Showing posts with label Portraiture. Show all posts
Showing posts with label Portraiture. Show all posts
Thursday, September 1, 2011
RINDU SEORANG AYAH
Ayah
Nukilan hatimu terlukis di wajah
Engkau tidak seperti dahulu
Bijak sembunyikan hati yang luka dan rindu
Lukamu mengalirkan darah kasih dan sayang
Sukamu mengundang sakit dalam senyuman
Tuamu menjunjung berjuta kepedihan
Ayah
Lopak dan genang di tirai matamu
Selepas gerimis menyimbah kalbumu
Bagai ribut yang menghentam hatiku
Umpama beliung merobek jiwaku
Ayah
Aku tahu, masamu kian suntuk
Begitu jua masa-masa yang ada padaku
Itulah janji Tuhan pada makhluk
Janji yang pasti tiba tanpa kira waktu
Ayah
Usahlah berduka lagi
Lukamu yang lama tak termampu aku rawati
Hingga gempita berkumandang di langit nanti
Tiada dayaku membalas budi
Ayah
Kutitip warkah ini dengan linangan dari mataku
Jantungku bagai dipulas
Perasaanku bagai diramas
Dosa-dosaku bak belati menikam diri
Ayah
Bimbinganmu tak mungkin ku lupa
Selagi hayat dan jiwa ini tidak gila
Aku junjung cinta dan budimu
Aku kendong kasih sayangmu
Aku dayung perahu doamu
Aku dakap bekal ilmumu
Aku cium berkat lelahmu
Aku minum air tanganmu
AMPUNKANLAH AKU
MAAFKANLAH ANAKMU INI
HALALKANLAH TITIK PELUH DAN AIR MATAMU
Jika ditakdirkan Ayah pergi dulu
Aku doakan Ayah bersedia
Aku doakan Ayah bahagia
Aku doakan Ayah menantiku di pintu syurga
Jika aku yang pergi dulu
Ayah doakanlah aku
Ayah talkinkanlah aku
Ayah taburkanlah pasir dipusaraku
Kerana rindu ini pasti ada
Baik di sini atau di sana
Rindu yang paling ulung dalam sejarah seorang manusia
Adalah rindu seorang ayah pada anaknya.
ABAMJIWA AL-HADI
Monday, July 25, 2011
BUKAN KAWAN..TAPI SAHABAT
Rentetan dari entry tadi..
1994 kami baru habis SPM. Namun kami berkawan sejak dari sebelum darjah 1. Lama tak lama korang pikirlah sendiri hehe. Gambar 1994 tu kami baru nak naik keretapi, nak menuju ke KL demi melampiaskan nafsu remaja yang baru habis SPM. Sebelum gambar ini diambil, ada satu peristiwa hitam yang hampir-hampir membuatkan kami tegolek beramai-ramai di stesen KTM itu, hehe. Alhamdulillah, kami masih hidup sihat walafiat. Yang tidak ada dalam gambar 2011 hanya seorang, saudara Joe yang kini berada di Cyberjaya. Dia tak balik masa sesi photoshoot ini berlangsung.
Thanks for viewing

OMERTA
Salam ukhwah.
Tiada yang best untuk entry kali ni sebab kepala hotak aku tengah jem. Dan mood untuk tidur berada pada carta yang sangat tinggi. Tunggulah entry berikutnya esok hari.
Btw, ini gambar aku dengan kawan-kawan kampung. Persahabatan kami terjalin sejak kami pakai kain lampin lagi. Sampai sekarang masih teguh walaupun kadang-kadang tu ada bertikam lidah dan bertumbuk terajang. Cabaran-cabaran itu lebih mematangkan dan mendewasakan kami. Pada usia yang makin tua ( aku kira dah tua la mcm ni ).. persahabatan kami makin utuh. Dulu, kami budak 'baik'... sekarang kami bukan budak lagi tapi kami masih yang terbaik :)
Setting untuk gambar ni seperti berikut:
Exposure 1/200
F8
ISO200
SB700 + SB800 naked
watak dari kiri:
CEK - dongganya dia ni. Manusia yg sangat cerewet, berani dan kaya. Dalam ramai-ramai dia yang paling kaya sebab boleh pakai BMW 5s. Dah kahwin, bahagia bersama isteri dan seorang anak perempuan yang comel.
JAN - Dulu dia kecik sikit dari aku tapi sekarang dah kecik banyak sebab rajin kayuh basikal. Bujang lagi, sapa mau sila tempah sekarang.
