Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Saturday, March 26, 2011

1 chance that i have to say 'goodbye'

Tadi pagi aku dapat msg ni kat FB..

"en adi....saya sipulan binti sipulan, pensyarah kolej komuniti...igt lagi tak? penah jumpa dulu di hotel naza, penang dgn pn hanida...saya nk wat kursus fotografi...berminat tak nk jadi cikgu nya? peserta dikalangan staf kolej jgak...cadangan tarikh 6-7/4 nie...kalu berminat contact saya : 0191234567... bayaran nanti saya bagitau.. "

Aku terkedu sekejap. Garu2 kepala yang tak gatal. Nak korek hidung rasanya pagi tadi aku dah korek abis, bersih masa dalam jamban..

Peluang ni. Tapi peluang untuk apa? Peluang untuk memajukan diri? Peluang untuk menglamerkan diri? Atau peluang untuk memalukan diri sendiri... salah satu antara 3 kemungkinan ini mungkin menjadi kenyataan.
Aku belajar foto baru 4 tahun. Dan istilah grey scale pun aku masih tak paham so macam mana aku nak jadi cikgu? Editing pulak alahaiii, main tekan2 ikut sedap jari nih. Nanti kalau participent tanya "Encik Abam, kenapa aperture diberikan nombor 1.4, 1.8 2.8 3.5 5.6...kenapa tidak ada 1.5, 1.9 2.5 3.1 ...apa aku nak jawab???? Mau tergagap meleleh air liur sampai ke lutut.

Ya, aku paham kenapa nombor aperture  mcm tu, tapi aku paham utk diri aku ja, bukan utk aku expresskan pada khalayak. Jadi setelah 1 jam garu kepala aku mengambil keputusan untuk menghubungi pensyarah tersebut dan maklumkan bahawa aku tak boleh cuti pada tarikh yang dia nak buat class tu. Padahal aku yang tak reti mengajar hihihi. Sebagai alternatif, aku akan cuba dapatkan seorang sahabat yang aku rasa lebih professional dan berpengalaman untuk grab peluang ni. Kalau dilepaskan begitu saja pun tak elok jugak. Lepas ni orang tak sudi dah. Jadi lebih baik bagi kat kawan. Sapa kawan tu?? Sekejap lagi aku akan call dia.

This is the 1st time i've been invited to be a tutor in photography class. Aku taktau apa requirement yang diorang nak sebab aku sendiri tak pernah dapat pendidikan secara formal. Itu pun aku dah bagitau awai2 aku tidak mempunyai apa2 cert untuk membuktikan bahawa aku adalah professional photographer ataupun sekurang kurangnya seorang jurugambar yang berkaliber.. langsung tak ada. Yang aku ada hanyalah gambar2 di facebook dan blog.. Itulah sijil aku. Tahap apakah sijil2 aku tu? SRP? SPM? degree? Master? PhD?? Korang nilailah sendiri....

Jadi, aku terpaksa lepaskan peluang ni, bukan tak yakin pada diri sendiri. Tapi masih belum bersedia...

Kool....

No comments:

Post a Comment