Sunday, July 17, 2011
TIDAK RELA MENJADI PELACUR
Assalamualaikum
Panasnya tajuk entry ni.
Pada 16hb Julai yang lepas aku telah mengikuti satu seminar BAGAIMANA MENJADI KAYA DENGAN HOBI & KERJAYA FOTOGRAFI oleh Saiful Nang yang telah berlangsung di Institut Asia Eropah, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun letih. Aku dengan sahabat baik bergerak dari Kepala Batas jam 12 tgh malam, singgah tidur di Sg. Buloh dan jam 7 pagi dah terpacak depan gate UM. Habis seminar jam 6 petang terus tembak balik Penang. Walaupun dia yang banyak pegang stereng tapi aku tetap terasa letih hehehe.
Apa yang aku dapat dari pelaburan RM90 untuk menyertai seminar ini (campur tolak duit minyak, tol dan makan lebih kurang RM200) ????
1. Sebelum ini banyak aku dengar pelbagai tohmahan tentang peribadi dan profession SN nih. Tapi aku tak amik peduli sebab memanglah aku kenal dia secara general tetapi dia bukan kenal aku pun. Tetapi setelah melihat karektor dia dari dekat, tohmahan-tohmahan itu dapat aku buang jauh-jauh. Aku tak rasa dia ini begitu begini bagai yg dicanang musuh-musuhnya. Dia hanyalah seorang ahli perniagaan yang berani, sabar dan setia pada jenama Candid Syndrom. Jadi dia tidak peduli apa orang nak kata. Yang dia tahu, pertahankan Candid Syndrom dan pertahankan tindakan yang baginya tindakan dia itu betul. Mungkin bagi orang lain salah, bagi dia betul. Itu hak masing-masinglah. Segugusan manusia yang hidup dalam satu komuniti memanglah ada pro dan kontra. Tidak ada yang YES semuanya. Normal. SN ni pula ramah, pandai bercakap sebab aku hanya rasa mengantuk sikit2 saja dalam dewan seminar. Biasanya kalau seminar mcm ni memang aku padam pada separuh masa kedua. SN juga pandai bergurau, bijak menjawab soalan dan jawapannya bernas, boleh diterima pakai. Pendek kata aku tak terasa dia ni pelik ke jiwa kacau ke mcm yang dikata orang tu. Tiga tahun lepas aku pernah berborak dengan dia masa grand outing Photoskool kat Zoo Negara. Mungkin dia pun tak ingat aku dah, maklumlah aku ni bukan sapa2 pun. Masa tu aku pun baru lagi pegang kamera ni. Jadi..pada pandangan peribadi aku, SN ni manusia biasa, seorang ahli perniagaan yang bijak mengatur strategi dan.... 'pendek' hehehe. Sorry SN kalau terbaca statement aku nih. Memang patutlah dia kaya sebab strategi dia memang bijak, dia bukan manusia yang suka buat kerja halai balai dan suka membuang masa. Tidak hairanlah jika ramai yang dengki. Cuba kalau dia manusia macam aku, tadak sape pun nak peduli. Lantak ko lah kan bukan merugikan aku pun hehehe. Itulah adat manusia. Baiklah, itu hanyalah pandangan peribadi aku terhadap peribadi SN.
2. Aku tertarik dengan kata SN berbunyi begini, "kita rela melacurkan diri dengan perkara/ kerjaya yanng kita tidak suka".. WOW!! Sungguh, aku amat terasa dengan kata-kata itu. Bukan terasa sebab ayat itu kasar, tetapi sebab aku memang terasa macam sedang berkerja sebagai seorang pelacur. Kerja aku tu memang kerja halal secara rasionalnya. Tidak terbabit dengan benda-benda haram. Tetapi aku berkerja dengan perasaan terpaksa. Maksudnya, aku tidak suka kerja ini tetapi jika aku tidak buat, aku tak dapat makan dan anak bini aku pun tak dapat makan. Jadi, dimanakah keihklasan aku ketika aku sedang berkerja? Dan bagaimana pula dengan keberkatan dari gaji yang aku dapat tu? 10 tahun aku bekerja dalam lapangan logistic. Cuma main tukar company dan tukar skop kerja sahaja. Umpamanya aku bersilat di gelanggang yang sama. Bila aku cuba bersilat di gelanggang yang lain, gelanggang itu masih dalam lapangan yang sama. Mungkin dalam masa 10 tahun itu aku tukar bermain tomoi atau sumo, tetapi aku masih di arena yang sama. Aku memang pandai bersilat, tetapi aku tidak suka bersilat. Jadi aku buat, atau lebih tepat aku terpaksa buat sesuatu yang aku tak berapa suka demi mencari rezeki yang halal.
