Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts
Tuesday, June 7, 2011
Monday, April 4, 2011
The Best Day Ever
Combination between landscape and wedding portraiture become a great stunning image. I love this shot even it looks quite dull. Tag along with my best buddy mr Emkays Kamigraphy.
Wedding Portfolio - mixed
Untuk pertanyaan dan tempahan sila menjerit di kotak menjerit atau mesej di Facebook atau email ke adiwira.mailto:adiwira.nw@gmail.com atau hubungi saya di talian 0163281926 / 0125079961
Monday, March 28, 2011
Saturday, March 26, 2011
Membina Identiti
Tak salah kita meniru hasil kerja orang lain. Sebab meniru tu pun salah satu kaedah belajar. Tipu la kalau kata amik job tak tiru gambar orang. Cikgu aku sendiri masa mula2 melibatkan diri siap bawak gambar contoh berkeping2 selit dalam poket. Tiap kali nak nak shoot, dia tunjuk gambar tu kat pengantin .. "nah angpa buat sebijik mcm ni..." wakakakakaka. Tapi dari situ la dia belajar. Dan sekarang dia dah bina identiti sendiri. Salute bro Ajeez...
To break the rules
Antara job yang aku shoot dengan D60. Masa ni aku OP utk anak saudara aku sendiri, Mohd Ashran Helmi dan pasangannya Saidatul Akmar Putri. Yang bestnya masa job ni aku berpeluang berkerjasama dengan photographer berpengalaman saudara Azrul Affendi Sobri (Pencerita), dia sebagai OP dan videographer pihak perempuan. Outdoor di Putrajaya dan yang tagging aku masa ni ada 3 - 4 orang photog members dari forum Photoskool, Aiman, Ms Green River, Zuriyat Zakaria dan sorang lagi aku tak ingat dah. Best, pengalaman yang amat berharga walaupun sedikit kelam kabut. Maklum la ramai sangat photog. Thanks to Pencerita yang banyak memberi tunjuk ajar.
Bayangkan, malam sebelum majlis resepsi ni aku ada satu job kat Penang( sememangnya aku dari Penang) yang mana majlis tu berlangsung sampai jam 1.00 pagi. Dari dewan majlis nak balik ke rumah aku ambil masa 1 jam. Sampai rumah jam 2 pagi, packing barang pulak untuk ke KL. Tidur dalam 3 jam saja, bangun pukul 6 pagi lepas solat Subuh baru aku start kereta terjah ke KL. Punya la mengantuk ya amat. nak berhenti tidur takut tak sempat sampai rumah pengantin sebab depa nak make up jam 10.00 pagi. Pergghhh... merempit gak la.. Tepat jam 9.50pagi aku tiba di rumah pengantin kat Cheras, rumah kakak aku gak la hehe. Itu pun selepas sesat 1 round.
Btw aku suka shot ni. Last shot sebelum kami berpindah ke lokasi lain. Mata aku dapat tangkap architecture perspective yang agak best pada Palace Of Justice ni. Yes its break the rule. Salahkah break the rule?? Ya memang salah kalau rules tu sendiri kita masih tak paham. Kalau dah paham pusing la mcm mana pun, janji cantik sudah... hehe
Northen Wedding Photography
Northern Wedding dahulunya adalah satu team yang dipelopori oleh cikgu Aziz Othman. Dia yanng bertanggungjawab mendidik aku dalam dunia foto. Dahulu cikgu Aziz bersama Ieman Alif bergabung membina group ni yang terdiri dari beberapa orang anchored photographer seperti Arelan, Shah, Shamir Adnan (kini berkembang dengan goupnya sendiri Selphya Photography) dan ramai lagi. Aku ni kira fresh dalam group tu. Biasanya Ieman Alif yang akan sub job pada anchored photographer sebab dia bijak dalam marketing. Sekarang ni masing-masing ahli kumpulan dah membina group sendiri. Cikgu Aziz masih solo, Ieman Alif dengan anak buahnya yang baru. Shah, langsung tak dengar cerita sebab aku pun tak kenal dia sangat, Arelan selalu jugak aku jumpa masa outing, pun dah bina identiti tersendiri. Aku pulak, tawar hati dengan wedding.
Betul, wedding boleh buat duit dengan pantas. Dalam masa setahun lepas beli kamera dah boleh dapat balik modal. Ya ka???? Aku ingat lagi kata2 Ieman, "lepas 6 bulan beli DSLR sepatutnya dah balik modal"..
