Showing posts with label Art of Nature. Show all posts
Showing posts with label Art of Nature. Show all posts
Tuesday, November 6, 2012
PORTFOLIO 2011-2012 - video
Please enjoy the best scenery around Penang and Northen Malaysia that i've captured during my tenure in landscape photography.
Thanks for viewing :)
Monday, June 25, 2012
ESCAPE - KITA BERADA DI HUJUNG ZAMAN
EXIFF INFO:
Single Exposure 98"
F18
ISO100
ND Filter B+W110 (10stop)
Teluk Bahang, Penang.
Penghujung dunia ini adalah permulaan alam yang abadi. Jadi, aku risaukan penghujung hidup aku di sini kerana ianya akan menentukan permulaan hidup aku di sana.
ND Filter B+W110 (10stop)
Teluk Bahang, Penang.
Penghujung dunia ini adalah permulaan alam yang abadi. Jadi, aku risaukan penghujung hidup aku di sini kerana ianya akan menentukan permulaan hidup aku di sana.
Saturday, June 23, 2012
MENCARI AN-NUR
EXIF INFO:
1 exposure 119"
F18
ISO100
ND Filter B+W110 (10 stop)
Pantai Malindo, Balik Pulau.
Assalamualaikum.
Lama benar blog ini aku tinggalkan lantaran sibuk dengan kerja lain. Urusan duniawi tak putus-putus menikam benak otak dan qalbu. Namun, kesibukan yang amat sangat itu telah membawa satu perubahan dalam kehidupanku.Ternyata segala kejadian dan ketentuan Illahi itu ada hikmah yang tersendiri, yang kita hanya sedar apabila birai hati cuba menyingkapkan rahsia dan kasih sayang Allah. Dalam masa dua tiga bulan ni aku banyak bermuhasabah diri, mencari-cari siapakah dan apakah yang berada dalam jasad ini. Jasad yang aku gunakan untuk berkgerak di bumi Allah, aku gunakan untuk makan, untuk minum, untuk berkerja, untuk mencari ilmu, untuk bercinta, berbuat maksiat dan untuk beribadah. Jika hidup ini hanyalah sementara, sudah pasti dalam tubuh ini ada sesuatu yang abadi, yang akan dibangunkan untuk perhitungan di depan Allah nanti.
Aku sering memikirkan bagaimana keadaanya apabila aku mati kelak, bagaimana keadaan aku dalam liang lahad dan di manakah berakhirnya perjalanan aku di alam yang kekal nanti. Jika difikirkan hukum alam dan hukum Allah..dah tentu dalam kubur nanti aku direjam dengan belantan sampai terbenam ke bumi yang ke tujuh.Di akhirat kelak pasti aku diazab dalam Sa'ir yang hitam. Aku berfikir begini kerana aku tahu siapa diri aku. Apa yang orang keliling aku tahu tentang aku tidak mungkin sama sebagaimana aku dan Allah mengetahui diri aku. Teruknya aku...iskkkk..!!
Mujurlah Allah berikan harapan pada hamba-hambaNya. Setiap yang berdosa berpeluang mencari taubat. Dan taubat itu pasti kita jumpa jika kita benar-benar mencarinya. Harapan itu sajalah yang meyakinkan aku bahawa kesempatan masih ada. Jadi, aku tidak akan berputus asa dengan Allah... kerana janji-janji Allah adalah benar. Maka dengan itulah aku membuat kesimpulan bahawa jika kita tidak mampu menjadi yang terbaik, berusahalah untuk menjadi yang terbaik. Amalan kita dinilai dengan niat dan usaha. Jika kita pernah meninggalkan solat selama 10 tahun, dan sekarang kita bertaubat dan berazam untuk qada segala hutang-hutang solat kita tu.. insyaAllah akan dikira tebus walaupun kita hanya sempat qada untuk satu hari. Itu yang aku dengar dari mulut dua tiga orang bijaksana yang pernah aku jumpa. Wallahu'alam.
Moga kita diberikan umur yang panjang untuk menebus hutang-hutang kita dengan Allah dan hutang-hutang kita sesama makhluk. Mudah-mudahan kita diberikan nur keimanan, moga kita dimatikan dalam iman, moga kita dimasukkan ke syurga dan dihimpunkan dengan orang-orang yang beriman.
Wassalam
Wednesday, February 8, 2012
THE TALES OF SAKURA
Exiff data:
Single exposure : 74.1"
F20
ISO100
B+W ND110
F20
ISO100
B+W ND110
Assalamualaikum.
Tadak apa aku nak cerita dalam entry ni. Sebab aku dah syok sendiri bila tengok gambar ni. Dan aku dah print sebesar 20x24" untuk digantung di dinding rumah atau dijual dengan harga RM8999 hehehe. Sapa nak?? Sila tempah, hanya satu ja akan aku print sebagai masterpeace.