CHE EMBI a.k.a. KAKA: Tak pernah lagi aku jumpa nama gangster macam ni. Manja semacam wakakak. Dah kahwin, bahagia bersama seorang isteri dan 3 orang anak. Dalam group ini dia yang paling awal kahwin. maklumlah kecik-kecik dulu gatal nak mamposss.
MIJAN: Yang paling ganas dan hati kering. Tapi dalam hati ada taman. Photographer macam aku jugak tapi sekadar suka-suka. Ntah gambar apa yang dia shoot aku pun taktau. Bahagia bersama seorang isteri dan seorang anak lelaki yang ensem.
MID a.k.a ABAMJIWA: Depa panggil aku MID sempena nama ayah aku. Semua ni adalah anak murid ayah aku masa mengaji kat kampung dulu kecuali MIJAN. Jadi demi menghargai jasa dan ilmu dari ayah aku, depa panggil aku MID. Bahagia bersama seorang isteri dan 3 orang anak, coming soon yang nombor 4 bulan 11 ni insyaAllah.
BEN a.k.a. APEK: Jangan salah sangka dia cina. Dia memang melayu tulen tapi mungkin ada gen cina dari datuk nenek moyang dia dulu. Yang ni lah yang paling close dengan aku. Bujang, ensem dan pemalu. Tapi sangat ganas... hehe
Asal kami dari kampung Bagan Dalam, Butterworth. Disitulah kami bergelumang dari kecil sampai besar. Dan sekarang hanya tinggal BEN seorang yang masih di kampung tu. Yang lain dah bawa diri tapi bukanlah jauh-jauh pun. Kami masih berjumpa jika ada hal tertentu. Jadi, jika ada apa-apa yang berlaku pada aku, selain dari ahli keluarga, mereka inilah yang akan turun dulu. We are brothers hingga ke hujung nyawa.
Terima kasih
Salam sayang..Abamjiwa..:))))

Monday, July 4, 2011
Sunday, June 26, 2011
GREEN SCHA
MUSLIMAH CONCEPTUAL PHOTOSHOOT
PHOTO : ABAMJIWA
PHOTO : ABAMJIWA
TALENT : GREEN SCHA
MUA : PENYULAWA
MUA : PENYULAWA
Lately, blog aku dilungguk dengan gambar2 model/talent. Why?? Sebab aku tengah dalam mood nak shoot talent.. thats why! Hehehe
MUSLIMAH CONCEPTUAL PHOTOSHOOT
Muslimah Conceptual Photoshoot for Sheila Bridal & Resources
June 25th 2011
Metropolitan Park, Penang.
Photo : Abamjiwa Al-Hadi
MUA : Syafwani Othman
Talent : Nor Alnizan Sulaiman
Wardrob : Butik Aludra
Saturday, June 25, 2011
NOR ALNIZAN SULAIMAN
Muslimah Conceptual Photoshoot for Sheila Bridal & Resources
June 25th 2011
Metropolitan Park, Penang.
Photo : Abamjiwa Al-Hadi
MUA : Syafwani Othman
Talent : Nor Alnizan Sulaiman
Wardrob : Selendang Studio
Look At Her
Just love the dimples :) Lawa kan lesung pipit talent ni?! Hehe
Dah hampir 2 bulan rasanya aku tak bertenggek terbongkok2 tepi laut. Serious aku tengah mati kutu. Satu, sebab aku sibuk sangat. Kedua sebab aku dah boring dengan landscape kat sini. Kalau boleh nak jugak berkerja di luar Penang. Banyak lagi tempat kena jelajah ni especially Pantai Timur. Tapi aku sibuk arrrggghhhhh!!! Shoot talent je lah. Janji shoot... :p

Tuesday, June 21, 2011
Meniru atau Berguru???
Dalam photography ni ramai yg sering bercakap begini .. "aku nak bina identiti sendiri, cara aku sendiri, stlye aku sendiri. Aku tak mahu meniru style dan idea orang lain.." Hebatkan ???
Kes 1.
Baiklah, merujuk kepada gambar di atas yg saya shoot ketika berguru dengan seorang sahabat yang sedap sekali namanya...Ayarx Oren!! Masa shoot talent comel bernama Izyati ni, saya tiru sebijik apa yg Ayarx Oren buat. Saya, lihat saya observed, saya tanya, saya shoot dan saya tunjuk kat dia. Dalam sesi talent photoshoot yg lain walaupun tanpa kehadiran Ayarx Oren, saya masih praktikkan apa yg dia sampaikan pada saya. Jadi, compo, teknik dan sebagainya lebih kurang sama, talent je yg lain. Adakah ini bermakna saya telah meniru dia??
Kes 2.
