Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Monday, September 5, 2011

DREAMING


Assalamualaikum

Hampir 2 bulan aku tak turun ke laut, bukan mencari ikan tapi mencari gambar. Dan semalam dapat jugak aku melampiaskan nafsu serakah seorang diri. Memang feel. Berkerja seorang diri ni adakalanya membuatkan kita lebih fokus. Sebab tu semalam aku tak ajak sapa2. Bergerak secara solo.

Lepas raya ni cuaca begitu mengujakan. Aku tiba di lokasi, pantai Teluk Air Tawar jam 6.45pm. Tu pun dah rasa kelam kabut sebab 7.30 dah sunset. Aku hanya ada masa tak sampai 1 jam untuk pacak tripod, belek menu kat screen, compo, attach filter, compo lagi dan setting. Dah la pakai SD cap ayam. Bukak 30" kena tunggu reading sampai 2 minit. Memang buang masa.

Jadi tak banyak shot yang aku dapat semalam. Aku hanya cuba 2 angle dan compo sebaik mungkin dengan harapan salah satu menjadi killer. Alhamdulillah, walaupun nak dapat yg killer itu kamera ku lencun separuh badan.

Baiklah, ada sorang manusia ni masa aku tengah shoot, dia call. Dia tanya ada mana?? Aku cakap tengah amik gambaq kat Teluk Air Tawar. Dia kata ... "hang tak cemuih ka dok shoot kat tempat yang sama?? "

Ermmm..... aku kata tak.

Tapi dalam hati mmg ada sikit rasa boring. Ya la, asyik dok ulang tempat tu.

Tetapi.. adakah gambar2 aku tu semuanya nampak sama?? Yup..background maybe, sekali pandang dah boleh tahu kat mana aku pacak. Tapi POI aku bukan background. Tak jadi masalahlah biarpun aku tembak berjuta kali kat situ. Kalau nak suruh ..hari ni aku pi Tanjung Dawai, esok pi banting Selangor, lusa pi Bali pulak.. boleh jugak.. ampa sponsor aku pi.. hehe.

Itulah sebabnya aku asyik shoot di kawasan berdekatan aku. Bagan Ajam, Teluk Air Tawar, Kuala Muda.. paling jauh pun Penang. Benda yang aku boleh ulang pergi tiap2 hari. Tetapi bukan tiap2 hari aku keluarkan gambar dengan compo dan angle yang sama. Sudah tentulah aku kena fikirkan benda lain. Kalau hari2 dok makan gulai ayam cemuih jugak. kan. Tukar la ke gulai ikan pulak, Itulah yang aku buat. Tempat yang sama, angle berbeza. Macam mana nak buat?? Pandai2 lah compo, gunakan mata yang liar itu. Liar tengok awek boleh, liar tengok keindahan alam semesta ni tak boleh ke?? Hehe..

Ok .. itu saja utk entry kali ni. Enjoy how beautiful the world we living on. Selamat Hari Rayeee.. :)

ABAMJIWA

Thursday, September 1, 2011

RINDU SEORANG AYAH



Ayah


Nukilan hatimu terlukis di wajah
Engkau tidak seperti dahulu
Bijak sembunyikan hati yang luka dan rindu
Lukamu mengalirkan darah kasih dan sayang
Sukamu mengundang sakit dalam senyuman
Tuamu menjunjung berjuta kepedihan


Ayah

Lopak dan genang di tirai matamu
Selepas gerimis menyimbah kalbumu
Bagai ribut yang menghentam hatiku
Umpama beliung merobek jiwaku


Ayah

Aku tahu, masamu kian suntuk
Begitu jua masa-masa yang ada padaku
Itulah janji Tuhan pada makhluk
Janji yang pasti tiba tanpa kira waktu


Ayah

Usahlah berduka lagi
Lukamu yang lama tak termampu aku rawati
Hingga gempita berkumandang di langit nanti
Tiada dayaku membalas budi


Ayah

Kutitip warkah ini dengan linangan dari mataku
Jantungku bagai dipulas
Perasaanku bagai diramas
Dosa-dosaku bak belati menikam diri


Ayah

Bimbinganmu tak mungkin ku lupa
Selagi hayat dan jiwa ini tidak gila


Aku junjung cinta dan budimu
Aku kendong kasih sayangmu
Aku dayung perahu doamu
Aku dakap bekal ilmumu
Aku cium berkat lelahmu
Aku minum air tanganmu


AMPUNKANLAH AKU
MAAFKANLAH ANAKMU INI
HALALKANLAH TITIK PELUH DAN AIR MATAMU


Jika ditakdirkan Ayah pergi dulu
Aku doakan Ayah bersedia
Aku doakan Ayah bahagia
Aku doakan Ayah menantiku di pintu syurga


Jika aku yang pergi dulu
Ayah doakanlah aku
Ayah talkinkanlah aku
Ayah taburkanlah pasir dipusaraku

Kerana rindu ini pasti ada
Baik di sini atau di sana
Rindu yang paling ulung dalam sejarah seorang manusia
Adalah rindu seorang ayah pada anaknya.



ABAMJIWA AL-HADI





Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran

Assalamualaikum warahmatullah.

Ramadhan yang barakah semakin meninggalkan kita. Lembaran Syawal semakin menghampiri. Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Allah kerana diberi peluang untuk menghirup udara Ramadhan dan Syawal tahun ni dan insyaAllah moga dikurniakan umur yang panjang untuk bertemu pula Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang.

Saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada kamu keluarga saya, ibu dan ayah, kakak-kakak dan abang-abang juga adik tersayang yang berada di kejauhan. InsyaAllah bertemu jua di tahun hadapan. Juga kepada isteri dan anak-anak tercinta, sahabat-sahabat rakan seperjuangan, guru-guru dan adik-adik dalam dunia fotografi, ampun dan maaf dipinta jika terdapat salah dan silap dari saya selama anda mengenali saya.

Berhati-hati di jalan raya, memandu dengan berhemah, jangan pentingkan diri sendiri dan ingatlah insan-insan tersayang yang menanti anda dwalau di mana jua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya ,

ABAMJIWA AL-HADI

Friday, August 12, 2011

THE STARS OF RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam ramadhan al-mubarak.

Lamanya tak posting entry... actually lamanya tak masuk blog ini walaupun blog aku sendiri. Sebab, biasalah langit tak selalunya cerah. Jadi musim sekejap jerebu sekejap hujan ni tak ada sangat yang best. Mujur lagi bulan ramadhan, jadi taklah terasa nak berjemur sangat. Takut dehydrated :).

Setelah dua bulan rasanya tidak terbongkok-bongkok mencari hasil, alhamdulillah semalam ada satu. Itupun terpaksa menahan pedih dan gatai satu badan gara-gara nyamuk pun nak buka puasa juga.

Rancangan asalnya nak bikin startrail bersama Azrie Nasrie, Rahim Al-Kajai dan SFahmie. Tetapi oleh kerana pada malam kejadian awan sangat tebal, hujan renyai-renyai pulak sebelum tu. Jadi, kami pun taktau apa yang kami nak shoot. Subject dah ada, lokasi dah plan dari minggu lepas. Tapi masing-masing blur sebab belum pernah lagi buat aksi merbahaya ini. Masing-masing main hentam sajalah janji ada itu rumah, ada itu bintang. Lantaklah..

Selepas lebih kurang 1 jam, terdapat lebih kurang 40 shots dalam SD aku, semuanya compo yang sama, setting ja mungkin berubah-ubah. Maklumlah pertama kali nak amik gambaq bintang, kalau tak kena gaya boleh keluar asap ikut celah-celah body kamera tu. Seriuosly aku dah tak ada duit nak angkat body baru.

