Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Monday, July 18, 2011

KOMPOSISI PEMANDANGAN INDAH

Assalamualaikum

Berbicara tentang komposisi, terlalu banyak 'rules' yang termaktub dalam 'THE LAW OF PHOTOGRAPHY'. RO3, leading line, diagonal, symmetric, geomatric, framing dan macam-macam lagi. Jenuh kelebek buku sampai lunyai tapi kita masih tak faham-faham. Kita study bagaimana nak kompo model, lighting, posing, begitu begini tetapi bila model angkat tangan tunjuk ketiak sikit kita dah berpusu-pusu nak shoot. Sampai 30 orang yang pegang kamera berebut-rebut nak tembak benda yang sama - "ketiak model". Dimanakah 'rules' yang selama ini kita agung-agungkan sehingga juling biji mata ketika mentelaah di internet dan buku?? Atau...adakah 'rules' itu sendiri tidak wujud atau tidak boleh diguna pakai??? Mari kita kupas.

Rules - undang-undang, panduan, rukun, peraturan, adat, penggaris, pembaris, pengukur. Definisi yang sangat subjektif. Dalam erti kata mudah, 'rules' / peraturan / rukun itu memang sedia ada dalam setiap aspek kehidupan kita. Nak kahwin kena isi borang nikah, kena ada wali, kena ada akad, kena ada mas kahwin, kena ada pengantin lelaki dan perempuan. Tetapi berapa hantaran, jam berapa nak kahwin, nak kahwin dengan siapa itu kita yang pilih.

Kita nak makan nasi kena ada nasi, kena ada lauk, kena ada pinggan, dan kena basuh tangan. Itu semua rules.Tetapi kita nak makan nasi lemak ke, nasi dagang ke, beriyani kambing ke, nasi mentah ke itu hak kita. 

Dalam fotografi pun ada rules bagai yang saya sebut di atas. Tetapi, bapa fotografi moden - Ansel Adams - ada menyatakan begini ; "There are no rules in photography, there are only a good photograph".. amcam bro??

Baiklah. Pada pendapat saya yang langsung tidak legend dalam arena fotografi ini, rules itu hanya panduan yang kita boleh pakai pada sesetengah keadaan. Jika kita letakkan 1 situasi seperti Talent Photoshoot, di manakah kita nak letak rule 'diagonal' atau 'symmetric' jika lokasi yang kita shoot itu tidak ada elemen-elemen tersebut? Begitu juga sebaliknya. Jika kita shoot landscape, kat mana nak cari model angkat ketiak?? Hehehe. Jadi kita tidak boleh atur susun setiap aturan tersebut pada setiap situasi. Ada yang kita boleh guna dan ada yang boleh kita abaikan. Sama macam kita nak pergi pasar beli ikan dengan menaiki kereta. Sebelum kita dapat beli ikan itu, kita kena buka pintu kereta, kita kena start enjin, kena tekan clutch, kena tekan minyak, brek, pusing stereng dan sebagainya. Itu semua 'rules'. Tetapi, laju mana kita nak tekan, jalan mana kita nak masuk, kona mana yang kita nak lipat, itu semua terpulang pada kita. Asalkan kita sampai ke matlamat - IKAN. So, mission accomplished.

Jadi, jangan kita terlalu pening kepala dengan rules. Sampai mati abis kutu atas kepala punya fikir tentang undang-undang fotografi, padahal yang kita pakai hanya satu atau dua perkara. For knowledge, YES!! Boleh praktikkan, tetapi jangan kita bingung menggelabah tak tentu arah bila ada orang komen .. "bro...gambar ko ni tak ikut rules".." "bro.. apesal subject ko letak tengah frame instead of RO3?"  Rules made to be broken. But before you break the rules, you have to know what is rules it self.  Jangan takut untuk meletakkan subject di tengah-tengah frame. Tak kena saman dengan polis pun. OK??