Saya banyak merujuk pada gambar2 senior dan professional untuk menghasilkan sekeping gambar landscape yang baik. Antara sumber yang menjadi rujukan saya ialah Warnaiman Azizi, Fairuz Frz, Nazarudin Wijee, Engku Li, Kabir Malek, Keris Tuah, Yaman Ibrahim, Cole Thompson, Michael Levin, Andy Mumford dan ramai lagi. Walaupun saya tidak berada pada lokasi yang sama semasa mereka shoot, dan antara mereka ada yang langsung saya tak pernah bersua secara 'live', tetapi saya cuba sedaya upaya menggunakan segala jenis teknik yang biasa mereka pakai dari aspek compo hingga setting dan teknikal. Adakah ini juga dikira meniru???
Baiklah... saya pernah 'chit chat' (wow, lamanya tak guna ayat tu hehe) dengan seorang junior yang secara kebetulan saya add di Facebook. Dia mengajukan berbagai soalan yang saya jenuh nak menjawab. Tetapi soalan2 itu lebih berbentuk general, tidak terlalu specific. Bagus.. nampak sangat beliau ada kemahuan. darah muda pulak tu semangat memang berkobar2.. kalau ajak perang pun sanggup ni. Beliau minta saya komen gambar2 beliau. Pada mulanya saya segan, saya pun bukan pandai sangat nak komen dan kritik nih. Saya pun masih merangkak belajar. Disebabkan tidak mahu mengecewakan hamba Allah ni, saya minta dia bagi link gambar2 yg dia nak saya komen. Fine, saya pun komen apa yg patut. Perkara biasa, compo, exposure dan sebagainya. Katanya baru setahun main kamera. Takpe, ada orang baru 6 bulan main kamera dah boleh buat gambar. Sekarang ni banyak tempat kita boleh belajar. Free pulak tu.
Saya tanya pada junior tersebut, " ko berguru dgn sape?"
Katanya dia hanya ada seorang guru iaitu si polan ( saya tak tau apa nama ayah polan ni jadi takde la "bin si polan"). Saya pun kenal mahaguru dia tu, dulu saya pernah add kemudian saya removed sebab baru setahun main kamera dah pandai amik gambar bogel.. ini bukan gambar ayam bogel tapi orang bogel. saya jadi geram. Patutlah si junior ni pun terdorong ke arah tu. Sampaikan gambar talent umor 45, pakai singkat dedah 'tits' pun dia sanggup shoot. Talent at age 45 beb... bukan 25. Bak kata sahabatku Nazri Ahmad the Image "OOOOEMMMJIIII"... what the F*** with u all??? Dah desperate sangatkah?? Salahkah shoot gambar mcm tu?? Jawapannya sila baca bawah...
Dari aspek photography memang dah ada kehancurannya sebab compo halai balai dan lighting ke laut. Dari aspek moral takmau kira ke? Kalau Fiona Lim ke, Louis Pang ke, Dave Hill ke shoot begitu lantaklah. Tapi kita yang berbangsa Melayu beranak di sebuah rumah kecil kat belakang Masjid Kampung Dodol, Malaysia ni apa jadahnya perlu shoot begitu?
Saya tidak komen isu2 sensetif begini pada beliau, sebab awal2 lagi beliau dah mcm bagi hint seolah2 "jgn interfere dgn style aku!!!"
Dengan lantangnya beliau bersuara bahawa beliau mahu membina identiti sendiri, takmau tiru style org lain. Sebab tu guru beliau sorang saja iaitu 'makhluk' tersebut. Bila saya cadangkan nama2 seperti KB, Kabir Malek, Didiz dan sebagainya beliau lagilah lantang bahawa beliau tidak mahu tiru style dewa2 photo tersebut.. Beliau tetap mahukan cara tersendiri. Fine..
Soalan final saya kepada beliau berbunyi begini..
"Abis, yang ko ikut shoot gambar dedah2 dengan masta sifu ko tu apehal?? Bukan meniru ke namanya tu??"
Hehe..
Dia diam dan terus bertawaduk sebentar. Saya terus basuh dia begitu dan begini demi untuk mempertahankan maruah photography Melayu. Dia terus diam berjuta bahasa.
Come on guys. Setahun dalam photography dah nak bina identiti??? Yes u can, but please understand the photography it self. Saya rasa, nak faham discipline dlm photography pun makan masa bertahun. Bukan kerja mudah bang. Bukan semudah menanggalkan kain pelikat dari badan. Luaskan pandangan. Jangan duduk di bawah tempurung, jangan berada di takuk lama. Kalau dah boleh shoot gambar model sexy sekeping dua yg blurr dah kira anda dan naik setakuk lagi ke??? Anda kira anda ada guru yang sempoi gila boleh makan puji dan boleh ajak shoot tiap minggu, anda dah boleh bina identitikah??
