Assalamualaikum warahmatullah.
Ramadhan yang barakah semakin meninggalkan kita. Lembaran Syawal semakin menghampiri. Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Allah kerana diberi peluang untuk menghirup udara Ramadhan dan Syawal tahun ni dan insyaAllah moga dikurniakan umur yang panjang untuk bertemu pula Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang.
Saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada kamu keluarga saya, ibu dan ayah, kakak-kakak dan abang-abang juga adik tersayang yang berada di kejauhan. InsyaAllah bertemu jua di tahun hadapan. Juga kepada isteri dan anak-anak tercinta, sahabat-sahabat rakan seperjuangan, guru-guru dan adik-adik dalam dunia fotografi, ampun dan maaf dipinta jika terdapat salah dan silap dari saya selama anda mengenali saya.
Berhati-hati di jalan raya, memandu dengan berhemah, jangan pentingkan diri sendiri dan ingatlah insan-insan tersayang yang menanti anda dwalau di mana jua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya ,
ABAMJIWA AL-HADI
Friday, August 26, 2011
Friday, August 12, 2011
THE STARS OF RAMADHAN
Assalamualaikum dan salam ramadhan al-mubarak.
Lamanya tak posting entry... actually lamanya tak masuk blog ini walaupun blog aku sendiri. Sebab, biasalah langit tak selalunya cerah. Jadi musim sekejap jerebu sekejap hujan ni tak ada sangat yang best. Mujur lagi bulan ramadhan, jadi taklah terasa nak berjemur sangat. Takut dehydrated :).
Setelah dua bulan rasanya tidak terbongkok-bongkok mencari hasil, alhamdulillah semalam ada satu. Itupun terpaksa menahan pedih dan gatai satu badan gara-gara nyamuk pun nak buka puasa juga.
Rancangan asalnya nak bikin startrail bersama Azrie Nasrie, Rahim Al-Kajai dan SFahmie. Tetapi oleh kerana pada malam kejadian awan sangat tebal, hujan renyai-renyai pulak sebelum tu. Jadi, kami pun taktau apa yang kami nak shoot. Subject dah ada, lokasi dah plan dari minggu lepas. Tapi masing-masing blur sebab belum pernah lagi buat aksi merbahaya ini. Masing-masing main hentam sajalah janji ada itu rumah, ada itu bintang. Lantaklah..
Selepas lebih kurang 1 jam, terdapat lebih kurang 40 shots dalam SD aku, semuanya compo yang sama, setting ja mungkin berubah-ubah. Maklumlah pertama kali nak amik gambaq bintang, kalau tak kena gaya boleh keluar asap ikut celah-celah body kamera tu. Seriuosly aku dah tak ada duit nak angkat body baru.
Setelah percubaan demi percubaan, aku maintan pada setting 30" F9 ISO800.. untuk lebih kurang 30 frame. Dan setelah cuba di"timelaps"kan pada LCD kamera.. aku amat teruja sebab kena tambah koleksi SD card dan battery pack (duit lagi). Efect timelaps memang takleh blah.Konpom kena repeat dengan preparation yang agak dasyat. Kalau semalam kami duduk atas tikar sambil minum air mineral, untuk timelaps kami kena pasang khemah, buat unggun api, panggang seekor kambing, dan terbungkang di situ untuk 6 7 jam.
Jadi, tunggulah ye. InsyaAllah project ini akan berlaku tak lama lagi.
Dalam gambar ni aku letakkan leading line sebagai foreground dan terus lead masuk ke rumah buruk pada kedudukan RO3 tu. Biasa, kalau lokasi macam ni, compo masih buruk itu tandanya mata kita kena repair. Semua dah ada terpampang depan mata. Tak payah fikir teruk-teruk sambil garu-garu kepala dan tenggelam kasut dalam selut. Leading line dah ada, subject dah ada, background tu kena la pandai-pandai cari setting yang sesuai. Yang ni, aku refer gambar sahabat-sahabat yang pernah upload di AON tetapi tidak sebijik-sebijik. Sebabnya masa mereka shoot maybe ambience macam lain. Aku shoot ni bulan dok terpacak atas kepala. Jenuh jugak nak elakkan light polution. Bila ikut setting mereka, gambar jadi hampeh. Padahal gambar mereka cantik. Jadi kena la sendiri test. Ternyata exposure setting untuk malam berbintang-bintang ni masih bergantung pada ambience.