Setelah percubaan demi percubaan, aku maintan pada setting 30" F9 ISO800.. untuk lebih kurang 30 frame. Dan setelah cuba di"timelaps"kan pada LCD kamera.. aku amat teruja sebab kena tambah koleksi SD card dan battery pack (duit lagi). Efect timelaps memang takleh blah.Konpom kena repeat dengan preparation yang agak dasyat. Kalau semalam kami duduk atas tikar sambil minum air mineral, untuk timelaps kami kena pasang khemah, buat unggun api, panggang seekor kambing, dan terbungkang di situ untuk 6 7 jam.

Jadi, tunggulah ye. InsyaAllah project ini akan berlaku tak lama lagi.

Dalam gambar ni aku letakkan leading line sebagai foreground dan terus lead masuk ke rumah buruk pada kedudukan RO3 tu. Biasa, kalau lokasi macam ni, compo masih buruk itu tandanya mata kita kena repair. Semua dah ada terpampang depan mata. Tak payah fikir teruk-teruk sambil garu-garu kepala dan tenggelam kasut dalam selut. Leading line dah ada, subject dah ada, background tu kena la pandai-pandai cari setting yang sesuai. Yang ni, aku refer gambar sahabat-sahabat yang pernah upload di AON tetapi tidak sebijik-sebijik. Sebabnya masa mereka shoot maybe ambience macam lain. Aku shoot ni bulan dok terpacak atas kepala. Jenuh jugak nak elakkan light polution. Bila ikut setting mereka, gambar jadi hampeh. Padahal gambar mereka cantik. Jadi kena la sendiri test. Ternyata exposure setting untuk malam berbintang-bintang ni masih bergantung pada ambience.

Jadi, aku masih menunggu kawan-kawan lain punya gambar. Ada yang dah naik ada yang belum. Adakah mereka ingin memekasamkan gambar mereka sehingga raya tahun depan?? Wallahu'alam. Kena tunggu gak la Rahim Al-Kajai oii.. tehehe.

Salam Ramadhan

Abamjiwa

Monday, July 25, 2011

BUKAN KAWAN..TAPI SAHABAT

Rentetan dari entry tadi..

1994 kami baru habis SPM. Namun kami berkawan sejak dari sebelum darjah 1. Lama tak lama korang pikirlah sendiri hehe. Gambar 1994 tu kami baru nak naik keretapi, nak menuju ke KL demi melampiaskan nafsu remaja yang baru habis SPM. Sebelum gambar ini diambil, ada satu peristiwa hitam yang hampir-hampir membuatkan kami tegolek beramai-ramai di stesen KTM itu, hehe. Alhamdulillah, kami masih hidup sihat walafiat. Yang tidak ada dalam gambar 2011 hanya seorang, saudara Joe yang kini berada di Cyberjaya. Dia tak balik masa sesi photoshoot ini berlangsung.

Thanks for viewing

OMERTA

Salam ukhwah.

Tiada yang best untuk entry kali ni sebab kepala hotak aku  tengah jem. Dan mood untuk tidur berada pada carta yang sangat tinggi. Tunggulah entry berikutnya esok hari.

Btw, ini gambar aku dengan kawan-kawan kampung. Persahabatan kami terjalin sejak kami pakai kain lampin lagi. Sampai sekarang masih teguh walaupun kadang-kadang tu ada bertikam lidah dan bertumbuk terajang. Cabaran-cabaran itu lebih mematangkan dan mendewasakan kami. Pada usia yang makin tua ( aku kira dah tua la mcm ni ).. persahabatan kami makin utuh. Dulu, kami budak 'baik'... sekarang kami bukan budak lagi tapi kami masih yang terbaik :)

Setting untuk gambar ni seperti berikut:

Exposure 1/200
F8
ISO200
SB700 + SB800 naked

watak dari kiri:

CEK - dongganya dia ni. Manusia yg sangat cerewet, berani dan kaya. Dalam ramai-ramai dia yang paling kaya sebab boleh pakai BMW 5s. Dah kahwin, bahagia bersama isteri dan seorang anak perempuan yang comel.

JAN - Dulu dia kecik sikit dari aku tapi sekarang dah kecik banyak sebab rajin kayuh basikal. Bujang lagi, sapa mau sila tempah sekarang.