Terima kasih.
Wassalam
Note:
"Tak salah kita berbangga dengan hasil kerja kita asalkan kita tahu dan yakin dengan apa yang kita buat "
Abamjiwa.
Monday, January 23, 2012
HARAPAN YANG MENJADI BEBANAN
Assalamualaikum
Pernahkah berlaku perkara begini pada diri anda ?? :
Anda pandu kereta jauh-jauh mencari lokasi untuk menambah koleksi landscape. Kaki anda tenggelam dalam selut sehingga mengorbankan sebelah kasut boot jenama John Bert yang anda beli dengan harga RM250. Anda kompo sampai naik kejang urat perut dan basah lencun view finder. Body kamera anda pula lokoih disimbah air laut. Kemudian anda pulang ke rumah dengan hati yang tak tentu arah sebab sunset pada hari itu sangat sebam tanpa warna. Dan anda tiba di rumah, review gambar..... haram sekeping pun tak boleh pakai. Adakah anda rasa sangat kecewa tertungging-tungging?? Konpom rasa macam nak baling kamera ke dinding kan?? Bila dah jadi macam tu makan nasik pun takmau, mandi pun tak basah, berak pun tak lawas. Marka telefon pun marah-marah hamba Allah tu siap mintak cerai.
Baiklah. Merujuk balik pada entry sebelum ni (OMBAK RINDU), gambar ini adalah gambar yang saya dapat pada outing yang sama. Lokasi pun sama, tempat duduk saya je yang berubah. Jika anda lihat gambar ini, adakah anda rasa saya sudah berpuas hati?? Adakah saya boleh makan nasik dengan perasaan amat sedap dan berak dengan perasaan berbunga-bunga?
Jika orang bertanya saya soalan yang sama tentang gambar ini, saya akan jawab " tidak, hari tu bukan rezeki saya". Sebab dah ada orang lain yang pernah shoot kat situ dan keluarkan gambar yang lawa-lawa lebih dari yang ini. Tapi saya tidak kecewa dan tidak berlari masuk bilik tekup muka kat bantal kerana saya dah tahu ini adalah perkara biasa.
Seorang kaki landscape yang hakiki pasti merungut serba sedikit jika alam tidak menyebelahinya. Tetapi, hari ini dia merungut, esok dia datang lagi. Lusa pun begitu. Sampai bila-bila selagi dia masih memeluk kamera. Rungutan itu bukan tanda kecewa atau tidak bersyukur, tetapi tindakan refleks yang dikeluarkan secara tidak sedar... berpunca dari HARAPAN UNTUK MENDAPATKAN GAMBAR YANG CANTIK SAHAJA. Maka, harapan itu juga secara separa sedar berubah menjadi tekanan. Dan jika harapan itu tidak tercapai, tekanan itulah yang menjadi bebanannya.
Tidak salah menyemai harapan, tetapi bersedialah jika gagal yang menanti anda. Mengambil gambar landscape bukan seperti mengambil gambar talent kangkang. Talent, anda boleh ubah, boleh post, boleh suruh dia pakai baju dan londeh baju dan pakai londeh dua tiga kali. Kalau hari hujan, anda masih berpeluang shoot model dalam bilik hotel Pak Tai satu malam RM45 ja. Jika hari dah gelap, anda masih boleh shoot model tu terkangkang guna speedlight, guna lampu kalimantang, guna lampu ayam. Banyak sumber cahaya tidak semulajadi yang membantu. Tetapi, bolehkah anda nak shoot landscape kat tepi bendang tengah malam dalam hujan bertemankan cahaya lampu ayam??
BOLEH !! Habuan nak suluh pacat di kaki sajalah.
Jadi, jangan terlalu kecewa jika anda gagal mendapatkan sekeping gambar yang diidam-idamkan demi nak melawan kawan-kawan lain yang pernah dapat gambar tahap WOW di tempat yang sama. Esok pasti ada lagi. Jika anda terus menerus rajin mencari bahan, anda akan dapat apa yang anda harapkan. Asalkan rajin anda itu bersulamkan ilmu. Percayalah, kalau hari ini sangat ohsem dengan kaler biru jingga dan magenta bagai.. tetapi anda turun tanpa ilmu di dada.. anda akan pulang tangan kosong. Lebih baik beli pensel kaler dan suruh anak anda conteng kertas kosong dalam rumah jadi jugak seni berunsur abstrak. Clear???