Jadi, aku masih menunggu kawan-kawan lain punya gambar. Ada yang dah naik ada yang belum. Adakah mereka ingin memekasamkan gambar mereka sehingga raya tahun depan?? Wallahu'alam. Kena tunggu gak la Rahim Al-Kajai oii.. tehehe.
Salam Ramadhan
Abamjiwa

Monday, July 25, 2011
BUKAN KAWAN..TAPI SAHABAT
Rentetan dari entry tadi..
1994 kami baru habis SPM. Namun kami berkawan sejak dari sebelum darjah 1. Lama tak lama korang pikirlah sendiri hehe. Gambar 1994 tu kami baru nak naik keretapi, nak menuju ke KL demi melampiaskan nafsu remaja yang baru habis SPM. Sebelum gambar ini diambil, ada satu peristiwa hitam yang hampir-hampir membuatkan kami tegolek beramai-ramai di stesen KTM itu, hehe. Alhamdulillah, kami masih hidup sihat walafiat. Yang tidak ada dalam gambar 2011 hanya seorang, saudara Joe yang kini berada di Cyberjaya. Dia tak balik masa sesi photoshoot ini berlangsung.
Thanks for viewing

OMERTA
Salam ukhwah.
Tiada yang best untuk entry kali ni sebab kepala hotak aku tengah jem. Dan mood untuk tidur berada pada carta yang sangat tinggi. Tunggulah entry berikutnya esok hari.
Btw, ini gambar aku dengan kawan-kawan kampung. Persahabatan kami terjalin sejak kami pakai kain lampin lagi. Sampai sekarang masih teguh walaupun kadang-kadang tu ada bertikam lidah dan bertumbuk terajang. Cabaran-cabaran itu lebih mematangkan dan mendewasakan kami. Pada usia yang makin tua ( aku kira dah tua la mcm ni ).. persahabatan kami makin utuh. Dulu, kami budak 'baik'... sekarang kami bukan budak lagi tapi kami masih yang terbaik :)
Setting untuk gambar ni seperti berikut:
Exposure 1/200
F8
ISO200
SB700 + SB800 naked
watak dari kiri:
CEK - dongganya dia ni. Manusia yg sangat cerewet, berani dan kaya. Dalam ramai-ramai dia yang paling kaya sebab boleh pakai BMW 5s. Dah kahwin, bahagia bersama isteri dan seorang anak perempuan yang comel.
JAN - Dulu dia kecik sikit dari aku tapi sekarang dah kecik banyak sebab rajin kayuh basikal. Bujang lagi, sapa mau sila tempah sekarang.
CHE EMBI a.k.a. KAKA: Tak pernah lagi aku jumpa nama gangster macam ni. Manja semacam wakakak. Dah kahwin, bahagia bersama seorang isteri dan 3 orang anak. Dalam group ini dia yang paling awal kahwin. maklumlah kecik-kecik dulu gatal nak mamposss.
MIJAN: Yang paling ganas dan hati kering. Tapi dalam hati ada taman. Photographer macam aku jugak tapi sekadar suka-suka. Ntah gambar apa yang dia shoot aku pun taktau. Bahagia bersama seorang isteri dan seorang anak lelaki yang ensem.
MID a.k.a ABAMJIWA: Depa panggil aku MID sempena nama ayah aku. Semua ni adalah anak murid ayah aku masa mengaji kat kampung dulu kecuali MIJAN. Jadi demi menghargai jasa dan ilmu dari ayah aku, depa panggil aku MID. Bahagia bersama seorang isteri dan 3 orang anak, coming soon yang nombor 4 bulan 11 ni insyaAllah.
