Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Saturday, March 26, 2011

Northen Wedding Photography


Northern Wedding dahulunya adalah satu team yang dipelopori oleh cikgu Aziz Othman. Dia yanng bertanggungjawab mendidik aku dalam dunia foto. Dahulu cikgu Aziz bersama Ieman Alif bergabung membina group ni yang terdiri dari beberapa orang anchored photographer seperti Arelan, Shah, Shamir Adnan (kini berkembang dengan goupnya sendiri Selphya Photography) dan ramai lagi. Aku ni kira fresh dalam group tu. Biasanya Ieman Alif yang akan sub job pada anchored photographer sebab dia bijak dalam marketing. Sekarang ni masing-masing ahli kumpulan dah membina group sendiri. Cikgu Aziz masih solo, Ieman Alif  dengan anak buahnya yang baru.  Shah, langsung tak dengar cerita sebab aku pun tak kenal dia sangat, Arelan selalu jugak aku jumpa masa outing, pun dah bina identiti tersendiri. Aku pulak, tawar hati dengan wedding.

Betul, wedding boleh buat duit dengan pantas. Dalam masa setahun lepas beli kamera dah boleh dapat balik modal. Ya ka???? Aku ingat lagi kata2 Ieman, "lepas 6 bulan beli DSLR sepatutnya dah balik modal".. 

Dulu aku bersetuju dengan kenyataan beliau, sebab masa mula2 beli DSLR aku hanya fikir nak buat duit. Dan aku fikir job wedding tu senang. Pergi rumah pengantin, tembak sampai lebam kemudian print gambar tempek dalam album. Setelah aku belajar, belajar dan belajar...rupanya makin banyak aku belajar makin banyak benda yang aku taktau. Dan pada fikiran aku kini, job wedding itu adalah sesuatu yang amat susah. Jadi sekarang aku terpaksa menyangkal dakwaan Ieman Aliff walaupun dia pernah jadi guru aku. Tetapi aku tetap menghormati cara dia berkerja. Itu hak dia lah, sebab dia dah fikir begitu. Tak ada masalah. 

Kenapa aku kata susah???? Sebab kita bukan berkerja untuk diri kita semata2. Kita berkerja untuk kepuasan mata dan hati pelanggan. Dan pelanggan tu direct dengan kita, tak pakai orang tengah. Jadi kalau nak kena sembur pun memang kita la yang kena dulu. Tak ada orang lain dah.  Bukan senang nak puaskan hati client. Sama jugak macam kita jual cucur pisang. Kalau cucur pisang kita keras macam kayu, apa kata pelanggan? Ada ke dia nak datang balik ke kedai kita? Berani tenyeh dahi kat bucu katil, dia canangkan lagi sekampung yang cucur pisang kita macam getah tayar basikal. Itulah natijahnya..

DSLR yang kita dok usung ke hulu ke hilir tu nampak memang canggih, riak dan takbur bila dapat gantung kat bahu. Tapi hasil yang keluar dari menda alah tu canggih ke tidak??? Dalam wedding ni kita bukan hanya wajib betulkan exposure triangle. Banyak benda lagi kena diambil kira. Composition terutamanya, possing, communication, marketing, editing,.....ehhh banyak la. Tu belum lagi masuk bab teknikal. Ada setengah photog aku tengok tiap kali nak shoot pengantin terkial2 nak ubah setting. Masa tula nak tukar white balance, masa tu la nak set picture control, masa tu la tukar metering, si pengantin dok berpeluh tunggu shot. Jangan kata kat orag, aku pun kadang2 jadi macam tu. Sebab tu la aku kata susah, dan sebab tu jugaklah sampai sekarang aku belum berani untuk masuk dalam market wedding selagi hasil kerjaku belum terbukti dapat diterima khalayak. Job yang lepas2 tu pun aku buat semata-mata memenuhi permintaan kawan2 dan aku pulun sehabis baik utk memberi yang terbaik. So far belum ada komplen, dan aku masih berfikiran positif terhadap bekas client aku. 

Kalau tanya pada guru kita bolehlah kita dapat jugdment pada hasil kerja kita tu. Tapi ingat, mata guru kita dengan mata client kita adalah 2 perkara yang berbeza. Seorang client pernah tanya aku, "abang, pasai pa dalam gambaq ni cek dok kat tepi?? Pasai pa tak dok kat tengah..?? Hahahahaha.. Takkan aku nak explain kat dia bahawa yang ini adalah basic photography, RO3...hehehe. Jadi, jangan kita fikir sesuatu yang perfect pada mata kita adalah perfect pada mata client. Dan, agak mustahil utk dapatkan hasil yang perfect. But almost perfect is always there if u keep on learning. 30 out of 100 tu dah kira cukup bagus. Boleh buat lebih dari tu, lagi la bagus. 

Kesimpulannya, janganlah kita fikir yang DSLR kita ni akan memberi pulangan yang cepat dan mewah, melainkan kita tak ambil peduli perasaan client. Belajar pelan2, learning curve dlm photography ni amat panjang. Sebab tu sampai sekarang belum ada lagi the best photographer in the world. Kita belajar kat universiti 3 tahun dah boleh grad. Dalam photography ni lepas 3 tahun kira tahap tadika lagi la... macam aku ni. Tadika lagi. 

Dan atas dasar-dasar itulah aku banyak mengambil gambar2 pokok, langit, batu, awan, laut untuk dikongsi dengan masyarakat. Cantik ke tidak tak ada orang nak marah dan mintak duit balik dari aku. Dengan cara ni aku rasa dapat jugak menyumbang tenaga untuk menyematkan rasa sayang kita pada bumi yang indah ini. Sayangilah apa yang Tuhan kurniakan pada kita. Kita ada planet yang cantik, yang kaya dengan sumber semulajadi. Hormatilah ia, peliharalah ia, kerana kita masih ada generasi untuk ditinggalkan selepas ini. Jangan sampai mereka sumpah seranah kita yang dah mati kelak, sebab masa kita hidup kita telah merosakkan dunia mereka.. wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment