Showing posts with label Favourite 2010. Show all posts
Showing posts with label Favourite 2010. Show all posts
Tuesday, June 21, 2011
Meniru atau Berguru???
Dalam photography ni ramai yg sering bercakap begini .. "aku nak bina identiti sendiri, cara aku sendiri, stlye aku sendiri. Aku tak mahu meniru style dan idea orang lain.." Hebatkan ???
Kes 1.
Baiklah, merujuk kepada gambar di atas yg saya shoot ketika berguru dengan seorang sahabat yang sedap sekali namanya...Ayarx Oren!! Masa shoot talent comel bernama Izyati ni, saya tiru sebijik apa yg Ayarx Oren buat. Saya, lihat saya observed, saya tanya, saya shoot dan saya tunjuk kat dia. Dalam sesi talent photoshoot yg lain walaupun tanpa kehadiran Ayarx Oren, saya masih praktikkan apa yg dia sampaikan pada saya. Jadi, compo, teknik dan sebagainya lebih kurang sama, talent je yg lain. Adakah ini bermakna saya telah meniru dia??
Kes 2.
Saya banyak merujuk pada gambar2 senior dan professional untuk menghasilkan sekeping gambar landscape yang baik. Antara sumber yang menjadi rujukan saya ialah Warnaiman Azizi, Fairuz Frz, Nazarudin Wijee, Engku Li, Kabir Malek, Keris Tuah, Yaman Ibrahim, Cole Thompson, Michael Levin, Andy Mumford dan ramai lagi. Walaupun saya tidak berada pada lokasi yang sama semasa mereka shoot, dan antara mereka ada yang langsung saya tak pernah bersua secara 'live', tetapi saya cuba sedaya upaya menggunakan segala jenis teknik yang biasa mereka pakai dari aspek compo hingga setting dan teknikal. Adakah ini juga dikira meniru???
Baiklah... saya pernah 'chit chat' (wow, lamanya tak guna ayat tu hehe) dengan seorang junior yang secara kebetulan saya add di Facebook. Dia mengajukan berbagai soalan yang saya jenuh nak menjawab. Tetapi soalan2 itu lebih berbentuk general, tidak terlalu specific. Bagus.. nampak sangat beliau ada kemahuan. darah muda pulak tu semangat memang berkobar2.. kalau ajak perang pun sanggup ni. Beliau minta saya komen gambar2 beliau. Pada mulanya saya segan, saya pun bukan pandai sangat nak komen dan kritik nih. Saya pun masih merangkak belajar. Disebabkan tidak mahu mengecewakan hamba Allah ni, saya minta dia bagi link gambar2 yg dia nak saya komen. Fine, saya pun komen apa yg patut. Perkara biasa, compo, exposure dan sebagainya. Katanya baru setahun main kamera. Takpe, ada orang baru 6 bulan main kamera dah boleh buat gambar. Sekarang ni banyak tempat kita boleh belajar. Free pulak tu.
Saya tanya pada junior tersebut, " ko berguru dgn sape?"
Katanya dia hanya ada seorang guru iaitu si polan ( saya tak tau apa nama ayah polan ni jadi takde la "bin si polan"). Saya pun kenal mahaguru dia tu, dulu saya pernah add kemudian saya removed sebab baru setahun main kamera dah pandai amik gambar bogel.. ini bukan gambar ayam bogel tapi orang bogel. saya jadi geram. Patutlah si junior ni pun terdorong ke arah tu. Sampaikan gambar talent umor 45, pakai singkat dedah 'tits' pun dia sanggup shoot. Talent at age 45 beb... bukan 25. Bak kata sahabatku Nazri Ahmad the Image "OOOOEMMMJIIII"... what the F*** with u all??? Dah desperate sangatkah?? Salahkah shoot gambar mcm tu?? Jawapannya sila baca bawah...
Dari aspek photography memang dah ada kehancurannya sebab compo halai balai dan lighting ke laut. Dari aspek moral takmau kira ke? Kalau Fiona Lim ke, Louis Pang ke, Dave Hill ke shoot begitu lantaklah. Tapi kita yang berbangsa Melayu beranak di sebuah rumah kecil kat belakang Masjid Kampung Dodol, Malaysia ni apa jadahnya perlu shoot begitu?
Saya tidak komen isu2 sensetif begini pada beliau, sebab awal2 lagi beliau dah mcm bagi hint seolah2 "jgn interfere dgn style aku!!!"
Dengan lantangnya beliau bersuara bahawa beliau mahu membina identiti sendiri, takmau tiru style org lain. Sebab tu guru beliau sorang saja iaitu 'makhluk' tersebut. Bila saya cadangkan nama2 seperti KB, Kabir Malek, Didiz dan sebagainya beliau lagilah lantang bahawa beliau tidak mahu tiru style dewa2 photo tersebut.. Beliau tetap mahukan cara tersendiri. Fine..
Soalan final saya kepada beliau berbunyi begini..
"Abis, yang ko ikut shoot gambar dedah2 dengan masta sifu ko tu apehal?? Bukan meniru ke namanya tu??"
Hehe..
Dia diam dan terus bertawaduk sebentar. Saya terus basuh dia begitu dan begini demi untuk mempertahankan maruah photography Melayu. Dia terus diam berjuta bahasa.
Come on guys. Setahun dalam photography dah nak bina identiti??? Yes u can, but please understand the photography it self. Saya rasa, nak faham discipline dlm photography pun makan masa bertahun. Bukan kerja mudah bang. Bukan semudah menanggalkan kain pelikat dari badan. Luaskan pandangan. Jangan duduk di bawah tempurung, jangan berada di takuk lama. Kalau dah boleh shoot gambar model sexy sekeping dua yg blurr dah kira anda dan naik setakuk lagi ke??? Anda kira anda ada guru yang sempoi gila boleh makan puji dan boleh ajak shoot tiap minggu, anda dah boleh bina identitikah??
Tolonglah, please put away that such of thinking from your mind. Pergi berguru, kalau tak mampu pun belajarlah kat internet, buku, majalah dan sebagainya. Jangan tipulah kalau kata tak mampu nak layan internet. Beli kamera 3 4 ribu boleh, nak beli PC cap reban ayam dan broadband tahap berok pun takleh ke?? Abis tu gambar2 yang dah shoot tu view dan edit dalam kamera je ke?? Kata terer editing. Caitt..
Ni satu hal lagi, ayat mcm ni selalu keluar ..
"aku pandai edit ja, kalau masa shoot mmg tak terer".. Deeeyyyy yennaadeyyy...!!
Abis tu yang ko boh profile ko "PHOTOGRAPHER TERHENSEM ABAD INI" tu buat pa wehh?? Bila bagi nasihat, even Dave Hill pun akan pastikan compo dan lighting cun masa shooting, dia jawab mcm ni ." saya takmau tiru style dorang bang"
woiiiiii..... aku penampaq naya ja.
Ni bukan masalah tiru.. ini masalah ko takmau belajar yg asas tapi terus nak jadi professional dengan certification yang sesat.. apa daa..!!
Kesimpulannya, luaskan pandangan. Tak semestinya luaskan pandangan tu kita kena buat kelainan dgn shoot gambar bogel kemudian up kat FB dan jaja sana sini supaya orang kata kita hebat.Kalau betul kita hebat tahap Hafiz Ismail ke, Amri Ginang ke, shoot la gambar kambing tengah toron pun memang kita dah hebat. Ini kita nak hebat dengan cara mudah. Mcm penyanyi dan pelakon zaman sekarang. Suara mcm biri-biri tapi lawa punya pasal boleh jadi top artits. Demm,.....!!!
Letih dah aku menaip kat sini. Rasanya inilah entry aku yang paling panjang sejak blog ini wujud. Ini berlaku kerana aku geram. Aku bagai seorang budak sekolah yang tahu jawapan yg ditanya cikgu tetapi aku takleh bersuara sebab tangan aku diikat dan mulutku ditekup dengan kain dan dipaksa berdiri atas meja. Kalau aku bersuara mungkin akan menimbulkan kontrovesi sebab ramai photographer professional melayu dalam Malaysia ni yang shoot gambar2 nude. Point aku bukan soal gambar nude, tetapi soal beli kamera semata2 nak shoot gambar nude supaya cepat jadi hebat. Psycho!!!
Mungkin ada yang tidak bepuas hati dengan kata2 aku ini jadi aku tidak meramaikannya di FB. Biarlah di sini saja memandangkan aku sorang je yang rajin masuk blog ni hehe..
Thanks to visitors dan sahabat2 yang sudi singgah. InsyaAllah kita sambung lagi. All the best to all of us...
:)
P/s: Aku bermula dengan "saya/beliau" sebab mood aku ok.. Aku akhiri dengan "aku/ko" sebab mood aku dah hilang dan aku tgh geram ...
Wednesday, April 6, 2011
Monday, April 4, 2011
Pasir Panjang
1 of my fav shot ...Pantai Pasir Panjang, Balik Pulau, Penang. Di sinilah berlakunya tragedi tsunami tahun 2004 yang mengorbankan beberapa beradik dari satu keluarga. Cantik tapi tragis.
Monday, March 28, 2011
Rezeki emas di pagi hari..