BEN a.k.a. APEK: Jangan salah sangka dia cina. Dia memang melayu tulen tapi mungkin ada gen cina dari datuk nenek moyang dia dulu. Yang ni lah yang paling close dengan aku. Bujang, ensem dan pemalu. Tapi sangat ganas... hehe
Asal kami dari kampung Bagan Dalam, Butterworth. Disitulah kami bergelumang dari kecil sampai besar. Dan sekarang hanya tinggal BEN seorang yang masih di kampung tu. Yang lain dah bawa diri tapi bukanlah jauh-jauh pun. Kami masih berjumpa jika ada hal tertentu. Jadi, jika ada apa-apa yang berlaku pada aku, selain dari ahli keluarga, mereka inilah yang akan turun dulu. We are brothers hingga ke hujung nyawa.
Terima kasih
Salam sayang..Abamjiwa..:))))

Monday, July 18, 2011
KOMPOSISI PEMANDANGAN INDAH
Assalamualaikum
Berbicara tentang komposisi, terlalu banyak 'rules' yang termaktub dalam 'THE LAW OF PHOTOGRAPHY'. RO3, leading line, diagonal, symmetric, geomatric, framing dan macam-macam lagi. Jenuh kelebek buku sampai lunyai tapi kita masih tak faham-faham. Kita study bagaimana nak kompo model, lighting, posing, begitu begini tetapi bila model angkat tangan tunjuk ketiak sikit kita dah berpusu-pusu nak shoot. Sampai 30 orang yang pegang kamera berebut-rebut nak tembak benda yang sama - "ketiak model". Dimanakah 'rules' yang selama ini kita agung-agungkan sehingga juling biji mata ketika mentelaah di internet dan buku?? Atau...adakah 'rules' itu sendiri tidak wujud atau tidak boleh diguna pakai??? Mari kita kupas.
Rules - undang-undang, panduan, rukun, peraturan, adat, penggaris, pembaris, pengukur. Definisi yang sangat subjektif. Dalam erti kata mudah, 'rules' / peraturan / rukun itu memang sedia ada dalam setiap aspek kehidupan kita. Nak kahwin kena isi borang nikah, kena ada wali, kena ada akad, kena ada mas kahwin, kena ada pengantin lelaki dan perempuan. Tetapi berapa hantaran, jam berapa nak kahwin, nak kahwin dengan siapa itu kita yang pilih.
Kita nak makan nasi kena ada nasi, kena ada lauk, kena ada pinggan, dan kena basuh tangan. Itu semua rules.Tetapi kita nak makan nasi lemak ke, nasi dagang ke, beriyani kambing ke, nasi mentah ke itu hak kita.
Dalam fotografi pun ada rules bagai yang saya sebut di atas. Tetapi, bapa fotografi moden - Ansel Adams - ada menyatakan begini ; "There are no rules in photography, there are only a good photograph".. amcam bro??
Baiklah. Pada pendapat saya yang langsung tidak legend dalam arena fotografi ini, rules itu hanya panduan yang kita boleh pakai pada sesetengah keadaan. Jika kita letakkan 1 situasi seperti Talent Photoshoot, di manakah kita nak letak rule 'diagonal' atau 'symmetric' jika lokasi yang kita shoot itu tidak ada elemen-elemen tersebut? Begitu juga sebaliknya. Jika kita shoot landscape, kat mana nak cari model angkat ketiak?? Hehehe. Jadi kita tidak boleh atur susun setiap aturan tersebut pada setiap situasi. Ada yang kita boleh guna dan ada yang boleh kita abaikan. Sama macam kita nak pergi pasar beli ikan dengan menaiki kereta. Sebelum kita dapat beli ikan itu, kita kena buka pintu kereta, kita kena start enjin, kena tekan clutch, kena tekan minyak, brek, pusing stereng dan sebagainya. Itu semua 'rules'. Tetapi, laju mana kita nak tekan, jalan mana kita nak masuk, kona mana yang kita nak lipat, itu semua terpulang pada kita. Asalkan kita sampai ke matlamat - IKAN. So, mission accomplished.