Entry ini berdasarkan status kawan-kawan kat FB yang saya lihat ada yang kecewa apabila tidak mendapat gambar yang dihajati. Dan ada pulak sorang kawan lagi yang menasihati supaya jangan frust.. just enjoy the beautiful scenery of the nature. Betul. Aku sokong kata-kata kawan yang sorang lagi tu. Memang kita tak dapat gambar, tetapi kita dapat menikmati keindahan alam ini dengan mata kepala kita sendiri di mana mungkin orang lain tak pernah lihat apa yang kita telah lihat. Bersyukurlah.
Sekian
BOLEH !! Habuan nak suluh pacat di kaki sajalah.
Jadi, jangan terlalu kecewa jika anda gagal mendapatkan sekeping gambar yang diidam-idamkan demi nak melawan kawan-kawan lain yang pernah dapat gambar tahap WOW di tempat yang sama. Esok pasti ada lagi. Jika anda terus menerus rajin mencari bahan, anda akan dapat apa yang anda harapkan. Asalkan rajin anda itu bersulamkan ilmu. Percayalah, kalau hari ini sangat ohsem dengan kaler biru jingga dan magenta bagai.. tetapi anda turun tanpa ilmu di dada.. anda akan pulang tangan kosong. Lebih baik beli pensel kaler dan suruh anak anda conteng kertas kosong dalam rumah jadi jugak seni berunsur abstrak. Clear???
Entry ini berdasarkan status kawan-kawan kat FB yang saya lihat ada yang kecewa apabila tidak mendapat gambar yang dihajati. Dan ada pulak sorang kawan lagi yang menasihati supaya jangan frust.. just enjoy the beautiful scenery of the nature. Betul. Aku sokong kata-kata kawan yang sorang lagi tu. Memang kita tak dapat gambar, tetapi kita dapat menikmati keindahan alam ini dengan mata kepala kita sendiri di mana mungkin orang lain tak pernah lihat apa yang kita telah lihat. Bersyukurlah.
Sekian
Wassalam.
Abamjiwa.
OMBAK RINDU
Exiff data :
Exp 1/160
F18
ISO100
Assalamualaikum
Tadak gambar ombak pun??? Kohkohkoh...
Actually gambar ni aku shoot masa outing tekejut bersama abang Keris Tuah, abang Izham Khalid yang macho, Sam Kranz, Sfahimie, Taufik Art dan Fauzi. Lokasi ni di perkampungan nelayan Pmtg Damar Laut, Penang. Yang boleh tersembul perihal OMBAK RINDU ni sebab masa dok sembang-sembang mencari lokasi abang Tuah ada bagitau yang dia nak ke Langkawi. Tetiba dia tanya aku " abam ada tengok wayang Ombak Rindu tak?" Cuak gak la aku kehkehkeh. Sungguh, dah berdekad aku tak layan cerita-cerita macam tu. Kemudian katanya lagi, dalam salah satu scene ombak rindu tu dorang shoot kat Langkawi. View sunsetnya sangat mencengkam jiwa. Itulah kata abang Tuah. Tapi, lokasi spesifiknya belum dapat dikesan melainkan jenuh nak mencari dalam internet atau call tanya produser filem hehe.
Menurut abang Tuah lagi, view dalam scene tu mengadap sunset dan ada buaian dalam frame. Jadi masa tiba ke lokasi ni, aku nampak ada buaian bawah pokok, background ada sunset. Ermmm.. mcm ni la kot. Aku shoot sekeping. Dan boh tajuk Ombak Rindu. Sebab tu lah gambar ni bertajuk OMBAK RINDU.. kkekekekekkeke.. penin penin.
Btw thanks abang Tuah yang banyak berkongsi ilmu dalam sesi Teh Tarik selepas shooting,. InsyaAllah, lepas ni nak mengadap seorang lagi master besar kat Penang, Encik Ridzuan Troy Ismail. Banyak yang nak sedut dari dia.
Jumpa lagi.
Wassalam.
Abamjiwa
Wednesday, January 18, 2012
THE BLUISH SUNRISE
.
Exp 1/500
F4.5
ISO100
FL86mm
Lens 80-200mm 2.8
Assalamualaikum
Semalam saja belek-belek dalam HD sebab dah taktau nak buat apa. Jumpa satu folder bertajuk "Cuti2 Penang". Created pada pertengahan tahun lepas. Semuanya gambar masa aku bawa anak bini p rilex kat Naza Hotel, Tanjung Bungah. Dan dalam album tu terselit jugak beberapa keping gambar "Outing Gelap Pah Gelap" ke Penang yang diterajui oleh Raja Kamal a.k.a Ngku Li, juga turut serta insan-insan hebat dari pantai timur seperti Sham Khaleefa, Budak Azli Yah dan ramai lagi. Sir Mart and the gang dari Penang Flickr pun ada sama sebab mereka juga berkomplot dengan gang pantai timur dalam aktiviti ni. Memang meriah. Tahniah aku ucapkan pada penganjur. Gambar di atas adalah salah sekeping aku dapatkan masa outing tersebut.