Kata- kata SN itu membuatkan aku sentap sendiri dan rasa macam nak 'back to the future' demi mencari perkara apakah yang aku suka buat pada waktu itu dan perkara itu boleh menjadi punca pendapatan aku. Ntah.. tiada jawapan specific selain dari main banyak kekekekeke. Kalau sekarang, memang aku tau dah aku suka mengambil gambar. Mungkin aku belum terlewat, tetapi aku dah rugi 10 tahun dalam hidup aku. What the hell.....!!
3. Strategi Pemasaran yang mantap amat penting dalam membina perniagaan. Ini memang umumnya dah tahu. Tapi aku tak terfikir yang SN berani membuat promosi di luar negara tatkala di dalam negara tiada pasangan nak mengawan. Dan langsung tak terlintas dalam kepala hotak ku ini yang SN pergi berbulan madu, ambil gambar itu ini dan dapat jual balik gambar tu kat hotel yang dia stay tu dengan pulangan yang boleh menampung balik kos bulan madu tersebut, malah lebih dari tu. Kemudian pergi honeymoon lagi dan ulang buat benda yang sama. Sangat bijak. Kadangkala, strategi tu memang dah bermain-main dalam kepala kita. Tapi kita malas nak buat. Takat main-main saja. Aku juga pernah terfikir nak hantar gambar kat majalah travel Malayisa & tourisme Malaysia tapi haram tak buat pun. Jadi, lepas ni aku nak buat. InsyaAllah.
4. Tangani musuh dengan bijak. Mereka lempar taik kita lempar bunga. Atau mereka lempar batu kita buat bodoh dah. Bab ni yg susah sebab kita manusia biasa ni ada perasaan geram, marah, dendam, tak puas hati, benci dan meluat. Macam mana nak handle emosi begini dari diekspresikan di khalayak ramai?? Susah ni. Tanpa kesabaran kita pasti terbabas dan khlayak akan menganggap fitnah dan tuduhan yang ditembak musuh itu benar belaka. Jadi aku nak mintak SN buat satu kursus 'BAGAIMANA NAK BUAT BODO DENGAN MUSUH YANG BANGANG" kekekekekkeke...
5. Pengurusan kewangan yang bijak. Yang ini amat mustahak. Tak payah cerita semua dah paham. Kalau belum faham pergilah belajar accounting, atau belajar menabung. Dengan erti kata mudah, pengurusan itu amat penting tidak kira dari konteks kewangan, pengurusan pasukan, pengurusan operasi dan macam-macam lagi perlu terurus. Diri sendiri nak nampak handsome tapi kerja selerak tak guna jugak.
6. Kalau nak jadi yang 'best'...gambar pun kena 'best'. Tiada dolak daliknya lagi. Lupakan dulu soal editing dan manipulating. If you want to be a photographer, be a real photographer. Bijakkan dulu diri kita dalam mengambil gambar sebelum kita nak teruskan dengan manipulasi.
7. Aku lupa dah apa point yang nak input sebab anak-anak aku sedang menggangu traffic otak aku nih. Tak dok diam langsung huhu.
Kesimpulannya, aku amat berpuas hati dengan pelaburan aku itu. Walaupun tidak100% isi kandungan yang clear tapi 90% achieved expectations. Well presentation and tak boring. Terima kasih Saiful Nang. Pada yang belum pernah hadiri kursus macam ni, luaskanlah pandangan. Jangan kita asyik dengan kursus praktikal sahaja. Perkara moral macam ni kena juga diberi perhatian. Kepada yang baru nak belajar, ingatlah. Dunia foto ini sempit. Jangan cepat buruk sangka dan berhasad dengki. Pi mai pi mai kita pasti bertentang mata. Jadikan pengalaman orang-orang lama sebagai panduan. Jangan sombong diri dan jangan berkata sesuatu yang kita tak pasti.
Akhir kata, terima kasih sudi singgah sini. Ampun dan maaf dipinta jika 'gua' ada terlanggar mana-mana pihak :)
Wassalam.
p/s : Thanks to brader Syahrin Ong Abdullah. You r a good wise man bro.. Also thanks to my old mate merangkap cikgu tak rasmi aku saudara Sani Rahman http://blog.arunamaya.net/ yang turut hadir pada seminar ini. Keep in touch bro.