Jadi, jangan kita terlalu pening kepala dengan rules. Sampai mati abis kutu atas kepala punya fikir tentang undang-undang fotografi, padahal yang kita pakai hanya satu atau dua perkara. For knowledge, YES!! Boleh praktikkan, tetapi jangan kita bingung menggelabah tak tentu arah bila ada orang komen .. "bro...gambar ko ni tak ikut rules".." "bro.. apesal subject ko letak tengah frame instead of RO3?" Rules made to be broken. But before you break the rules, you have to know what is rules it self. Jangan takut untuk meletakkan subject di tengah-tengah frame. Tak kena saman dengan polis pun. OK??
Berbalik kepada komposisi. Saya ada sertakan beberapa contoh gambar saya sendiri, yang mana mungkin ini memberi panduan dan mungkin juga tidak. Saya sekadar berkongsi, tidak perlu ikut bulat-bulat ke setengah bulat ke, empat segi ke. Kalau nak ikut silakan, kalau tak mahu saya tak marah. Ini cuma persepsi dan perspektif dari mata saya tentang apa yang saya nak dalam setiap hasil kerja saya, terutama dalam landscape photography.
__________________________________________________________________________________
All the best.

Rajah 1.
Lihat gambar di atas. Lupakan dulu soal tona, senget, under atau over. Semua gambar-gambar ini adalah format JPEG yang mentah dari kamera. Belum retouch apa-apa lagi. Kita nak bercerita tentang komposisi. Saya shoot ketiga-tiga keping gambar ini pada tempat yang sama, hari yang sama dan pada kedudukan kamera yang hampir sama. Gambar 1 adalah gambar yang pertama keluar pada screen kamera saya pada sesi tersebut. Perhatikan kedudukan tiang-tiang yang saya nak jadikan subject tu, ia terletak pada bawah garisan horizon. Jadi gambar ini saya reject sebab subject nampak seakan-akan blending dengan background. Kurang memberi impak pada mata saya. Ini membawa maksud subject tidak cukup kuat untuk mendominasikan frame. Pada foreground pula terdapat detail selut yang menarik tetapi juga tidak banyak membantu untuk menghasilkan "wow!!" faktor pada gambar ini. Pangkah terus.
Rajah 2.
Setelah pelekat rokok sebatang (jangan tiru aksi berbahaya ini), saya cuba lagi sekali. Dan saya dapat satu imej yang lebih baik dari yang tadi. Tiang-tiang batu itu mula nampak dominan sebab kedudukan subject tepat pada garisan horizon. Boleh dapat lagi rendah sama level dengan horizon maka lagi bagus. Pada foreground saya cuba dapatkan POI yang mudah, seketul selut yang timbul dari permukaan air. Malangnya ada pulak sampah sarap pada bahagian bawah kanan frame. Manipulate?? Clone?? Maaf saya tak rajin nak buat benda tu.
Rajah 3.
Setelah mencuba beberapa kali, saya mengubah kedudukan kemera dan cuba dari satu sudut yang lain. Saya hanya melangkah setapak ke belakang, rendahkan sudut pandangan dan shoot. Dan saya berpuas hati sebab elemen-elemen yang saya perlukan dah ada dalam frame, elemen yang tidak perlu telah saya buang jauh-jauh. Subject dominan, POI yang menarik pada foreground. Tak perlu saya edit banyak-banyak, tak perlu crop sampai sempit, tak perlu clone itu clone ini. Kerja saya jadi mudah. Proses dalam photoshop semata-mata nak naikkan tona dan warna, tak sampai 5 minit siap.
__________________________________________________________________________________
Rajah 4.
Yang ini saya shoot di Tanjung Dawai, Kedah. Baiklah. Apa yang saya tidak berkenan tentang gambar ini?? Subject ada, subject locating pun ok. Apa yang tak kena?? Sebab, sebelum shoot saya dah gambarkan apa yang saya nak. Saya mahukan sekeping gambar long exposure dengan frame yang luas. Kedudukan subject dah ok bagi saya. Takde pun RO3?? Memang tidak ada sebab saya nak subject itu di tengah-tengah frame untuk dapatkan imej seakan-akan minimalis, ringkas tetapi masih dominan. Jadi, gambar ini tidak cukup wide bagi saya. Reject !!
Rajah 5.