Kebetulan aku nak ke Penang dengan family pada hari tersebut maka aku singgah la jugak jumpa kawan-kawan yang selama ni hanya bertegur sapa dan dok tag gambar dalam FB saja. Hebat.. mereka memang hebat. Bukan hebat dari aspek gear atau skills semata-mata. Tetapi juga hebat dari aspek persahabatan dan nilai-nilai ukhwah. Walaupun pertama kali jumpa respon macam dah kenal bertahun-tahun. Inilah bagusnya bila kita duduk dalam satu komuniti seperti ini. Walaupun bersahabat di alam maya tetapi di dunia realiti silaturrahim yang terjalin adalah lebih dari itu. Moga berjumpa lagi di lain masa.
Salam
Abamjiwa
Exiff data:
Exp 1/500
F4.5
ISO100
FL86mm
Lens 80-200mm 2.8
Assalamualaikum
Kebetulan aku nak ke Penang dengan family pada hari tersebut maka aku singgah la jugak jumpa kawan-kawan yang selama ni hanya bertegur sapa dan dok tag gambar dalam FB saja. Hebat.. mereka memang hebat. Bukan hebat dari aspek gear atau skills semata-mata. Tetapi juga hebat dari aspek persahabatan dan nilai-nilai ukhwah. Walaupun pertama kali jumpa respon macam dah kenal bertahun-tahun. Inilah bagusnya bila kita duduk dalam satu komuniti seperti ini. Walaupun bersahabat di alam maya tetapi di dunia realiti silaturrahim yang terjalin adalah lebih dari itu. Moga berjumpa lagi di lain masa.
Salam
Abamjiwa
Thursday, December 15, 2011
ROBINA CURVE
Photo Info:
Exposure 120"
F16
ISO100
B+W ND110
Assalamualaikum.
Ini satu-satunya spot yang paling favourite sepanjang penglibatan aku dalam dunia foto. Sungguh, dah jemu kat sini tapi demi melampiaskan nafsu dan spot ini pun dekat dengan rumah, jadi kat sini jugalah aku tembak. Asalkan otak aku ligat mencari compo yang baru. Tapi satu hari nanti mesti aku mati kutu kat sini.
Mula-mula masa shoot kat sini 3 tahun lepas senang-senang ja aku pacak tripod dan tembak. Tapi baru-baru ni aku terpaksa skodeng view finder kira-kira 45 minit untuk mencari composition yang baru. Ke kiri ke kanan senget sana senget sini, vertical, horizontal...macam-macamlah aku try. Finally dapat satu yang aku kira boleh jadilah. Itupun sebab ada cloud movement towards yang membantu memberi impak. Jadi bahagian atas tak kosong sangat. Dekat jam 7 baru aku setting dan shoot 2 keping sahaja sebab dah dekat nak maghrib. Alhamdulillah, sekeping jadi, sekeping lagi terpaksa di abaikan sebab hari dah gelap dan awan tu dah hilang ntah ke mana.
Thanks for viewing
Abamjiwa
Sunday, December 4, 2011
SALAM ANTARA BENUA
A few info about this photo:
Location : Permatang Pak Elong, Kepala Batas, Penang.
Time : Nov 9th 2011
Exposure : 30"
F 16
ISO 100
FL :11.5mm
B+W ND110 Filter.
Salam. Good day.
I just realized that 40% of my visitors was from United State and they are among outsiders who consistently visit this blog. The rest is from Malaysia (50%) and others (10%) such as Indonesia, Brunei, Britain, UAE, Russia, French, German, Nigeria, South Africa, Pakistan, India, China, Japan and much more. I don't really know who you are or who are they...but i would like to express my appreciating for your support and loyalty for being my guest. Thanks Malaysia, thanks United State and thanks all.
Sincerely,
Abamjiwa
Labels:
"fine art",
Art of Nature,
Black and White,
Favourite 2011,
ND110
Sunday, October 30, 2011
PHOTO OUTING SIRI KE 3 ART OF NATURE.
Assalamualaikum.
Pada 29hb Oktober yang lalu telah berlangsung program Outing Art Of Nature untuk kali ke 3 dalam tahun ni. Jadi matlamat saya untuk melaksanakan 3 outing dalam masa setahun telah tercapai. Terima kasih sahabat taulan terutamanya pasukan Admin AON yang turut membantu menjayakan outing ini. Juga kepada isteri tercinta yang menyokong minat seorang suami, dan membantu menyediakan bihun singapore yang sedap untuk santapan kami di air terjun Titi Hayun, Yan, Kedah.
