Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Wednesday, October 26, 2011

TRAGEDI PASIR PANJANG


Assalamualaikum.

Bulan lepas, aku dan seorang sahabat, Saiful Fahimie telah ke Balik Pulau, Penang. Kami dah plan sehari sebelum tu untuk cuba mencari hasil di Pantai Malindo. Tengahari tu cuaca sangat elok, langit nampak biru walaupun ada lapisan awan degil di bawah atmosfera. Boleh la nak syok2 lepaskan gian. Tetapi, elok kami gerak keluar dari pejabat, langit Penang tiba-tiba jadi kelam, kelabu dan hampir hitam. Dengan menyangkakan bahawa itu hanya fenomena mendung yang biasa kami teruskan perjalanan ke Balik Pulau. Yang sangat tak bestnya ialah keadaan kelam itu makin tebal sejak kami memasuki Penang Bridge dan semakin gelap ketika kami "drift" naik bukit Relau. Tak sampai setengah jam cuaca berubah secara drastik. Rupanya itu bukan mendung, tetapi jerebu yang teruk hasil dari pembakaran hutan di Indonesia. Adoiiii.. what the F la depa ni. Tiap-tiap tahun hutan tebakaq. Tak apalah, dah nasib tak menyebelahi kami.

Tapi sampai jugak la ke pantai Malindo demi nak melepaskan geram. Sah-sah lagi kelam. Tengok dengan mata kasar pun nampak warna hitam putih ja. Air pulak surut sampai nampak selut. So, nak buat apa ni??? Minyak dah lebur dua puluh ringgit. Tol tujuh ringgit.. pekena mee udang pulak kat situ dah sepuluh ringgit. Modal dah keluar tapi tak ada hasil . Itulah susah payahnya seorang jurugambar bebas macam kami mencari bahan untuk dikongsi dengan masyarakat. Sedih kan?? Huhu..

Setelah tak larat nak garu kepala dan membebel tentang cuaca, kami mengambil keputusan untuk ke Pantai Pasir Panjang terletak kira-kira 10 kilometer dari Pantai Malindo. Kami tiba di lokasi ke dua dah dekat jam 7 malam. Ertinya kami hanya ada tak sampai setengah jam untuk mencari bahan. Nak punggah gear lagi, nak pacak tripod nak kompo nak itu nak ini, hilang lagi 15 minit. Tepat jam 7.05 malam kamera kami pun berderap-deraplah bunyinya. Aku bertenggek atas batu yang agak tinggi, Saiful turun ke batu di gigi air. Aku tengok dia makin lama makin jauh ke bawah. Hati dah rasa tak sedap sebab hari beransur gelap. Masa tu hanya kami berdua yang berada di lokasi itu. Pak guard Kem BTN berdekatan hanya memerhatikan kami dari jauh. Belakang aku pulak masa tu hanya ada semak samun dan ranting-ranting kering. Sekali sekala aku menoleh dan meninjau ke dalam hutan tu, kot ada ular ke gajah ke dok skodeng kami berkerja. Tengah menembak telefon aku berbunyi, Salleh Studio call. Tak puas hati dia sebab aku ke sana tak info kat dia hahaha. Sorry bro, working day macam tu memang aku tak ada niat nak kacau hangpa.

Salleh berpesan supaya berhati-hati sebab kawasan tu merbahaya. Katanya lagi, pada hari Raya lepas, sepupu pada isteri dia dan seorang budak telah mati lemas di lokasi yang kami duduk tu. Sebabnya air kat situ sangat dalam dan ombaknya kuat. Terima kasih Salleh sebab tolong beri peringatan. Selepas bersembang hu ha hu ha dengan Salleh, aku terus ajak Saiful packing barang. Jam dah menunjukkan 7.25 malam. Seram wehh... kalau jadi apa-apa kat kami masa tu memang tak ada siapa nak tolong.

Alhamdulillah semua selamat, dan kami pulang dengan hasil yang tak seberapa sebab shoot dalam keadaan kelam kabut. Gambarnya seperti di atas. Ini kali ke tiga kunjungan saya ke sini. Kali pertama, saya bawa isteri dan anak-anak saya. Masa tu ribut kuat. Anak saya yang kurus melengking tu hampir nak melayang di tiup angin. Kunjungan ke dua, outing bersama kawan-kawan photog. - 1st attempt.

Untuk pengetahuan anda yang masih belum tahu, di lokasi inilah berlakunya tragedi Tsunami pada Desember 2004 yang meragut nyawa 5 sekeluarga. Laporannya ada di sini .

Sungguh, jika dilihat dalam keadaan normal pun, pantai ini nampak menggerunkan. Kawasan yang kita sangka cetek dekat dengan gigi air tu sebenarnya dalam. Warnanya hijau gelap seperti yang anda lihat dalam gambar di atas. Jadi, jika anda ada niat mahu berkelah atau melakukan sebarang aktiviti di sini, silalah beringat dan perhatikan pergerakan anak-anak anda. Malang boleh menimpa bila-bila masa. Semoga pantai ini tidak terus mecipta tragedi di masa akan datang.

Sekian.

Abamjiwa

No comments:

Post a Comment