Ini pun kena reject walaupun luasnya dah cukup. Tetapi bahagian atas terlalu kosong dan dull. Tidak perlu saya biarkan tempat kosong free begitu sahaja tanpa ada elemen-elemen yang boleh membangkitkan gambar. Jika pada masa ini ada awan berkepul-kepul, atau ada warna sunset yang cantik, mungkin saya akan terima pakai. Subject pula dah ke tepi sedikit, sedangkan asalnya saya mahu subject di tengah-tengah. Juga ada distraction yang agak jelas pada bahagian kanan frame. Lagi sekali, saya seorang yang malas mahu menggunakan tool dalam photoshop melainkan jika keadaan memaksa.
Rajah 6.
Finally, saya dapat yang ini. Subject pada kedudukan di tengah-tengah frame, bahagian atas tidak nampak terlalu kosong, tetapi frame saya masih luas dengan dominan subject di tengah-tengah. Tanjung yang kelihatan sebelah kiri frame bagi saya tidak terlalu menggangu. Sebelah kanan frame pula masih ada sedikit distract tetapi dapat diseimbangkan dengan tanjung sebelah kiri tu.Terus pasang filter dan shoot. Ya.. ini yang saya nak :).
Adakah saya telah mengaplikasikan segala jenis rules dalam setiap gambar saya? Di mana leading line? Di mana RO3? Di mana diagonal?? Di manakah ketiak itu?? Hehehehe
Harap anda faham tentang isi kandungan entry ini. Sekali lagi saya tegaskan, ini bukan aturan yang perlu anda ikut. Ini sekadar panduan dan rutin yang biasa saya lakukan semasa mengambil gambar panorama indah. Ini cara saya dan mata saya. Tetapi prinsip dan aturan masih saya terapkan. Saya letakkan aturan atau rules itu sebagai principle. Cuma, bagaimana saya hendak mengolahnya terpulang pada diri saya asalkan matlamat saya tercapai. Juga, pasti ada panduan yang lebih berguna dari yang ini. Rajin-rajinlah anda cari, semak dan cuba.
Tentang editing pula, saya tidak mengamalkan editing yang melampau dalam hasil kerja saya sebab saya tak pandai, belum pernah lagi hadiri kursus editing secara formal. Yang ada cuma belajar dengan kawan-kawan atau tengok kat youtube. Dan gambar-gambar saya terhasil dengan satu atau dua exposure sahaja. Tidak lebih dari itu. Jadi jangan bertanya saya tentang HDR, DRI atau Vertorama, terus terang saya belum ada ilmu tentang modul-modul tersebut. Apa yang saya suka lakukan sekarang ini ialah baiki komposisi, komposisi dan komposisi. The key in a good photograph is composition.

Sunday, July 17, 2011
TIDAK RELA MENJADI PELACUR
Assalamualaikum
Panasnya tajuk entry ni.
Pada 16hb Julai yang lepas aku telah mengikuti satu seminar BAGAIMANA MENJADI KAYA DENGAN HOBI & KERJAYA FOTOGRAFI oleh Saiful Nang yang telah berlangsung di Institut Asia Eropah, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun letih. Aku dengan sahabat baik bergerak dari Kepala Batas jam 12 tgh malam, singgah tidur di Sg. Buloh dan jam 7 pagi dah terpacak depan gate UM. Habis seminar jam 6 petang terus tembak balik Penang. Walaupun dia yang banyak pegang stereng tapi aku tetap terasa letih hehehe.
Apa yang aku dapat dari pelaburan RM90 untuk menyertai seminar ini (campur tolak duit minyak, tol dan makan lebih kurang RM200) ????
