Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Saturday, March 26, 2011

To break the rules

Antara job yang aku shoot dengan D60. Masa ni aku OP utk anak saudara aku sendiri, Mohd Ashran Helmi dan pasangannya Saidatul Akmar Putri. Yang bestnya masa job ni aku berpeluang berkerjasama dengan photographer berpengalaman saudara Azrul Affendi Sobri (Pencerita), dia sebagai OP dan videographer pihak perempuan. Outdoor di Putrajaya dan yang tagging aku masa ni ada 3 - 4 orang photog members dari forum Photoskool, Aiman, Ms Green River, Zuriyat Zakaria dan sorang lagi aku tak ingat dah. Best, pengalaman yang amat berharga walaupun sedikit kelam kabut. Maklum la ramai sangat photog. Thanks to Pencerita yang banyak memberi tunjuk ajar. 

Bayangkan, malam sebelum majlis resepsi ni aku ada satu job kat Penang( sememangnya aku dari Penang) yang mana majlis tu berlangsung sampai jam 1.00 pagi. Dari dewan majlis nak balik ke rumah aku ambil masa 1 jam. Sampai rumah jam 2 pagi, packing barang pulak untuk ke KL. Tidur dalam 3 jam saja, bangun pukul 6 pagi lepas solat Subuh baru aku start kereta terjah ke KL. Punya la mengantuk ya amat. nak berhenti tidur takut tak sempat sampai rumah pengantin sebab depa nak make up jam 10.00 pagi. Pergghhh... merempit gak la.. Tepat jam 9.50pagi aku tiba di rumah pengantin kat Cheras, rumah kakak aku gak la hehe.  Itu pun selepas sesat 1 round.

Btw aku suka shot ni. Last shot sebelum kami berpindah ke lokasi lain. Mata aku dapat tangkap architecture perspective yang agak best pada Palace Of Justice ni. Yes its break the rule. Salahkah break the rule?? Ya memang salah kalau rules tu sendiri kita masih tak paham. Kalau dah paham pusing la mcm mana pun, janji cantik sudah... hehe



No comments:

Post a Comment