Outing ini saya anggap lebih berjaya dari outing yang lalu sebab, pertamanya peserta mencecah sehingga 22 orang. Saya masih ingat, program serupa yang pertama pada bulan Mei yang lalu hanya di hadiri 12 orang peserta. Yang kedua pun lebih kurang begitu. Bagi saya jumlah itu sudah memadai sebab outing ini berkonsepkan landskap. Bukan street. Jadi jika terlalu ramai peserta, susah nak buat gambar dan input pun tak berapa padat.
Perkara kedua yang membezakan outing ini dengan outing yang lalu ialah, saya lihat ramai peserta yang pertama kali join outing sebegini lebih berani bertanya dan menunjukkan minat yg mendalam dalam cabang landskap fotografi. mereka tidak malu bertanya. Itu satu petunjuk yang bagus.
Perkara ketiga ialah, berbanding dengan outing yang lalu, kali ini selepas tamatnya sesi outdoor, kami tidak terus membawa haluan masing-masing. Tetapi kami terus mengadakan sesi TT (Teh Tarik) untuk review balik apa yang telah kami usahakan. Peserta-peserta berani menunjukkan gambar yang mereka shoot sebentar tadi untuk komen dan kritikan. Alhamdulillah, saya gembira melihat perkembangan ini.
Dengan bimbingan mereka yang lebih berpengalaman seperti Keris Tuah, Azrie Nasrie, Rahim Al-Kajai, Hazwan Hussein, outing ini benar-benar memberikan input untuk mereka yang memerlukan ilmu. Jadi, matlamat saya tercapai.
InsyaAllah, program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan. Kali ini, akan lebih meriah dan perkongsian ilmu akan lebih mantap.
Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang hadir dalam program ini. Berjumpa lagi di masa hadapan.
Kepada yang belum mengenali kami, boleh lawati group kami di Muka Buku: ART OF NATURE
Salam sayang.
Abamjiwa
Wednesday, October 26, 2011
TRAGEDI PASIR PANJANG
Assalamualaikum.
Bulan lepas, aku dan seorang sahabat, Saiful Fahimie telah ke Balik Pulau, Penang. Kami dah plan sehari sebelum tu untuk cuba mencari hasil di Pantai Malindo. Tengahari tu cuaca sangat elok, langit nampak biru walaupun ada lapisan awan degil di bawah atmosfera. Boleh la nak syok2 lepaskan gian. Tetapi, elok kami gerak keluar dari pejabat, langit Penang tiba-tiba jadi kelam, kelabu dan hampir hitam. Dengan menyangkakan bahawa itu hanya fenomena mendung yang biasa kami teruskan perjalanan ke Balik Pulau. Yang sangat tak bestnya ialah keadaan kelam itu makin tebal sejak kami memasuki Penang Bridge dan semakin gelap ketika kami "drift" naik bukit Relau. Tak sampai setengah jam cuaca berubah secara drastik. Rupanya itu bukan mendung, tetapi jerebu yang teruk hasil dari pembakaran hutan di Indonesia. Adoiiii.. what the F la depa ni. Tiap-tiap tahun hutan tebakaq. Tak apalah, dah nasib tak menyebelahi kami.
Tapi sampai jugak la ke pantai Malindo demi nak melepaskan geram. Sah-sah lagi kelam. Tengok dengan mata kasar pun nampak warna hitam putih ja. Air pulak surut sampai nampak selut. So, nak buat apa ni??? Minyak dah lebur dua puluh ringgit. Tol tujuh ringgit.. pekena mee udang pulak kat situ dah sepuluh ringgit. Modal dah keluar tapi tak ada hasil . Itulah susah payahnya seorang jurugambar bebas macam kami mencari bahan untuk dikongsi dengan masyarakat. Sedih kan?? Huhu..
Setelah tak larat nak garu kepala dan membebel tentang cuaca, kami mengambil keputusan untuk ke Pantai Pasir Panjang terletak kira-kira 10 kilometer dari Pantai Malindo. Kami tiba di lokasi ke dua dah dekat jam 7 malam. Ertinya kami hanya ada tak sampai setengah jam untuk mencari bahan. Nak punggah gear lagi, nak pacak tripod nak kompo nak itu nak ini, hilang lagi 15 minit. Tepat jam 7.05 malam kamera kami pun berderap-deraplah bunyinya. Aku bertenggek atas batu yang agak tinggi, Saiful turun ke batu di gigi air. Aku tengok dia makin lama makin jauh ke bawah. Hati dah rasa tak sedap sebab hari beransur gelap. Masa tu hanya kami berdua yang berada di lokasi itu. Pak guard Kem BTN berdekatan hanya memerhatikan kami dari jauh. Belakang aku pulak masa tu hanya ada semak samun dan ranting-ranting kering. Sekali sekala aku menoleh dan meninjau ke dalam hutan tu, kot ada ular ke gajah ke dok skodeng kami berkerja. Tengah menembak telefon aku berbunyi, Salleh Studio call. Tak puas hati dia sebab aku ke sana tak info kat dia hahaha. Sorry bro, working day macam tu memang aku tak ada niat nak kacau hangpa.
