Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Monday, July 25, 2011

OMERTA

Salam ukhwah.

Tiada yang best untuk entry kali ni sebab kepala hotak aku  tengah jem. Dan mood untuk tidur berada pada carta yang sangat tinggi. Tunggulah entry berikutnya esok hari.

Btw, ini gambar aku dengan kawan-kawan kampung. Persahabatan kami terjalin sejak kami pakai kain lampin lagi. Sampai sekarang masih teguh walaupun kadang-kadang tu ada bertikam lidah dan bertumbuk terajang. Cabaran-cabaran itu lebih mematangkan dan mendewasakan kami. Pada usia yang makin tua ( aku kira dah tua la mcm ni ).. persahabatan kami makin utuh. Dulu, kami budak 'baik'... sekarang kami bukan budak lagi tapi kami masih yang terbaik :)

Setting untuk gambar ni seperti berikut:

Exposure 1/200
F8
ISO200
SB700 + SB800 naked

watak dari kiri:

CEK - dongganya dia ni. Manusia yg sangat cerewet, berani dan kaya. Dalam ramai-ramai dia yang paling kaya sebab boleh pakai BMW 5s. Dah kahwin, bahagia bersama isteri dan seorang anak perempuan yang comel.

JAN - Dulu dia kecik sikit dari aku tapi sekarang dah kecik banyak sebab rajin kayuh basikal. Bujang lagi, sapa mau sila tempah sekarang.

CHE EMBI a.k.a. KAKA: Tak pernah lagi aku jumpa nama gangster macam ni. Manja semacam wakakak. Dah kahwin, bahagia bersama seorang isteri dan 3 orang anak. Dalam group ini dia yang paling awal kahwin. maklumlah kecik-kecik dulu gatal nak mamposss.

MIJAN: Yang paling ganas dan hati kering. Tapi dalam hati ada taman. Photographer macam aku jugak tapi sekadar suka-suka. Ntah gambar apa yang dia shoot aku pun taktau. Bahagia bersama seorang isteri dan seorang anak lelaki yang ensem.

MID a.k.a ABAMJIWA: Depa panggil aku MID sempena nama ayah aku. Semua ni adalah anak murid ayah aku masa mengaji kat kampung dulu kecuali MIJAN. Jadi demi menghargai jasa dan ilmu dari ayah aku, depa panggil aku MID. Bahagia bersama seorang isteri dan 3 orang anak, coming soon yang nombor 4 bulan 11 ni insyaAllah.

BEN a.k.a. APEK: Jangan salah sangka dia cina. Dia memang melayu tulen tapi mungkin ada gen cina dari datuk nenek moyang dia dulu. Yang ni lah yang paling close dengan aku. Bujang, ensem dan pemalu. Tapi sangat ganas... hehe

Asal kami dari kampung Bagan Dalam, Butterworth. Disitulah kami bergelumang dari kecil sampai besar. Dan sekarang hanya tinggal BEN seorang yang masih di kampung tu. Yang lain dah bawa diri tapi bukanlah jauh-jauh pun. Kami masih berjumpa jika ada hal tertentu. Jadi, jika ada apa-apa yang berlaku pada aku, selain dari ahli keluarga, mereka inilah yang akan turun dulu. We are brothers hingga ke hujung nyawa.



Terima kasih

Salam sayang..Abamjiwa..:))))

4 comments:

  1. respect bro, respect .
    ini yg dikatakan sahabat yang tiada apa2 kepentingan, hanya ikatan ukhuwah yang dititikberatkan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Wow! my hubby mmg suka kan seni..apa kata jika ada kesempatan cuba garapkan semua entry ni untuk jadikan plot dalam tulisan yang masih tertangguh dulu..u got talent dear..hasil penulisan dan juga seni(walaupun kurang tahu tentang exposure, lighting and so on cuma tahu mengkritik jer..heee ) boleh juga jalan seiring InsyaAllah.. :)

    All the best dear.. Always support and be with you..

    ReplyDelete
  3. Nazri Ahmad..kalaulah semua photographer Melayu boleh terapkan nilai persahabatan mcm ni.. gua cnfirm tak akan jadi pecah belah mcm sekarang

    Anonymous.. thanks sayang. Thanks to be so supportive. bukanb senang wo nak garap balik. jenuh kutip hoho

    ReplyDelete