Berbalik kepada komposisi. Saya ada sertakan beberapa contoh gambar saya sendiri, yang mana mungkin ini memberi panduan dan mungkin juga tidak. Saya sekadar berkongsi, tidak perlu ikut bulat-bulat ke setengah bulat ke, empat segi ke. Kalau nak ikut silakan, kalau tak mahu saya tak marah. Ini cuma persepsi dan perspektif dari mata saya tentang apa yang saya nak dalam setiap hasil kerja saya, terutama dalam landscape photography.


Rajah 1.

Lihat gambar di atas. Lupakan dulu soal tona, senget, under atau over. Semua gambar-gambar ini adalah format JPEG yang mentah dari kamera. Belum retouch apa-apa lagi. Kita nak bercerita tentang komposisi. Saya shoot ketiga-tiga keping gambar ini pada tempat yang sama, hari yang sama dan pada kedudukan kamera yang hampir sama. Gambar 1 adalah gambar yang pertama keluar pada screen kamera saya pada sesi tersebut. Perhatikan kedudukan tiang-tiang yang saya nak jadikan subject tu, ia terletak pada bawah garisan horizon. Jadi gambar ini saya reject sebab subject nampak seakan-akan blending dengan background. Kurang memberi impak pada mata saya. Ini membawa maksud subject tidak cukup kuat untuk mendominasikan frame. Pada foreground pula terdapat detail selut yang menarik tetapi juga tidak banyak membantu untuk menghasilkan "wow!!" faktor pada gambar ini. Pangkah terus.


Rajah 2.

Setelah pelekat rokok sebatang (jangan tiru aksi berbahaya ini), saya cuba lagi sekali. Dan saya dapat satu imej yang lebih baik dari yang tadi. Tiang-tiang batu itu mula nampak dominan sebab kedudukan subject tepat pada garisan horizon. Boleh dapat lagi rendah sama level dengan horizon maka lagi bagus.  Pada foreground saya cuba dapatkan POI yang mudah, seketul selut yang timbul dari permukaan air. Malangnya ada pulak sampah sarap pada bahagian bawah kanan frame. Manipulate?? Clone?? Maaf saya tak rajin nak buat benda tu.



Rajah 3.
Setelah mencuba beberapa kali, saya mengubah kedudukan kemera dan cuba dari satu sudut yang lain. Saya hanya melangkah setapak ke belakang, rendahkan sudut pandangan dan shoot. Dan saya berpuas hati sebab elemen-elemen yang saya perlukan dah ada dalam frame, elemen yang tidak perlu telah saya buang jauh-jauh. Subject dominan, POI yang menarik pada foreground. Tak perlu saya edit banyak-banyak, tak perlu crop sampai sempit, tak perlu clone itu clone ini. Kerja saya jadi mudah. Proses dalam photoshop semata-mata nak naikkan tona dan warna, tak sampai 5 minit siap.

 __________________________________________________________________________________

Rajah 4.
Yang ini saya shoot di Tanjung Dawai, Kedah. Baiklah. Apa yang saya tidak berkenan tentang gambar ini?? Subject ada, subject locating pun ok. Apa yang tak kena?? Sebab, sebelum shoot saya dah gambarkan apa yang saya nak. Saya mahukan sekeping gambar long exposure dengan frame yang luas. Kedudukan subject dah ok bagi saya. Takde pun RO3?? Memang tidak ada sebab saya nak subject itu di tengah-tengah frame untuk dapatkan imej seakan-akan minimalis, ringkas tetapi masih dominan. Jadi, gambar ini tidak cukup wide bagi saya. Reject !!


Rajah 5.
Ini pun kena reject walaupun luasnya dah cukup. Tetapi bahagian atas terlalu kosong dan dull. Tidak perlu saya biarkan tempat kosong free begitu sahaja tanpa ada elemen-elemen yang boleh membangkitkan gambar. Jika pada masa ini ada awan berkepul-kepul, atau ada warna sunset yang cantik, mungkin saya akan terima pakai. Subject pula dah ke tepi sedikit, sedangkan asalnya saya mahu subject di tengah-tengah. Juga ada distraction yang agak jelas pada bahagian kanan frame. Lagi sekali, saya seorang yang malas mahu menggunakan tool dalam photoshop melainkan jika keadaan memaksa.