CHE EMBI a.k.a. KAKA: Tak pernah lagi aku jumpa nama gangster macam ni. Manja semacam wakakak. Dah kahwin, bahagia bersama seorang isteri dan 3 orang anak. Dalam group ini dia yang paling awal kahwin. maklumlah kecik-kecik dulu gatal nak mamposss.

MIJAN: Yang paling ganas dan hati kering. Tapi dalam hati ada taman. Photographer macam aku jugak tapi sekadar suka-suka. Ntah gambar apa yang dia shoot aku pun taktau. Bahagia bersama seorang isteri dan seorang anak lelaki yang ensem.

MID a.k.a ABAMJIWA: Depa panggil aku MID sempena nama ayah aku. Semua ni adalah anak murid ayah aku masa mengaji kat kampung dulu kecuali MIJAN. Jadi demi menghargai jasa dan ilmu dari ayah aku, depa panggil aku MID. Bahagia bersama seorang isteri dan 3 orang anak, coming soon yang nombor 4 bulan 11 ni insyaAllah.

BEN a.k.a. APEK: Jangan salah sangka dia cina. Dia memang melayu tulen tapi mungkin ada gen cina dari datuk nenek moyang dia dulu. Yang ni lah yang paling close dengan aku. Bujang, ensem dan pemalu. Tapi sangat ganas... hehe

Asal kami dari kampung Bagan Dalam, Butterworth. Disitulah kami bergelumang dari kecil sampai besar. Dan sekarang hanya tinggal BEN seorang yang masih di kampung tu. Yang lain dah bawa diri tapi bukanlah jauh-jauh pun. Kami masih berjumpa jika ada hal tertentu. Jadi, jika ada apa-apa yang berlaku pada aku, selain dari ahli keluarga, mereka inilah yang akan turun dulu. We are brothers hingga ke hujung nyawa.



Terima kasih

Salam sayang..Abamjiwa..:))))

Monday, July 18, 2011

KOMPOSISI PEMANDANGAN INDAH

Assalamualaikum

Berbicara tentang komposisi, terlalu banyak 'rules' yang termaktub dalam 'THE LAW OF PHOTOGRAPHY'. RO3, leading line, diagonal, symmetric, geomatric, framing dan macam-macam lagi. Jenuh kelebek buku sampai lunyai tapi kita masih tak faham-faham. Kita study bagaimana nak kompo model, lighting, posing, begitu begini tetapi bila model angkat tangan tunjuk ketiak sikit kita dah berpusu-pusu nak shoot. Sampai 30 orang yang pegang kamera berebut-rebut nak tembak benda yang sama - "ketiak model". Dimanakah 'rules' yang selama ini kita agung-agungkan sehingga juling biji mata ketika mentelaah di internet dan buku?? Atau...adakah 'rules' itu sendiri tidak wujud atau tidak boleh diguna pakai??? Mari kita kupas.

Rules - undang-undang, panduan, rukun, peraturan, adat, penggaris, pembaris, pengukur. Definisi yang sangat subjektif. Dalam erti kata mudah, 'rules' / peraturan / rukun itu memang sedia ada dalam setiap aspek kehidupan kita. Nak kahwin kena isi borang nikah, kena ada wali, kena ada akad, kena ada mas kahwin, kena ada pengantin lelaki dan perempuan. Tetapi berapa hantaran, jam berapa nak kahwin, nak kahwin dengan siapa itu kita yang pilih.

Kita nak makan nasi kena ada nasi, kena ada lauk, kena ada pinggan, dan kena basuh tangan. Itu semua rules.Tetapi kita nak makan nasi lemak ke, nasi dagang ke, beriyani kambing ke, nasi mentah ke itu hak kita. 

Dalam fotografi pun ada rules bagai yang saya sebut di atas. Tetapi, bapa fotografi moden - Ansel Adams - ada menyatakan begini ; "There are no rules in photography, there are only a good photograph".. amcam bro??