Sunday, July 10, 2011
FENOMENA TANJUNG BUNGA - PANO
Lokasi sama seperti di bawah, compo lebih kurang cuma ini aku print dalam bentuk pano. Sini, banyak batu2 besar. Ombak pulak kuat, jadi aku tak dapat melilau sangat demi keselamatan diri. Shoot landscape seorang diri ni memang ada feel, focus. Tapi kena beringat. Kalau jadi apa2 kat kita orang susah nak kesan. Bahaya tu bang. Jadi, compo ini je lah yang mampu aku buat. Thanks for viewing.
FENOMENA TANJUNG BUNGA - PORTRAIT
Baru-baru ni aku bawa anak bini 'melancong' ke Pulau Pinang, negeri ku jua hehe. Nak pegi tempat lain jauh la pulak. Tak laratlah nak drive. Jadi kami lepak semalam di Naza Hotel, Tanjung Bunga. Bilik Delux 1 king RM180 + breakfast. Ok la kan. Bilik pun luas. Anak2 aku berguling dari hujung sini ke hujung sana. Time breakfast aku melantak cukup2 kekekekeke!! Pada pagi tu pulak ada outing Gelap Pah Gelap Tour Penang anjuran Kelab Karyawan Lensa Negeri Kelantan dengan kolobrasi Penang Flickr. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun aku hanya sempat join sesi sunrise di Jelutong Highway sahaja. Kemudian bersarapan bersama peserta di Kassim Mustafa sebelum aku dan family bawak diri ke Pdg Kota Lama demi menaikkan mood anak2 dengan bermain playpark yang ada kat situ. Ya.. mereka main sampai lencun, Fatih sampai muak keluar susu.
Jam 12 tengahari kami terus ke Tanjung Bunga. Semasa singgah solat Jumaat di Masjid Terapung, aku dah siap menilik port mana yang baik, yang aku boleh celah untuk landscape esok pagi. Memang banyak. Pilih mana mau. Ok, set... esok jam 6 pagi aku nak subuh kat sini dan terus boleh pacak trypod. Lepas abis solat kami gerak ke Hotel utk check in. Ptg tu anak2 mandi kolam dan bergelumang tepi pantai sampai lebam. Ada yang makan pasir, tak lain tak bukan panglima Fatih. Ombak agak ganas kat situ. Aku cuba cari port utk warm up... dapat! Pun begitu hujan mula turun dan tak ada pilihan lain melainkan bungkus kamera dan anak2 balik ke hotel. Dan...hujan itu terus berpanjangan sehingga ke pagi esok. Melepas lagi aku nak shoot Masjid Terapung. Betul, tempat tu bukan jauh sangat. Aku boleh repeat balik anytime. Aku pun dok seberang saja bukan jauh sangat. Masalahnya ialah, aku hanya datang Penang setahun tak sampai 10 kali. Dalam sepuluh tu, 1 pun payah untuk aku lalu di sini. Bukan ada kerja sangat pun kat area ni melainkan passion utk mengambil gambar. Kadang2, kemalasan ku ini telah berjaya menewaskan passion ku huhu... Tak pe, lenkali aku cuba lagi. InsyaAllah...

Monday, July 4, 2011
Friday, July 1, 2011
Tips???
Shoot with digital compaq in 2007.
Ada yang bertanya saya tentang "tips in photography". Saya pun bukan pandai sangat nak bagi tips itu dan ini. Baiklah, sekadar nak berkongsi apa yg saya amalkan sebelum saya tekan shutter yang boleh susut nilai itu. Anda tak perlu ikut bulat2 sebab ini sekadar rutin yg saya lakukan sebelum dan semasa shoot. Mungkin ada orang lain yang amalkan rutin yang lebih baik yang anda rasa sesuai untuk anda follow :). Ikut selera masing-masinglah. Sebab medium photography ni sangat luas. Kalau nak cerita bab tips ni sampai minggu depan pun tak abis.
Pertama sekali sebelum saya turun padang untuk shoot landscape atau portrait, saya akan berfikir dahulu apa yang saya nak shoot. Kalau untuk landscape biasanya saya dah tahu ke mana arah tuju saya, bagaimana rupa lokasi tersebut (kecuali tempat tu saya tak pernah pergi), jika saya nak shoot seascape saya akan tengok dulu jadual pasang surut air laut, cuaca, pergerakan awan (yg ni susah sikit sebab negara kita tak windy mcm negara2 eropah), arah jatuh matahari, arah naik matahari, gambar mcm mana yang saya nak bikin, slow shutter kah, gambar biasa kah, water streaming kah?? Saya berfikir dahulu baru saya turun padang. Kemudian saya shoot. Jika keadaan agak terdesak seperti cuaca tak mengizinkan, kaler tak cantik, matahari tenggelam sebalik awan, baru saya fikirkan alternatif lain. Dan mungkin corak gambar yang saya dah plan awal2 tu akan berubah.