Salleh berpesan supaya berhati-hati sebab kawasan tu merbahaya. Katanya lagi, pada hari Raya lepas, sepupu pada isteri dia dan seorang budak telah mati lemas di lokasi yang kami duduk tu. Sebabnya air kat situ sangat dalam dan ombaknya kuat. Terima kasih Salleh sebab tolong beri peringatan. Selepas bersembang hu ha hu ha dengan Salleh, aku terus ajak Saiful packing barang. Jam dah menunjukkan 7.25 malam. Seram wehh... kalau jadi apa-apa kat kami masa tu memang tak ada siapa nak tolong.
Alhamdulillah semua selamat, dan kami pulang dengan hasil yang tak seberapa sebab shoot dalam keadaan kelam kabut. Gambarnya seperti di atas. Ini kali ke tiga kunjungan saya ke sini. Kali pertama, saya bawa isteri dan anak-anak saya. Masa tu ribut kuat. Anak saya yang kurus melengking tu hampir nak melayang di tiup angin. Kunjungan ke dua, outing bersama kawan-kawan photog. - 1st attempt.
Untuk pengetahuan anda yang masih belum tahu, di lokasi inilah berlakunya tragedi Tsunami pada Desember 2004 yang meragut nyawa 5 sekeluarga. Laporannya ada di sini .
Sungguh, jika dilihat dalam keadaan normal pun, pantai ini nampak menggerunkan. Kawasan yang kita sangka cetek dekat dengan gigi air tu sebenarnya dalam. Warnanya hijau gelap seperti yang anda lihat dalam gambar di atas. Jadi, jika anda ada niat mahu berkelah atau melakukan sebarang aktiviti di sini, silalah beringat dan perhatikan pergerakan anak-anak anda. Malang boleh menimpa bila-bila masa. Semoga pantai ini tidak terus mecipta tragedi di masa akan datang.
Sekian.
Abamjiwa
Sunday, October 23, 2011
THE BLUE STORM
Assalamualaikum.
Kebelakangan ini hujan dan ribut kerap melanda kawasan Penang di sebelah petang. Jadi, memang tadak chance langsung la nak buat gambar melainkan gambar hujan. Nak keluar shoot sunrise di awal pagi tau saja la, kalut nak bangun tidur, kalut nak mandi, kalut nak tukar pampers nak bancuh susu anak.. plan jam 6pagi boleh drag sampai pukul 7.
Baru-baru ni aku lepak di office sampai jam 7 malam sebab hujan terlampau lebat. Nak balik awal tak boleh, takut lencun sementara nak sampai ke kereta. Sebaik hujan berhenti aku terus turun, masuk dalam kereta dan start enjin. Tiba-tiba rasa anak mata bersilau akibat panahan petir di South Channel. Sekali pandang... naahhh!! Saat yang ku tunggu-tunggu. Terus tak jadi balik, pusing kereta ke tepi laut dalam kawasan parking tu jugak dan keluarkan gear.
Satu jam aku berdiri di situ sambil cuba meneka-neka kadar tembakan kilat di horizon. Dalam 50 shot, satu sahaja yang aku dapat yang boleh dikira "ok lah".. yang lain semua tak berapa menjadi. Dalam satu jam tu aku shoot lebih kurang 200 frame. Compo?? lantaklah asalkan dapat moment.
Ini pertama kali aku cuba shoot gambar kilat. Jadi tak pernah study tentang setting dan persediaan rapi. Aku cuma try & error. Tembak sampai lebam. Sampai jam 8 malam aku stop dan simpan barang sebab kilat dah makin kurang, dan aku pulak belum sembahyang.
Hasilnya seperti di atas. Sekeping gambar ke Barat untuk test shot dan sekeping gambar kilat dari South Channel. Thanks for viewing..
Abamjiwa
Monday, September 5, 2011
DREAMING
Assalamualaikum
Hampir 2 bulan aku tak turun ke laut, bukan mencari ikan tapi mencari gambar. Dan semalam dapat jugak aku melampiaskan nafsu serakah seorang diri. Memang feel. Berkerja seorang diri ni adakalanya membuatkan kita lebih fokus. Sebab tu semalam aku tak ajak sapa2. Bergerak secara solo.
