Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Sunday, October 30, 2011

PHOTO OUTING SIRI KE 3 ART OF NATURE.


Assalamualaikum.

Pada 29hb Oktober yang lalu telah berlangsung program Outing Art Of Nature untuk kali ke 3 dalam tahun ni. Jadi matlamat saya untuk melaksanakan 3 outing dalam masa setahun telah tercapai. Terima kasih sahabat taulan terutamanya pasukan Admin AON yang turut membantu menjayakan outing ini. Juga kepada isteri tercinta yang menyokong minat seorang suami, dan membantu menyediakan bihun singapore yang sedap untuk santapan kami di air terjun Titi Hayun, Yan, Kedah.

Outing ini saya anggap lebih berjaya dari outing yang lalu sebab, pertamanya peserta mencecah sehingga 22 orang. Saya masih ingat, program serupa yang pertama pada bulan Mei yang lalu hanya di hadiri 12 orang peserta. Yang kedua pun lebih kurang begitu. Bagi saya jumlah itu sudah memadai sebab outing ini berkonsepkan landskap. Bukan street. Jadi jika  terlalu ramai peserta, susah nak buat gambar dan input pun tak berapa padat.

Perkara kedua yang membezakan outing ini dengan outing yang lalu ialah, saya lihat ramai peserta yang pertama kali join outing sebegini lebih berani bertanya dan menunjukkan minat yg mendalam dalam cabang landskap fotografi. mereka tidak malu bertanya. Itu satu petunjuk yang bagus.

Perkara ketiga ialah, berbanding dengan outing yang lalu, kali ini selepas tamatnya sesi outdoor, kami tidak terus membawa haluan masing-masing. Tetapi kami terus mengadakan sesi TT (Teh Tarik) untuk review balik apa yang telah kami usahakan. Peserta-peserta berani menunjukkan gambar yang mereka shoot sebentar tadi untuk komen dan kritikan. Alhamdulillah, saya gembira melihat perkembangan ini.

Dengan bimbingan mereka yang lebih berpengalaman seperti Keris Tuah, Azrie Nasrie, Rahim Al-Kajai, Hazwan Hussein, outing ini benar-benar memberikan input untuk mereka yang memerlukan ilmu. Jadi, matlamat saya tercapai.

InsyaAllah, program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan. Kali ini, akan lebih meriah dan perkongsian ilmu akan lebih mantap.

Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang hadir dalam program ini. Berjumpa lagi di masa hadapan.

Kepada yang belum mengenali kami, boleh lawati group kami di Muka Buku: ART OF NATURE

Salam sayang.

Abamjiwa



No comments:

Post a Comment