Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Monday, March 28, 2011

Rezeki emas di pagi hari..


Ayah aku cakap, salah satu sifat orang yg berjaya dalam hidup ialah bangun awal pagi. Sebab rezeki selepas subuh itu sangat luas. Wallahua'alam. Tapi itu yang aku cuba praktikkan. Dan sejak aku memasuki alam pekerjaan tambah2 lepas dah kawin ni, aku takkan terlajak tidur sampai jam 9.00 pagi. Biarpun malam tu aku tidur jam 3.00 pagi,  jam 7 aku mesti dah bangun dari tempat tidur. Hari2 biasa aku bangun paling lewat jam 6.30 pagi. Hari cuti pun sama. Sebabnya aku rasa amat rugi kalau bangun lewat2 ni. Tak boleh nak kecapi keindahan dan kedinginan pagi. Dan banyak benda kita boleh buat dalam hari tu. Masa tak terbuang begitu saja. Betul la...masa tu itu emas. Tak kira aku akan berjaya atau tidak, bangun awal pagi dah menjadi rutin harianku... dan aku suka dengan cara hidupku...cheers :) 

No comments:

Post a Comment