Lepas raya ni cuaca begitu mengujakan. Aku tiba di lokasi, pantai Teluk Air Tawar jam 6.45pm. Tu pun dah rasa kelam kabut sebab 7.30 dah sunset. Aku hanya ada masa tak sampai 1 jam untuk pacak tripod, belek menu kat screen, compo, attach filter, compo lagi dan setting. Dah la pakai SD cap ayam. Bukak 30" kena tunggu reading sampai 2 minit. Memang buang masa.
Jadi tak banyak shot yang aku dapat semalam. Aku hanya cuba 2 angle dan compo sebaik mungkin dengan harapan salah satu menjadi killer. Alhamdulillah, walaupun nak dapat yg killer itu kamera ku lencun separuh badan.
Baiklah, ada sorang manusia ni masa aku tengah shoot, dia call. Dia tanya ada mana?? Aku cakap tengah amik gambaq kat Teluk Air Tawar. Dia kata ... "hang tak cemuih ka dok shoot kat tempat yang sama?? "
Ermmm..... aku kata tak.
Tapi dalam hati mmg ada sikit rasa boring. Ya la, asyik dok ulang tempat tu.
Tetapi.. adakah gambar2 aku tu semuanya nampak sama?? Yup..background maybe, sekali pandang dah boleh tahu kat mana aku pacak. Tapi POI aku bukan background. Tak jadi masalahlah biarpun aku tembak berjuta kali kat situ. Kalau nak suruh ..hari ni aku pi Tanjung Dawai, esok pi banting Selangor, lusa pi Bali pulak.. boleh jugak.. ampa sponsor aku pi.. hehe.
Itulah sebabnya aku asyik shoot di kawasan berdekatan aku. Bagan Ajam, Teluk Air Tawar, Kuala Muda.. paling jauh pun Penang. Benda yang aku boleh ulang pergi tiap2 hari. Tetapi bukan tiap2 hari aku keluarkan gambar dengan compo dan angle yang sama. Sudah tentulah aku kena fikirkan benda lain. Kalau hari2 dok makan gulai ayam cemuih jugak. kan. Tukar la ke gulai ikan pulak, Itulah yang aku buat. Tempat yang sama, angle berbeza. Macam mana nak buat?? Pandai2 lah compo, gunakan mata yang liar itu. Liar tengok awek boleh, liar tengok keindahan alam semesta ni tak boleh ke?? Hehe..
Ok .. itu saja utk entry kali ni. Enjoy how beautiful the world we living on. Selamat Hari Rayeee.. :)
ABAMJIWA
Labels:
Art of Nature,
Artikel,
Fader,
Favourite 2011,
sunset
Friday, August 26, 2011
Salam Lebaran
Assalamualaikum warahmatullah.
Ramadhan yang barakah semakin meninggalkan kita. Lembaran Syawal semakin menghampiri. Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Allah kerana diberi peluang untuk menghirup udara Ramadhan dan Syawal tahun ni dan insyaAllah moga dikurniakan umur yang panjang untuk bertemu pula Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang.
Saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada kamu keluarga saya, ibu dan ayah, kakak-kakak dan abang-abang juga adik tersayang yang berada di kejauhan. InsyaAllah bertemu jua di tahun hadapan. Juga kepada isteri dan anak-anak tercinta, sahabat-sahabat rakan seperjuangan, guru-guru dan adik-adik dalam dunia fotografi, ampun dan maaf dipinta jika terdapat salah dan silap dari saya selama anda mengenali saya.
Berhati-hati di jalan raya, memandu dengan berhemah, jangan pentingkan diri sendiri dan ingatlah insan-insan tersayang yang menanti anda dwalau di mana jua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya ,
ABAMJIWA AL-HADI
Ramadhan yang barakah semakin meninggalkan kita. Lembaran Syawal semakin menghampiri. Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Allah kerana diberi peluang untuk menghirup udara Ramadhan dan Syawal tahun ni dan insyaAllah moga dikurniakan umur yang panjang untuk bertemu pula Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang.
Saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada kamu keluarga saya, ibu dan ayah, kakak-kakak dan abang-abang juga adik tersayang yang berada di kejauhan. InsyaAllah bertemu jua di tahun hadapan. Juga kepada isteri dan anak-anak tercinta, sahabat-sahabat rakan seperjuangan, guru-guru dan adik-adik dalam dunia fotografi, ampun dan maaf dipinta jika terdapat salah dan silap dari saya selama anda mengenali saya.