Baiklah. Pada pendapat saya yang langsung tidak legend dalam arena fotografi ini, rules itu hanya panduan yang kita boleh pakai pada sesetengah keadaan. Jika kita letakkan 1 situasi seperti Talent Photoshoot, di manakah kita nak letak rule 'diagonal' atau 'symmetric' jika lokasi yang kita shoot itu tidak ada elemen-elemen tersebut? Begitu juga sebaliknya. Jika kita shoot landscape, kat mana nak cari model angkat ketiak?? Hehehe. Jadi kita tidak boleh atur susun setiap aturan tersebut pada setiap situasi. Ada yang kita boleh guna dan ada yang boleh kita abaikan. Sama macam kita nak pergi pasar beli ikan dengan menaiki kereta. Sebelum kita dapat beli ikan itu, kita kena buka pintu kereta, kita kena start enjin, kena tekan clutch, kena tekan minyak, brek, pusing stereng dan sebagainya. Itu semua 'rules'. Tetapi, laju mana kita nak tekan, jalan mana kita nak masuk, kona mana yang kita nak lipat, itu semua terpulang pada kita. Asalkan kita sampai ke matlamat - IKAN. So, mission accomplished.

Jadi, jangan kita terlalu pening kepala dengan rules. Sampai mati abis kutu atas kepala punya fikir tentang undang-undang fotografi, padahal yang kita pakai hanya satu atau dua perkara. For knowledge, YES!! Boleh praktikkan, tetapi jangan kita bingung menggelabah tak tentu arah bila ada orang komen .. "bro...gambar ko ni tak ikut rules".." "bro.. apesal subject ko letak tengah frame instead of RO3?"  Rules made to be broken. But before you break the rules, you have to know what is rules it self.  Jangan takut untuk meletakkan subject di tengah-tengah frame. Tak kena saman dengan polis pun. OK??

Berbalik kepada komposisi. Saya ada sertakan beberapa contoh gambar saya sendiri, yang mana mungkin ini memberi panduan dan mungkin juga tidak. Saya sekadar berkongsi, tidak perlu ikut bulat-bulat ke setengah bulat ke, empat segi ke. Kalau nak ikut silakan, kalau tak mahu saya tak marah. Ini cuma persepsi dan perspektif dari mata saya tentang apa yang saya nak dalam setiap hasil kerja saya, terutama dalam landscape photography.


Rajah 1.

Lihat gambar di atas. Lupakan dulu soal tona, senget, under atau over. Semua gambar-gambar ini adalah format JPEG yang mentah dari kamera. Belum retouch apa-apa lagi. Kita nak bercerita tentang komposisi. Saya shoot ketiga-tiga keping gambar ini pada tempat yang sama, hari yang sama dan pada kedudukan kamera yang hampir sama. Gambar 1 adalah gambar yang pertama keluar pada screen kamera saya pada sesi tersebut. Perhatikan kedudukan tiang-tiang yang saya nak jadikan subject tu, ia terletak pada bawah garisan horizon. Jadi gambar ini saya reject sebab subject nampak seakan-akan blending dengan background. Kurang memberi impak pada mata saya. Ini membawa maksud subject tidak cukup kuat untuk mendominasikan frame. Pada foreground pula terdapat detail selut yang menarik tetapi juga tidak banyak membantu untuk menghasilkan "wow!!" faktor pada gambar ini. Pangkah terus.


Rajah 2.

Setelah pelekat rokok sebatang (jangan tiru aksi berbahaya ini), saya cuba lagi sekali. Dan saya dapat satu imej yang lebih baik dari yang tadi. Tiang-tiang batu itu mula nampak dominan sebab kedudukan subject tepat pada garisan horizon. Boleh dapat lagi rendah sama level dengan horizon maka lagi bagus.  Pada foreground saya cuba dapatkan POI yang mudah, seketul selut yang timbul dari permukaan air. Malangnya ada pulak sampah sarap pada bahagian bawah kanan frame. Manipulate?? Clone?? Maaf saya tak rajin nak buat benda tu.



