Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Thursday, June 17, 2010

Dimanakah aku selepas 2 tahun??


Helmi & Puteri

Dulu, waktu mula-mula terjebak dalam fotografi seawal tahun 2008, aku tergila-gila nak jadi wedding photographer. Sikit-sikit wedding sikit-sikit tunang sikit-sikit nikah. Tak tau nak tangkap gambar apa dah. Gambar landscape ada sikit-sikit. Sekarang minat aku terhadap wedding dah kendur macam dawai penyidai belakang rumah mak mertua aku tu. Dah tak ada feel. Baru aku nampak ke mana hala tuju aku sebenarnya.

Pun begitu, aku masih memerlukan job wedding sebagai salah satu sumber menambahkan pendapatan sampingan. Maklumlah, aku perlu tambah gadjet aku ni. Sampi bila nak pakai kit lens? Sampai bila nak pakai 18-200mm (aku takkan jual meriam aku ni, sayang wooo. Senang aku usung ke mana-mana). Sampai bila nak pakai satu flash saja?? Aku pun ada perancangan untuk tambah barang-barang aku tu. Bukan untuk suka-suka, tapi demi mendapatkan kualiti foto yang tinggi, aku rasa kualiti gadjet pun memainkan peranan sedikit sebanyak. Jadi aku takkan tinggalkan wedding buat masa ini.

Photostock adalah salah satu cabang dalam medium ini yang boleh memberikan hasil yang amat lumayan jika aku mampu mencipta gambar-gambar berkualiti tinggi, yang mampu mewujudkan persepsi 'WOW' di mata pembeli. InsyaAllah, aku sedang berusaha ke arah photostock.

Namun, ada satu impian aku yang tinggi menggunung bagai susah nak dicapai. Hasil kerja aku diterbitkan di national Geographic Explorer. Bagaimana aku nak sampai ke tahap ini? Dan bilakah impian ini akan menjadi nyata? Fuhhh.. Dengar macam susah bagi aku yang setahun jagung dalam bidang ni. Tak kisahlah walau 30 tahun lagi, selagi umur aku ada, selagi kamera aku masih mampu berkerja akan aku cuba merialisasikan impian ini. Boleh juga tunjuk kat anak cucu, ini gambar tok ayah ambil dah masuk dalam majalah NatGeo. Hehe..

Konklusinya, aku tidak akan selamanya berada dalam ranting jurugambar perkahwinan. Bukan sebab wedding photography itu tidak bagus. Ramai wedding photographer yang berada di tahap dunia, dah jadi jutawan pun. Tapi aku macam dah tahu, bukan di situ jiwa aku. Aku lebih kepada landscape and nature photography. Tapi kalau ada sesiapa nak pakai aku untuk majlis mereka, silakan. Aku tidak menolak rezeki. Aku masih seorang jurugambar yang mempunyai etika professional.

Sekian..

No comments:

Post a Comment