Ayah aku cakap, salah satu sifat orang yg berjaya dalam hidup ialah bangun awal pagi. Sebab rezeki selepas subuh itu sangat luas. Wallahua'alam. Tapi itu yang aku cuba praktikkan. Dan sejak aku memasuki alam pekerjaan tambah2 lepas dah kawin ni, aku takkan terlajak tidur sampai jam 9.00 pagi. Biarpun malam tu aku tidur jam 3.00 pagi, jam 7 aku mesti dah bangun dari tempat tidur. Hari2 biasa aku bangun paling lewat jam 6.30 pagi. Hari cuti pun sama. Sebabnya aku rasa amat rugi kalau bangun lewat2 ni. Tak boleh nak kecapi keindahan dan kedinginan pagi. Dan banyak benda kita boleh buat dalam hari tu. Masa tak terbuang begitu saja. Betul la...masa tu itu emas. Tak kira aku akan berjaya atau tidak, bangun awal pagi dah menjadi rutin harianku... dan aku suka dengan cara hidupku...cheers :)
Purple Evening
Antara fav koleksi untuk tahun 2010. Lokasi di Pantai Bersih, Bagan Ajam, Butterworth. Kena tunggu air surut baru dapat scene mcm ni. D90 + sigma 18mm + Cokin ND8 solid filter.
Sunday, March 27, 2011
Hijab Sang Pencinta
Potret isteri tercinta. Inilah gambar dia yang paling berseni pernah aku shoot. Dah print dan gantung kat dinding rumah. Bila dia kerja dan aku kat rumah, rasa macam ada CCTV la plak..kekekekek
Pillars
Tiada editing??? No no no!! Jangan salah faham antara editing dan manipulation. Semua gambar saya edit, Crop, tukar kaler, hitam putih pun dah dikira edit. Terima kasih
Saturday, March 26, 2011
Leading Line
Dulu masa zaman kamera kodak kalau nak amik gambar jambatan ke titi kayu ke, aku akan cari POV di mana jambatan tu kena dok melintang kat tengah frame. Dlm kes gambar Jambatan Pulau Pinang ni yang bahagian summit tu mesti berada di tengah2 frame sebab nak bagi nampak tiang tinggi tu. Bila dah belajar tentang leading line baru aku paham...mcm ni rupanya hohoho. Tapi tak salah kalau nak break the rules.. mcm aku kata tadi, know the rules so u can break it as long as u happy... weeee.....
Catch The Light
Masa up gambar ni kat FB, abg Asmady Ahmad komen mcm ni.. "jangan shoot gambar potret, nanti kawan2 tak boleh cari makan"... Heh...tq abg Mady. Tapi telahan abang Mady tu tidak menjadi kenyataan sebab aku masih tak pandai shoot potret kekekekekek. Abang Asmady Ahmad dengan trademark StudioAston adalah salah seorang photog veteran utara yang mana gambar2 weddingnya sangat menyucuk jiwa. Teringin nak berguru dengan dia tapi apakan daya masa-masa yang dok ada ni terlalu sibuk. Kucing belakang rumah pun aku terlupa nak bagi makan. InsyaAllah, satu masa jika aku betul2 nak terlibat dalam wedding, abg Mady lah yang aku nak mintak sign dulu... hehe
Orange In The Sky
Jeng jeng... Ini juga dari D60. Artwork yang paling aku suka sepanjang penglibatan dalam dunia foto walaupun skrg ni D60 tu dah ntah ke mana (sapa la yg jadi tuan dia sekarang ni eh??). Seriously, aku amat "syok sendiri" bila tengok gambar ni. Shoot dengan lens Nikor 70-300 AF-G. Bayangkan D60 + lens tadak motor. Jenuh skodeng dalam view finder. Ini pun RAW file dah hilang dari simpanan. Mujur ada backup kat Flickr.
Into The Blue
Dlm mood memuat naik gambar2 lama, yg aku rasa terbaik pada mata akulah. Mata viewers wallahu'alam. Tapi inilah hasil2 kerja aku selama berpoya2 dengan Nikon D90. Gambar dari D60 pun ada jugak...sat nak korek dalam hard disk...
Gambar ni aku shoot dengan D90+ sigma 18-200mm HSM II OS. Masa ni aku dengan boss masuk ke kawasan Prai Wharf untuk buat kerja apa pun taktau. Boss aku suruh bawak kamera dan ikut dia, aku pun ikutlah. Sampai di sini dia suruh aku capture beberapa keping gambar wharf yang dah usang. Maybe company ada project kat situ. Dan masa tu aku noticed that the sky was clearly blue and some spot got very stunning figure of clouds... nun kat area Penang. Air pulak hijau, dan tiba2 ada bot lalu kot muara tu. Sebelum shoot aku tunggu bot tu dulu sebab dia datang dari arah belakang. Kalau aku tak tunggu dia masuk dalam composition dah tentu gambar ni dah jadi lain and maybe a bit boring. So, wait for the right moment to get a great harvest...
Subscribe to:
Posts (Atom)