Tolonglah, please put away that such of thinking from your mind. Pergi berguru, kalau tak mampu pun belajarlah kat internet, buku, majalah dan sebagainya. Jangan tipulah kalau kata tak mampu nak layan internet. Beli kamera 3 4 ribu boleh, nak beli PC cap reban ayam dan broadband tahap berok pun takleh ke?? Abis tu gambar2 yang dah shoot tu view dan edit dalam kamera je ke?? Kata terer editing. Caitt..
Ni satu hal lagi, ayat mcm ni selalu keluar ..
"aku pandai edit ja, kalau masa shoot mmg tak terer".. Deeeyyyy yennaadeyyy...!!
Abis tu yang ko boh profile ko "PHOTOGRAPHER TERHENSEM ABAD INI" tu buat pa wehh?? Bila bagi nasihat, even Dave Hill pun akan pastikan compo dan lighting cun masa shooting, dia jawab mcm ni ." saya takmau tiru style dorang bang"
woiiiiii..... aku penampaq naya ja.
Ni bukan masalah tiru.. ini masalah ko takmau belajar yg asas tapi terus nak jadi professional dengan certification yang sesat.. apa daa..!!
Kesimpulannya, luaskan pandangan. Tak semestinya luaskan pandangan tu kita kena buat kelainan dgn shoot gambar bogel kemudian up kat FB dan jaja sana sini supaya orang kata kita hebat.Kalau betul kita hebat tahap Hafiz Ismail ke, Amri Ginang ke, shoot la gambar kambing tengah toron pun memang kita dah hebat. Ini kita nak hebat dengan cara mudah. Mcm penyanyi dan pelakon zaman sekarang. Suara mcm biri-biri tapi lawa punya pasal boleh jadi top artits. Demm,.....!!!
Letih dah aku menaip kat sini. Rasanya inilah entry aku yang paling panjang sejak blog ini wujud. Ini berlaku kerana aku geram. Aku bagai seorang budak sekolah yang tahu jawapan yg ditanya cikgu tetapi aku takleh bersuara sebab tangan aku diikat dan mulutku ditekup dengan kain dan dipaksa berdiri atas meja. Kalau aku bersuara mungkin akan menimbulkan kontrovesi sebab ramai photographer professional melayu dalam Malaysia ni yang shoot gambar2 nude. Point aku bukan soal gambar nude, tetapi soal beli kamera semata2 nak shoot gambar nude supaya cepat jadi hebat. Psycho!!!
Mungkin ada yang tidak bepuas hati dengan kata2 aku ini jadi aku tidak meramaikannya di FB. Biarlah di sini saja memandangkan aku sorang je yang rajin masuk blog ni hehe..
Thanks to visitors dan sahabat2 yang sudi singgah. InsyaAllah kita sambung lagi. All the best to all of us...
:)
P/s: Aku bermula dengan "saya/beliau" sebab mood aku ok.. Aku akhiri dengan "aku/ko" sebab mood aku dah hilang dan aku tgh geram ...
Monday, June 20, 2011
Sunday, June 19, 2011
Talent Photoshoot - To gain my mood
Setelah selesai job di Pengkalan Hulu, aku jadi macam takde mood nak pegang kamera. D7000 tu aku simpan terus dalam drybox. Mood aku hilang entah ke mana. Untuk mengembalikan perasaan suka mengambil gambar, terpaksalah aku buat sesuatu. That day, aku dengan seorang sahabat telah mengadakan satu sesi talent photoshoot secara mengejut. Sekadar untuk practice dan mengembalikan mood yang hilang. Aku jarang sangat shoot talent, model, wedding dan sebagainya. Pendek kata aku amat jarang shoot imej manusia. Hati aku hanya pada landscape. Tetapi tak bermakna aku buta portrait. Betul, aku gila landscape, tapi tak semestinya aku perlu abaikan medium yang lain. Thanks to talent Ieeda Zamiee yang sudi datang pada hari tersebut. Nice knowing u..and looking forward to collaborate with you... :)
Tuesday, June 7, 2011
Thursday, May 19, 2011
Love Ayah
Yeah...it's me and her.. My Princess Aqilah. Credit and thanks to my wife Noor Hanida Che Ani for this stunning shot.
Wednesday, May 18, 2011
Sunday, March 27, 2011
Hijab Sang Pencinta
Potret isteri tercinta. Inilah gambar dia yang paling berseni pernah aku shoot. Dah print dan gantung kat dinding rumah. Bila dia kerja dan aku kat rumah, rasa macam ada CCTV la plak..kekekekek
Saturday, March 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)