1. Sebelum ini banyak aku dengar pelbagai tohmahan tentang peribadi dan profession SN nih. Tapi aku tak amik peduli sebab memanglah aku kenal dia secara general tetapi dia bukan kenal aku pun. Tetapi setelah melihat karektor dia dari dekat, tohmahan-tohmahan itu dapat aku buang jauh-jauh. Aku tak rasa dia ini begitu begini bagai yg dicanang musuh-musuhnya. Dia hanyalah seorang ahli perniagaan yang berani, sabar dan setia pada jenama Candid Syndrom. Jadi dia tidak peduli apa orang nak kata. Yang dia tahu, pertahankan Candid Syndrom dan pertahankan tindakan yang baginya tindakan dia itu betul. Mungkin bagi orang lain salah, bagi dia betul. Itu hak masing-masinglah. Segugusan manusia yang hidup dalam satu komuniti memanglah ada pro dan kontra. Tidak ada yang YES semuanya. Normal. SN ni pula ramah, pandai bercakap sebab aku hanya rasa mengantuk sikit2 saja dalam dewan seminar. Biasanya kalau seminar mcm ni memang aku padam pada separuh masa kedua. SN juga pandai bergurau, bijak menjawab soalan dan jawapannya bernas, boleh diterima pakai. Pendek kata aku tak terasa dia ni pelik ke jiwa kacau ke mcm yang dikata orang tu. Tiga tahun lepas aku pernah berborak dengan dia masa grand outing Photoskool kat Zoo Negara. Mungkin dia pun tak ingat aku dah, maklumlah aku ni bukan sapa2 pun. Masa tu aku pun baru lagi pegang kamera ni. Jadi..pada pandangan peribadi aku, SN ni manusia biasa, seorang ahli perniagaan yang bijak mengatur strategi dan.... 'pendek' hehehe. Sorry SN kalau terbaca statement aku nih. Memang patutlah dia kaya sebab strategi dia memang bijak, dia bukan manusia yang suka buat kerja halai balai dan suka membuang masa. Tidak hairanlah jika ramai yang dengki. Cuba kalau dia manusia macam aku, tadak sape pun nak peduli. Lantak ko lah kan bukan merugikan aku pun hehehe. Itulah adat manusia. Baiklah, itu hanyalah pandangan peribadi aku terhadap peribadi SN.
2. Aku tertarik dengan kata SN berbunyi begini, "kita rela melacurkan diri dengan perkara/ kerjaya yanng kita tidak suka".. WOW!! Sungguh, aku amat terasa dengan kata-kata itu. Bukan terasa sebab ayat itu kasar, tetapi sebab aku memang terasa macam sedang berkerja sebagai seorang pelacur. Kerja aku tu memang kerja halal secara rasionalnya. Tidak terbabit dengan benda-benda haram. Tetapi aku berkerja dengan perasaan terpaksa. Maksudnya, aku tidak suka kerja ini tetapi jika aku tidak buat, aku tak dapat makan dan anak bini aku pun tak dapat makan. Jadi, dimanakah keihklasan aku ketika aku sedang berkerja? Dan bagaimana pula dengan keberkatan dari gaji yang aku dapat tu? 10 tahun aku bekerja dalam lapangan logistic. Cuma main tukar company dan tukar skop kerja sahaja. Umpamanya aku bersilat di gelanggang yang sama. Bila aku cuba bersilat di gelanggang yang lain, gelanggang itu masih dalam lapangan yang sama. Mungkin dalam masa 10 tahun itu aku tukar bermain tomoi atau sumo, tetapi aku masih di arena yang sama. Aku memang pandai bersilat, tetapi aku tidak suka bersilat. Jadi aku buat, atau lebih tepat aku terpaksa buat sesuatu yang aku tak berapa suka demi mencari rezeki yang halal.
Kata- kata SN itu membuatkan aku sentap sendiri dan rasa macam nak 'back to the future' demi mencari perkara apakah yang aku suka buat pada waktu itu dan perkara itu boleh menjadi punca pendapatan aku. Ntah.. tiada jawapan specific selain dari main banyak kekekekeke. Kalau sekarang, memang aku tau dah aku suka mengambil gambar. Mungkin aku belum terlewat, tetapi aku dah rugi 10 tahun dalam hidup aku. What the hell.....!!