Dulu aku bersetuju dengan kenyataan beliau, sebab masa mula2 beli DSLR aku hanya fikir nak buat duit. Dan aku fikir job wedding tu senang. Pergi rumah pengantin, tembak sampai lebam kemudian print gambar tempek dalam album. Setelah aku belajar, belajar dan belajar...rupanya makin banyak aku belajar makin banyak benda yang aku taktau. Dan pada fikiran aku kini, job wedding itu adalah sesuatu yang amat susah. Jadi sekarang aku terpaksa menyangkal dakwaan Ieman Aliff walaupun dia pernah jadi guru aku. Tetapi aku tetap menghormati cara dia berkerja. Itu hak dia lah, sebab dia dah fikir begitu. Tak ada masalah.
Kenapa aku kata susah???? Sebab kita bukan berkerja untuk diri kita semata2. Kita berkerja untuk kepuasan mata dan hati pelanggan. Dan pelanggan tu direct dengan kita, tak pakai orang tengah. Jadi kalau nak kena sembur pun memang kita la yang kena dulu. Tak ada orang lain dah. Bukan senang nak puaskan hati client. Sama jugak macam kita jual cucur pisang. Kalau cucur pisang kita keras macam kayu, apa kata pelanggan? Ada ke dia nak datang balik ke kedai kita? Berani tenyeh dahi kat bucu katil, dia canangkan lagi sekampung yang cucur pisang kita macam getah tayar basikal. Itulah natijahnya..
DSLR yang kita dok usung ke hulu ke hilir tu nampak memang canggih, riak dan takbur bila dapat gantung kat bahu. Tapi hasil yang keluar dari menda alah tu canggih ke tidak??? Dalam wedding ni kita bukan hanya wajib betulkan exposure triangle. Banyak benda lagi kena diambil kira. Composition terutamanya, possing, communication, marketing, editing,.....ehhh banyak la. Tu belum lagi masuk bab teknikal. Ada setengah photog aku tengok tiap kali nak shoot pengantin terkial2 nak ubah setting. Masa tula nak tukar white balance, masa tu la nak set picture control, masa tu la tukar metering, si pengantin dok berpeluh tunggu shot. Jangan kata kat orag, aku pun kadang2 jadi macam tu. Sebab tu la aku kata susah, dan sebab tu jugaklah sampai sekarang aku belum berani untuk masuk dalam market wedding selagi hasil kerjaku belum terbukti dapat diterima khalayak. Job yang lepas2 tu pun aku buat semata-mata memenuhi permintaan kawan2 dan aku pulun sehabis baik utk memberi yang terbaik. So far belum ada komplen, dan aku masih berfikiran positif terhadap bekas client aku.
Kalau tanya pada guru kita bolehlah kita dapat jugdment pada hasil kerja kita tu. Tapi ingat, mata guru kita dengan mata client kita adalah 2 perkara yang berbeza. Seorang client pernah tanya aku, "abang, pasai pa dalam gambaq ni cek dok kat tepi?? Pasai pa tak dok kat tengah..?? Hahahahaha.. Takkan aku nak explain kat dia bahawa yang ini adalah basic photography, RO3...hehehe. Jadi, jangan kita fikir sesuatu yang perfect pada mata kita adalah perfect pada mata client. Dan, agak mustahil utk dapatkan hasil yang perfect. But almost perfect is always there if u keep on learning. 30 out of 100 tu dah kira cukup bagus. Boleh buat lebih dari tu, lagi la bagus.
Kesimpulannya, janganlah kita fikir yang DSLR kita ni akan memberi pulangan yang cepat dan mewah, melainkan kita tak ambil peduli perasaan client. Belajar pelan2, learning curve dlm photography ni amat panjang. Sebab tu sampai sekarang belum ada lagi the best photographer in the world. Kita belajar kat universiti 3 tahun dah boleh grad. Dalam photography ni lepas 3 tahun kira tahap tadika lagi la... macam aku ni. Tadika lagi.
Dan atas dasar-dasar itulah aku banyak mengambil gambar2 pokok, langit, batu, awan, laut untuk dikongsi dengan masyarakat. Cantik ke tidak tak ada orang nak marah dan mintak duit balik dari aku. Dengan cara ni aku rasa dapat jugak menyumbang tenaga untuk menyematkan rasa sayang kita pada bumi yang indah ini. Sayangilah apa yang Tuhan kurniakan pada kita. Kita ada planet yang cantik, yang kaya dengan sumber semulajadi. Hormatilah ia, peliharalah ia, kerana kita masih ada generasi untuk ditinggalkan selepas ini. Jangan sampai mereka sumpah seranah kita yang dah mati kelak, sebab masa kita hidup kita telah merosakkan dunia mereka.. wallahua'lam.