Berhati-hati di jalan raya, memandu dengan berhemah, jangan pentingkan diri sendiri dan ingatlah insan-insan tersayang yang menanti anda dwalau di mana jua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya ,
ABAMJIWA AL-HADI
Sunday, July 10, 2011
FENOMENA TANJUNG BUNGA - PANO
Lokasi sama seperti di bawah, compo lebih kurang cuma ini aku print dalam bentuk pano. Sini, banyak batu2 besar. Ombak pulak kuat, jadi aku tak dapat melilau sangat demi keselamatan diri. Shoot landscape seorang diri ni memang ada feel, focus. Tapi kena beringat. Kalau jadi apa2 kat kita orang susah nak kesan. Bahaya tu bang. Jadi, compo ini je lah yang mampu aku buat. Thanks for viewing.
FENOMENA TANJUNG BUNGA - PORTRAIT
Baru-baru ni aku bawa anak bini 'melancong' ke Pulau Pinang, negeri ku jua hehe. Nak pegi tempat lain jauh la pulak. Tak laratlah nak drive. Jadi kami lepak semalam di Naza Hotel, Tanjung Bunga. Bilik Delux 1 king RM180 + breakfast. Ok la kan. Bilik pun luas. Anak2 aku berguling dari hujung sini ke hujung sana. Time breakfast aku melantak cukup2 kekekekeke!! Pada pagi tu pulak ada outing Gelap Pah Gelap Tour Penang anjuran Kelab Karyawan Lensa Negeri Kelantan dengan kolobrasi Penang Flickr. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun aku hanya sempat join sesi sunrise di Jelutong Highway sahaja. Kemudian bersarapan bersama peserta di Kassim Mustafa sebelum aku dan family bawak diri ke Pdg Kota Lama demi menaikkan mood anak2 dengan bermain playpark yang ada kat situ. Ya.. mereka main sampai lencun, Fatih sampai muak keluar susu.
Jam 12 tengahari kami terus ke Tanjung Bunga. Semasa singgah solat Jumaat di Masjid Terapung, aku dah siap menilik port mana yang baik, yang aku boleh celah untuk landscape esok pagi. Memang banyak. Pilih mana mau. Ok, set... esok jam 6 pagi aku nak subuh kat sini dan terus boleh pacak trypod. Lepas abis solat kami gerak ke Hotel utk check in. Ptg tu anak2 mandi kolam dan bergelumang tepi pantai sampai lebam. Ada yang makan pasir, tak lain tak bukan panglima Fatih. Ombak agak ganas kat situ. Aku cuba cari port utk warm up... dapat! Pun begitu hujan mula turun dan tak ada pilihan lain melainkan bungkus kamera dan anak2 balik ke hotel. Dan...hujan itu terus berpanjangan sehingga ke pagi esok. Melepas lagi aku nak shoot Masjid Terapung. Betul, tempat tu bukan jauh sangat. Aku boleh repeat balik anytime. Aku pun dok seberang saja bukan jauh sangat. Masalahnya ialah, aku hanya datang Penang setahun tak sampai 10 kali. Dalam sepuluh tu, 1 pun payah untuk aku lalu di sini. Bukan ada kerja sangat pun kat area ni melainkan passion utk mengambil gambar. Kadang2, kemalasan ku ini telah berjaya menewaskan passion ku huhu... Tak pe, lenkali aku cuba lagi. InsyaAllah...
Jam 12 tengahari kami terus ke Tanjung Bunga. Semasa singgah solat Jumaat di Masjid Terapung, aku dah siap menilik port mana yang baik, yang aku boleh celah untuk landscape esok pagi. Memang banyak. Pilih mana mau. Ok, set... esok jam 6 pagi aku nak subuh kat sini dan terus boleh pacak trypod. Lepas abis solat kami gerak ke Hotel utk check in. Ptg tu anak2 mandi kolam dan bergelumang tepi pantai sampai lebam. Ada yang makan pasir, tak lain tak bukan panglima Fatih. Ombak agak ganas kat situ. Aku cuba cari port utk warm up... dapat! Pun begitu hujan mula turun dan tak ada pilihan lain melainkan bungkus kamera dan anak2 balik ke hotel. Dan...hujan itu terus berpanjangan sehingga ke pagi esok. Melepas lagi aku nak shoot Masjid Terapung. Betul, tempat tu bukan jauh sangat. Aku boleh repeat balik anytime. Aku pun dok seberang saja bukan jauh sangat. Masalahnya ialah, aku hanya datang Penang setahun tak sampai 10 kali. Dalam sepuluh tu, 1 pun payah untuk aku lalu di sini. Bukan ada kerja sangat pun kat area ni melainkan passion utk mengambil gambar. Kadang2, kemalasan ku ini telah berjaya menewaskan passion ku huhu... Tak pe, lenkali aku cuba lagi. InsyaAllah...
Monday, July 4, 2011
Saturday, May 21, 2011
Friday, May 20, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