Untuk portrait pula saya hanya shoot muslimah (bertudung dan menutup aurat). Jadi konsep muslimah ini sangat mudah. Hanya perlu jaga lighting dan directing yang ringkas. Nama pun muslimah, suruh model berdiri atau duduk cara muslimah sajalah. Takkan berpakaian muslimah tapi kita nak suruh model duduk terkangkang kangkang, melintuk liuk mcm cacing kena garam. Jadi biarlah hasil kita tu berpadanan dengan tema yang dah kita garap sebelum tu. Muslimah is muslimah, no sexy posture dan sebagainya yang mengundang ghairah.
Ok, sebelum saya tekan shutter, saya akan skodeng sebaik mungkin dalam view finder. Apa yang kena dan apa yang tak kena. Apa yang perlu masuk dalam frame dan apa yang tak perlu. Jika saya mati kutu saya akan shoot dulu kemudian tengok hasil dalam LCD. Masa tu otak saya akan berfikir lagi sambil menggaru-garu kepala. Apa yang perlu saya ubah untuk ummmpphkan lagi shot tersebut. Jika landscape saya akan pelbagaikan angel dan compo. INGAT!! Satu langkah kita ke belakang atau ke hadapan akan mengubah impak pada shot kita tu. Jadi skodeng betul2. Tekankan pada komposisi, perhatikan sampah sarap yg ada dalam frame. Jika tak boleh elak, process saja dalam photoshop, itu kira jalan yang terakhir. Jika boleh, cuba elakkan sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan post processing untuk menghasilkan gambar yang baik. Aksesori tambahan seperti filter ND, GND, CPL banyak membantu dalam landscape photography. Belajar tentang penggunaan aksesori tersebut. Dan jangan lupa gambar mesti sharp. Gambar Slow Shutter dan gambar blurrrr adalah dua perkara yang berbeza. Horizon mesti straight. Jika anda shoot sekeping gambar kemudian declare sebagai gambar landscape, horizon mesti lurus. Jangan senang2 twistkan kesilapan anda dengan berkata blur dan senget itu adalah 'seni'. Itu adalah seni yang sesat.
Untuk portraiture saya akan pastikan model saya cantik (weeeeeeeeeeeee...!!!). Gambar mesti tajam tahap razor blade. Jika OOF, padam terus dari SD/CF, kalau simpan pun buat menyemak je hehe. Lighting mesti lawa. Saya biasa gunakan softbox utk portrait. Lighting akan lebih soft dan cantik. Control ambience guna shutter dan control lighting guna aperture. Fahami betul2 konsep DOF. Understanding exposure (Shutter, Aperture, ISO) and u will get the desired result.
Setting pulak??? Mak aihhh saya dah letih menaip. Ada orang suka bertanya tiap kali kawan2 up gambar kat FB - "bang, bleh bagi exiff??" Common kan.!!! Baiklah. Jika anda bermain dengan flash, memang ada setting tertentu untuk keadaan tertentu. Contoh - Indoor kita pakai shutter 1/160, Aperture F4, ISO 400. Itu salah satu. Sebenarnya kita tetap kena try and error dulu sebelum real shoot. Test dulu setting apa yang sesuai untuk keadaan tersebut. Untuk outdoor pun begitu. Jika anda shoot tanpa flash dan bergantung pada meter kamera semata2... please jangan tanya "settiing ape bang??" bila gambar keluar kat FB. Kalau anda ada bersama tuan punya gambar masa dia shoot gambar tu boleh la anda tanya soalan begitu. Sebabnya... Jika beliau (aku like la ayat beliau nih ) bagi setting seperti shutter 1/2000 , Aperture F5, IS0 100, esoknya anda pergi shoot di tempat yg sama dan pada jam yang sama, setting tersebut akan berubah. Mungkin hampir sama tetapi untuk dapat exposure yang betul2 sama tu agak payah. Sebab cahaya ambience tidak konsisten. Dalam 1 saat meter kamera anda takkan duduk diam. Tak percaya?? Kalau tak percaya tandanya anda kena belajar banyak lagi (sila belek buku manual). Jadi, fahamkan betul2 tentang exposure triangle. Anda faham yang itu, kerja anda jadi mudah. Tak perlu tanya setting kat kengkawan pun.
Untuk slow shutter / long exposure / filters?? Lainkali kita sembang. Saya mahu tidur.
Sekian, terima kasih
Salam sayangn dari Abamjiwa :p

Subscribe to:
Posts (Atom)