni. Shoot dengan lens Nikor 70-300 AF-G. Bayangkan D60 + lens tadak motor. Jenuh skodeng dalam view finder. Ini pun RAW file dah hilang dari simpanan. Mujur ada backup kat Flickr.

Colours in The Sky


Yang ini serta dua di bawah adalah gambar dari Kuala Muda. File dah compressed jadi kualiti agak kureng skit. Sekadar ingin berkongsi. Dan seronok juga bila menatap balik hasil kerja dulu2...hehe

See You Tomorrow


Sunset Kuala Muda

The Beauty of Sunset


Juga dari D60. Gambar JPEG yang dah compressed jadi 166kb. Sayangnya semua RAW file utk hasil D60 telah hilang ntah ke mana. Rasanya masih ada saki baki dalam laptop aku yg lingkup dimamah zaman tu. Kena godek2 balik harta karun dalam tu. Aku ingat lagi, masa shoot gambar ni kepala aku tengah tens. Kalau tak silap ada sedikit salah faham dengan isteri tercinta. Jadi keluar rumah terus menghala ke Kuala Muda, dok diam2 tepi pantai demi bermuhasabah diri mencari silap sendiri. Dan jadilah gambar ni berserta 2 keping yang di atas.. :)

Anger From The Sky


Ni pun dari zaman D60. Masa ni masih terkial2 mencari composition. Masih belum faham apa itu POV, POI, foreground pun ntah apa2, background lagi la sampah.. hehe

Tebaran Rezeki


Gambar ni aku tangkap pada hari pertama aku beli D60. Balik dari kedai Jack terus pi bertenggek kat Bagan Ajam dan melilau cari subjek. Dapat 1 shot terus balik tunjuk kat bini huhu. Terima kasih pada isteri tercinta kerana beliau banyak membantu dan memberi sokongan tak berbelah bagi... Love u till the end of my life...

Twin Sun

Jangan salah faham, watermark theDonstudio tu bukan bermakna aku dah curi hasil kerja orang lain. Itu memang watermark aku masa dok tercari-cari trademark utk hasil kerja aku. Finally, aku jumpa jugak.. Abam Jiwa Al-Hadi...hehe. Apa susah2.....Just be your self dude..

Into The Blue


Dlm mood memuat naik gambar2 lama, yg aku rasa terbaik pada mata akulah. Mata viewers wallahu'alam. Tapi inilah hasil2 kerja aku selama berpoya2 dengan Nikon D90. Gambar dari D60 pun ada jugak...sat nak korek dalam hard disk...

Gambar ni aku shoot dengan D90+ sigma 18-200mm HSM II OS. Masa ni aku dengan boss masuk ke kawasan Prai Wharf untuk buat kerja apa pun taktau. Boss aku suruh bawak kamera dan ikut dia, aku pun ikutlah. Sampai di sini dia suruh aku capture beberapa keping gambar wharf yang dah usang. Maybe company ada project kat situ. Dan masa tu aku noticed that the sky was clearly blue and some spot got very stunning figure of clouds... nun kat area Penang. Air pulak hijau, dan tiba2 ada bot lalu kot muara tu. Sebelum shoot aku tunggu bot tu dulu sebab dia datang dari arah belakang. Kalau aku tak tunggu dia masuk dalam composition dah tentu gambar ni dah jadi lain and maybe a bit boring. So, wait for the right moment to get a great  harvest...

Bon Voyage


Selepas lebih 6 bulan blog ni aku tinggalkan, kini aku kembali dgn semangat baru. Bukanlah bermaksud aku telah patah semangat, tapi sedang buat satu implimentasi yang agak slow motion. Aku ni mat slow. Dan aku bertindak ikut keadaan. Dan otak aku jenis otak seminit. Kalau tadi aku rasa mcm nak makan nasik ayam, sekarang mungkin aku makan muruku ja. Kalau esok aku bercadang nak pergi KL, maybe aku sampai ke Johor. Ya..otak seminit..