Rajah 6.
Finally, saya dapat yang ini. Subject pada kedudukan di tengah-tengah frame, bahagian atas tidak nampak terlalu kosong, tetapi frame saya masih luas dengan dominan subject di tengah-tengah. Tanjung yang kelihatan sebelah kiri frame bagi saya tidak terlalu menggangu. Sebelah kanan frame pula masih ada sedikit distract tetapi dapat diseimbangkan dengan tanjung sebelah kiri tu.Terus pasang filter dan shoot. Ya.. ini yang saya nak :).

Adakah saya telah mengaplikasikan segala jenis rules dalam setiap gambar saya? Di mana leading line? Di mana RO3? Di mana diagonal?? Di manakah ketiak itu?? Hehehehe

Harap anda faham tentang isi kandungan entry ini. Sekali lagi saya tegaskan, ini bukan aturan yang perlu anda ikut. Ini sekadar panduan dan rutin yang biasa saya lakukan semasa mengambil gambar panorama indah. Ini cara saya dan mata saya. Tetapi prinsip dan aturan masih saya terapkan. Saya letakkan aturan atau rules itu sebagai principle. Cuma, bagaimana saya hendak mengolahnya terpulang pada diri saya asalkan matlamat saya tercapai. Juga, pasti ada panduan yang lebih berguna dari yang ini. Rajin-rajinlah anda cari, semak dan cuba.

Tentang editing pula, saya tidak mengamalkan editing yang melampau dalam hasil kerja saya sebab saya tak pandai, belum pernah lagi hadiri kursus editing secara formal. Yang ada cuma belajar dengan kawan-kawan atau tengok kat youtube. Dan gambar-gambar saya terhasil dengan satu atau dua exposure sahaja. Tidak lebih dari itu. Jadi jangan bertanya saya tentang HDR, DRI atau Vertorama, terus terang saya belum ada ilmu tentang modul-modul tersebut. Apa yang saya suka lakukan sekarang ini ialah baiki komposisi, komposisi dan komposisi. The key in a good photograph is composition.

All the best.

Abamjiwa


14 comments:

  1. berguna sangat2... thanks abam jiwa

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus... Terima kasih...
    Harap dapat belajar ngan Abam Jiwa nanti...

    ReplyDelete
  3. terima kasih turunkan ilmu. harap dpt kongsi lagi artikel seperti ini di posting akan dtg. senang nak faham sebab ada contoh gambar yg boleh jadi rujukan photographer baru spt saya

    ReplyDelete
  4. jart.. terima kasih. mana yg boleh guna kita guna, yang tak boleh letak tepi dulu, jgn buang terus.

    HH -
    Pn. Samsiah

    Terima kasih. saya berkongsi apa yg dikongsikan pada saya. Harap anda pun dapat berkongsi ilmu mcm ni..

    ReplyDelete
  5. Nak bagi pendapat...semua komposisi dari rajah 1 hingga 6 adalah betul...tidak ada empty space, distract, narrow, subjek dibawah horizon, boring space, semuanya adalah "perfect composition"....semuanya betul bahkan tidak ada yg salah..seperti mana ASFON Wilayah Persekutuan telah menganjur bengkel Perfect Composition

    Untuk pengetahuan komposisi amat indah, sbjektif... kalau saya huraikan satu2 semuanya memenuhi citarasa masing...

    face book : sawlihim photostream 0136043241

    saya dari tahun 1995 dah faham bab komposisi ni...bahkan saya menganjurkan bengkel Perfect Composition....

    Adik adik semua jgn susah pemikiran anda dgn komposisi....

    ReplyDelete
  6. setiap orang ada pandangan masing2. sy sependapat dgn tuan punya blog abam jiwa :)

    www.salehuddinlokman.com

    ReplyDelete
  7. terbaik ni abam...TQ
    ada gak yg nk promo FREE kat blog org ye...:D

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Azam Alwi, hihi. takpelah. ambe senyum nampak gusi je lah.. kuikuikui

    ReplyDelete
  9. Abang Sawlihin... insyaAllah.. kami akan tengok tentatif kelas dan cuba register jika kelapangan. terima kasih banyak atas nasihat dan pandangan abang . :)

    ReplyDelete