Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Friday, June 18, 2010

Tiada lebih bernilai untuk shutter count aku melainkan dengan pengisian wajah-wajah tersayang

Noor Syuhada Aqilah, talent yang sentiasa menjadi mangsa kamera ayahnya.

Thursday, June 17, 2010

Pantai Telok Molek

North Channel
Lokasi : Pantai Telok Molek, Teluk Air Tawar Butterworth.

2 jam aku kat sini demi menanti sunset, tapi sayang langit mendung di hujung horizon. Dah hampir 6 tahun aku tak ke lokasi ni. Dulu, sinilah port aku memancing. Dulu tak ada selut. tak ada pokok bakau dan sampah sarap. Air hijau dan jernih. Ikan senangin, tenggerong dan semilang memang suka bersarang kat sini. Tapi sekarang dah jadi sampah. Sayang sekali. Pembangunan yang menuntut sebuah pengorbanan pada alam. Secara tak langsung, makhluk manusia pun akan terancam.

Dimanakah aku selepas 2 tahun??


Helmi & Puteri

Dulu, waktu mula-mula terjebak dalam fotografi seawal tahun 2008, aku tergila-gila nak jadi wedding photographer. Sikit-sikit wedding sikit-sikit tunang sikit-sikit nikah. Tak tau nak tangkap gambar apa dah. Gambar landscape ada sikit-sikit. Sekarang minat aku terhadap wedding dah kendur macam dawai penyidai belakang rumah mak mertua aku tu. Dah tak ada feel. Baru aku nampak ke mana hala tuju aku sebenarnya.

Pun begitu, aku masih memerlukan job wedding sebagai salah satu sumber menambahkan pendapatan sampingan. Maklumlah, aku perlu tambah gadjet aku ni. Sampi bila nak pakai kit lens? Sampai bila nak pakai 18-200mm (aku takkan jual meriam aku ni, sayang wooo. Senang aku usung ke mana-mana). Sampai bila nak pakai satu flash saja?? Aku pun ada perancangan untuk tambah barang-barang aku tu. Bukan untuk suka-suka, tapi demi mendapatkan kualiti foto yang tinggi, aku rasa kualiti gadjet pun memainkan peranan sedikit sebanyak. Jadi aku takkan tinggalkan wedding buat masa ini.

Photostock adalah salah satu cabang dalam medium ini yang boleh memberikan hasil yang amat lumayan jika aku mampu mencipta gambar-gambar berkualiti tinggi, yang mampu mewujudkan persepsi 'WOW' di mata pembeli. InsyaAllah, aku sedang berusaha ke arah photostock.

Namun, ada satu impian aku yang tinggi menggunung bagai susah nak dicapai. Hasil kerja aku diterbitkan di national Geographic Explorer. Bagaimana aku nak sampai ke tahap ini? Dan bilakah impian ini akan menjadi nyata? Fuhhh.. Dengar macam susah bagi aku yang setahun jagung dalam bidang ni. Tak kisahlah walau 30 tahun lagi, selagi umur aku ada, selagi kamera aku masih mampu berkerja akan aku cuba merialisasikan impian ini. Boleh juga tunjuk kat anak cucu, ini gambar tok ayah ambil dah masuk dalam majalah NatGeo. Hehe..

Konklusinya, aku tidak akan selamanya berada dalam ranting jurugambar perkahwinan. Bukan sebab wedding photography itu tidak bagus. Ramai wedding photographer yang berada di tahap dunia, dah jadi jutawan pun. Tapi aku macam dah tahu, bukan di situ jiwa aku. Aku lebih kepada landscape and nature photography. Tapi kalau ada sesiapa nak pakai aku untuk majlis mereka, silakan. Aku tidak menolak rezeki. Aku masih seorang jurugambar yang mempunyai etika professional.

Sekian..

Wednesday, June 16, 2010

Remembering Those Days
Nor Alnizan Sulaiman

Kawan aku yg cumil, yg sedia menjadi talent aku at anytime... nak shoot dia???? Jom.... tapi nak habaq siap2 dia ni bini orang hehe.. 


Copyright©abamjiwa.blogspot.com

Formerly known as Notrhern Wedding Pictures, this blog is owned by Abam Jiwa Al-Hadi and all images in this site is copyrighted. Copying, pirating, and publishing into other website or any elements of media without permission is prohibited.