3. Strategi Pemasaran yang mantap amat penting dalam membina perniagaan. Ini memang umumnya dah tahu. Tapi aku tak terfikir yang SN berani membuat promosi di luar negara tatkala di dalam negara tiada pasangan nak mengawan. Dan langsung tak terlintas dalam kepala hotak ku ini yang SN pergi berbulan madu, ambil gambar itu ini dan dapat jual balik gambar tu kat hotel yang dia stay tu dengan pulangan yang boleh menampung balik kos bulan madu tersebut, malah lebih dari tu. Kemudian pergi honeymoon lagi dan ulang buat benda yang sama. Sangat bijak. Kadangkala, strategi tu memang dah bermain-main dalam kepala kita. Tapi kita malas nak buat. Takat main-main saja. Aku juga pernah terfikir nak hantar gambar kat majalah travel Malayisa & tourisme Malaysia tapi haram tak buat pun. Jadi, lepas ni aku nak buat. InsyaAllah.
4. Tangani musuh dengan bijak. Mereka lempar taik kita lempar bunga. Atau mereka lempar batu kita buat bodoh dah. Bab ni yg susah sebab kita manusia biasa ni ada perasaan geram, marah, dendam, tak puas hati, benci dan meluat. Macam mana nak handle emosi begini dari diekspresikan di khalayak ramai?? Susah ni. Tanpa kesabaran kita pasti terbabas dan khlayak akan menganggap fitnah dan tuduhan yang ditembak musuh itu benar belaka. Jadi aku nak mintak SN buat satu kursus 'BAGAIMANA NAK BUAT BODO DENGAN MUSUH YANG BANGANG" kekekekekkeke...
5. Pengurusan kewangan yang bijak. Yang ini amat mustahak. Tak payah cerita semua dah paham. Kalau belum faham pergilah belajar accounting, atau belajar menabung. Dengan erti kata mudah, pengurusan itu amat penting tidak kira dari konteks kewangan, pengurusan pasukan, pengurusan operasi dan macam-macam lagi perlu terurus. Diri sendiri nak nampak handsome tapi kerja selerak tak guna jugak.
6. Kalau nak jadi yang 'best'...gambar pun kena 'best'. Tiada dolak daliknya lagi. Lupakan dulu soal editing dan manipulating. If you want to be a photographer, be a real photographer. Bijakkan dulu diri kita dalam mengambil gambar sebelum kita nak teruskan dengan manipulasi.
7. Aku lupa dah apa point yang nak input sebab anak-anak aku sedang menggangu traffic otak aku nih. Tak dok diam langsung huhu.
Kesimpulannya, aku amat berpuas hati dengan pelaburan aku itu. Walaupun tidak100% isi kandungan yang clear tapi 90% achieved expectations. Well presentation and tak boring. Terima kasih Saiful Nang. Pada yang belum pernah hadiri kursus macam ni, luaskanlah pandangan. Jangan kita asyik dengan kursus praktikal sahaja. Perkara moral macam ni kena juga diberi perhatian. Kepada yang baru nak belajar, ingatlah. Dunia foto ini sempit. Jangan cepat buruk sangka dan berhasad dengki. Pi mai pi mai kita pasti bertentang mata. Jadikan pengalaman orang-orang lama sebagai panduan. Jangan sombong diri dan jangan berkata sesuatu yang kita tak pasti.
Akhir kata, terima kasih sudi singgah sini. Ampun dan maaf dipinta jika 'gua' ada terlanggar mana-mana pihak :)
Wassalam.
p/s : Thanks to brader Syahrin Ong Abdullah. You r a good wise man bro.. Also thanks to my old mate merangkap cikgu tak rasmi aku saudara Sani Rahman http://blog.arunamaya.net/ yang turut hadir pada seminar ini. Keep in touch bro.
Sunday, July 10, 2011
FENOMENA TANJUNG BUNGA - PANO
Lokasi sama seperti di bawah, compo lebih kurang cuma ini aku print dalam bentuk pano. Sini, banyak batu2 besar. Ombak pulak kuat, jadi aku tak dapat melilau sangat demi keselamatan diri. Shoot landscape seorang diri ni memang ada feel, focus. Tapi kena beringat. Kalau jadi apa2 kat kita orang susah nak kesan. Bahaya tu bang. Jadi, compo ini je lah yang mampu aku buat. Thanks for viewing.
Subscribe to:
Posts (Atom)