Rajah 3.
Setelah mencuba beberapa kali, saya mengubah kedudukan kemera dan cuba dari satu sudut yang lain. Saya hanya melangkah setapak ke belakang, rendahkan sudut pandangan dan shoot. Dan saya berpuas hati sebab elemen-elemen yang saya perlukan dah ada dalam frame, elemen yang tidak perlu telah saya buang jauh-jauh. Subject dominan, POI yang menarik pada foreground. Tak perlu saya edit banyak-banyak, tak perlu crop sampai sempit, tak perlu clone itu clone ini. Kerja saya jadi mudah. Proses dalam photoshop semata-mata nak naikkan tona dan warna, tak sampai 5 minit siap.

 __________________________________________________________________________________

Rajah 4.
Yang ini saya shoot di Tanjung Dawai, Kedah. Baiklah. Apa yang saya tidak berkenan tentang gambar ini?? Subject ada, subject locating pun ok. Apa yang tak kena?? Sebab, sebelum shoot saya dah gambarkan apa yang saya nak. Saya mahukan sekeping gambar long exposure dengan frame yang luas. Kedudukan subject dah ok bagi saya. Takde pun RO3?? Memang tidak ada sebab saya nak subject itu di tengah-tengah frame untuk dapatkan imej seakan-akan minimalis, ringkas tetapi masih dominan. Jadi, gambar ini tidak cukup wide bagi saya. Reject !!


Rajah 5.
Ini pun kena reject walaupun luasnya dah cukup. Tetapi bahagian atas terlalu kosong dan dull. Tidak perlu saya biarkan tempat kosong free begitu sahaja tanpa ada elemen-elemen yang boleh membangkitkan gambar. Jika pada masa ini ada awan berkepul-kepul, atau ada warna sunset yang cantik, mungkin saya akan terima pakai. Subject pula dah ke tepi sedikit, sedangkan asalnya saya mahu subject di tengah-tengah. Juga ada distraction yang agak jelas pada bahagian kanan frame. Lagi sekali, saya seorang yang malas mahu menggunakan tool dalam photoshop melainkan jika keadaan memaksa.

Rajah 6.
Finally, saya dapat yang ini. Subject pada kedudukan di tengah-tengah frame, bahagian atas tidak nampak terlalu kosong, tetapi frame saya masih luas dengan dominan subject di tengah-tengah. Tanjung yang kelihatan sebelah kiri frame bagi saya tidak terlalu menggangu. Sebelah kanan frame pula masih ada sedikit distract tetapi dapat diseimbangkan dengan tanjung sebelah kiri tu.Terus pasang filter dan shoot. Ya.. ini yang saya nak :).

Adakah saya telah mengaplikasikan segala jenis rules dalam setiap gambar saya? Di mana leading line? Di mana RO3? Di mana diagonal?? Di manakah ketiak itu?? Hehehehe

Harap anda faham tentang isi kandungan entry ini. Sekali lagi saya tegaskan, ini bukan aturan yang perlu anda ikut. Ini sekadar panduan dan rutin yang biasa saya lakukan semasa mengambil gambar panorama indah. Ini cara saya dan mata saya. Tetapi prinsip dan aturan masih saya terapkan. Saya letakkan aturan atau rules itu sebagai principle. Cuma, bagaimana saya hendak mengolahnya terpulang pada diri saya asalkan matlamat saya tercapai. Juga, pasti ada panduan yang lebih berguna dari yang ini. Rajin-rajinlah anda cari, semak dan cuba.

Tentang editing pula, saya tidak mengamalkan editing yang melampau dalam hasil kerja saya sebab saya tak pandai, belum pernah lagi hadiri kursus editing secara formal. Yang ada cuma belajar dengan kawan-kawan atau tengok kat youtube. Dan gambar-gambar saya terhasil dengan satu atau dua exposure sahaja. Tidak lebih dari itu. Jadi jangan bertanya saya tentang HDR, DRI atau Vertorama, terus terang saya belum ada ilmu tentang modul-modul tersebut. Apa yang saya suka lakukan sekarang ini ialah baiki komposisi, komposisi dan komposisi. The key in a good photograph is composition.

All the best.

Abamjiwa