Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961
Showing posts with label Baby and childrens portraiture. Show all posts
Showing posts with label Baby and childrens portraiture. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

BUKAN SEKADAR POTRET BIASA














Assalamualaikum.

Selain dari merakamkan pemandangan indah, peluang merakamkan saat-saat indah antara ibu dan anak adalah peluang yang amat aku nanti-nantikan. Planned shot begini agak rumit tapi aku suka. Pertama, moment begini bukan sekadar moment biasa. Kedua, aku dapat bermain strob... satu benda yang aku sangat jarang bermain dalam medium ni. Tapi bila main rasa sangat stim... :p .

Baru-baru ni aku dapat peluang untuk shoot adik ipar aku sendiri dan baby comelnya Muhammad Dyni Messi. Alhamdulillah... success. Dan aku berpuas hati dengan final presentation seperti di atas. Dalam sesi ni aku tidak mahu menonjolkan baby tu semata-mata. Tapi aku nak mesej yang jelas dapat disampaikan dalam gambar-gambar tersebut iaitu hubungan kasih sayang semulajadi antara seorang ibu dan anak. Lighting aku simple, seketul SB700, seketul 3rd party flash cap lipan bersama softbox dan backdrop kain putih/ hitam. Shoot guna lens ketat 80-200mm 2.8 the legend.

Directing pula agak kalut dan perlukan kesabaran yang tinggi sebab baby Dyni tu agak payah nak duduk diam. Kejap-kejap keyau, kejap-kejap minum susu hehe. jadi terpaksa la aku tunggu tunggu dan tunggu. Dan penantian aku tu nampaknya berbaloi. Moment yang aku nak tercipta akhirnya.. Enjoy

Abamjiwa




Thursday, May 19, 2011

Love Ayah

Yeah...it's me and her.. My Princess Aqilah. Credit and thanks to my wife Noor Hanida Che Ani for this stunning shot.

Senyuman Mereka Adalah Kebahagiaanku

My Hero of Everyday

Nu'man Adli / Abang Ngah in action...

Monday, April 4, 2011

Nu'man Adli..hero of everyday


Hahaha..kodek2 flickr ternampak gambar ni. Ni la Nu'man Adli masa umur tak sampai setahun. Masa ni kami bercuti di KL dan terus panjat Camron Highland. Sekarang hero aku ni dah besar, dah nak masuk 3 tahun tapi badan dok kecik melidi mcm tu lah. My handsome boy ni kadang2 nakal melampau. Dia la selalu kena tibai...kesian. Sungguh, aku ni amat sayang semua anak2 aku. Sayang tak berbelah bagi dan sama rata. Tapi bila dah nakal melampau aku tak boleh biarkan sangat. Takut nanti dah besar hanyut ke laut. Sayang anak ditangan tangankan. Tapi jangan la sampai lebam. Biar pedih sedikit sebagai pengajaran dan jika kita tibai malam ni pastikan esoknya kita belai dia elok2, manjakan balik supaya mereka faham yang kita masih sayangkan mereka. Jangan berdendam dengan anak2 sebab mereka pun tak tahu berdendam. Mereka hanya tahu menangis masa kena marah ja, lepas tu datang sondol balik kat kita. Itulah nikmat yang Allah bagi supaya kita terus mensyukuri..

Saturday, March 26, 2011

Me in his eyes


Mata yang membuatkan hati aku bahagia..