1st step into wedding photography
Langkah pertama untuk menjebakkan diri dalam Wedding Photography. Sebelum shoot gambar ini aku dah pernah tag along dengan cikgu aku saudara Aziz Othman. Terima kasih atas tunjuk ajar beliau. Dan aku juga ada buat rujukan dari internet. Sekolah foto aku dulu ialah Photoskool, Saiful Nang punya foto forum. Masa tu belum ada lagi job sendiri yang aku shoot. Semua tag along dengan old timer yang lebih berpengalaman. Sungguh, sampai sekarang aku masih tak yakin untuk buat job sendiri, takut gambar lingkup customer berdarah hidung aku pulak berdarah telinga. Yang pernah aku ambil job secara serius hanyalah teman2 rapat dan saudara mara terdekat.
Couple ni (kalau tak silap namanya Rosli dan Fiza) adalah rakan sepejabat bini aku. Dan aku bukan OP utk majlis ni. OP yg sebenar adalah rakan taulan depa jugak, saudara Zul Fathi dan Azwan Zakaria. Aku saja show off belagak terer sebab ada lens panjang 70-300 walhal haram taktau apa pun dalam wedding photography hihihi. Masa ni masih terhegeh-hegeh nak paham Exposure Triangle dan permainan Flash. Jadi nak tunjuk terer punya pasai, tembak jugaklah.
Thursday, June 17, 2010
Dimanakah aku selepas 2 tahun??
Dulu, waktu mula-mula terjebak dalam fotografi seawal tahun 2008, aku tergila-gila nak jadi wedding photographer. Sikit-sikit wedding sikit-sikit tunang sikit-sikit nikah. Tak tau nak tangkap gambar apa dah. Gambar landscape ada sikit-sikit. Sekarang minat aku terhadap wedding dah kendur macam dawai penyidai belakang rumah mak mertua aku tu. Dah tak ada feel. Baru aku nampak ke mana hala tuju aku sebenarnya.
Pun begitu, aku masih memerlukan job wedding sebagai salah satu sumber menambahkan pendapatan sampingan. Maklumlah, aku perlu tambah gadjet aku ni. Sampi bila nak pakai kit lens? Sampai bila nak pakai 18-200mm (aku takkan jual meriam aku ni, sayang wooo. Senang aku usung ke mana-mana). Sampai bila nak pakai satu flash saja?? Aku pun ada perancangan untuk tambah barang-barang aku tu. Bukan untuk suka-suka, tapi demi mendapatkan kualiti foto yang tinggi, aku rasa kualiti gadjet pun memainkan peranan sedikit sebanyak. Jadi aku takkan tinggalkan wedding buat masa ini.
Photostock adalah salah satu cabang dalam medium ini yang boleh memberikan hasil yang amat lumayan jika aku mampu mencipta gambar-gambar berkualiti tinggi, yang mampu mewujudkan persepsi 'WOW' di mata pembeli. InsyaAllah, aku sedang berusaha ke arah photostock.
Namun, ada satu impian aku yang tinggi menggunung bagai susah nak dicapai. Hasil kerja aku diterbitkan di national Geographic Explorer. Bagaimana aku nak sampai ke tahap ini? Dan bilakah impian ini akan menjadi nyata? Fuhhh.. Dengar macam susah bagi aku yang setahun jagung dalam bidang ni. Tak kisahlah walau 30 tahun lagi, selagi umur aku ada, selagi kamera aku masih mampu berkerja akan aku cuba merialisasikan impian ini. Boleh juga tunjuk kat anak cucu, ini gambar tok ayah ambil dah masuk dalam majalah NatGeo. Hehe..
Konklusinya, aku tidak akan selamanya berada dalam ranting jurugambar perkahwinan. Bukan sebab wedding photography itu tidak bagus. Ramai wedding photographer yang berada di tahap dunia, dah jadi jutawan pun. Tapi aku macam dah tahu, bukan di situ jiwa aku. Aku lebih kepada landscape and nature photography. Tapi kalau ada sesiapa nak pakai aku untuk majlis mereka, silakan. Aku tidak menolak rezeki. Aku masih seorang jurugambar yang mempunyai etika professional.
Sekian..
| Helmi & Puteri |

Subscribe to:
Posts (Atom)