Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Tuesday, November 6, 2012

KOMPOSISI PEMANDANGAN INDAH - Bahagian 4

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, encik-encik dan cik-cik, aku mula berkawan dengan kamera pada tahun 2003. Kamera pertama aku ialah filem kompak boleh zoom jenama Olympus yang aku beli dengan harga RM500. Mahal wehh masa tu. Beli guna kad kredit. Bayar bulan-bulan minimum RM50. Dekat setahun baru habis bayar sekali dengan interest. Bila dah dapat kamera idaman aku terus pulun ambil gambar itu dan ini. Pergilah mana-manapun walaupun ke pasar malam aku usung kamera tu. Pokok, batu, tiang letrik, rumah, monyet, biawak, burung.. apa-apa sajalah yang boleh aku tembak maka aku tembaklah. Kadang-kadang satu benda sampai 10 keping. Sekali beli filem sampai 3 roll. Dan masa tu aku belum tahu tentang manual setting sebab kamera aku tu tak ada mode manual. Cuma aku belajar macam mana nak dapatkan gambar cantik dengan cara duduk, meniarap, berdiri, tertungging, tergolek dan sebagainya. Aku beli sebuah buku di Popular Book Store dan study tentang komposisi.

Dari situlah aku mengenal RO3, lead line dan macam-macam lagi. Dalam buku tu juga ada diterangkan tentang mode manual, fungsi shutter, aperture dan ISO. Aku cuba fahamkan walaupun tak boleh nak praktik dengan kamera. Tak apalah. Aku shoot juga seronok-seronok sebab aku memang seronok bila mengambil gambar. Lepas habis satu roll aku cuci kat kedai dan simpan dalam album.Dulu, internet masih belum meluas. FB pun tak ada lagi. Fotopages tak pasti la pula sebab aku tak pernah ada akaun fotopages. Maklumlah, kamera filem ja. Mana nak cari scanner lagi. Modal semua tu.

Selama 3 tahun aku jadi ciwi begitu hinggalah suatu hari kamera kesayangan itu hilang dalam flight masa perjalanan balik dari KL. Sedih terguling-guling bang. Sejak dari itu aku berhenti mengambil gambar, nak beli baru mana nak cari duit dah? Dulu gaji kecil. Cukup-cukup makan ja.

Tahun 2008 alhamdulillah ada rezeki sikit aku angkat Nikon D40 second hand. Buruk ya amat. Bini pun taktau aku beli kamera tu :p. Aku simpan elok-elok kat opis. Bukan takut bini, tapi bini tak takut kat aku kekekekeke. Aku guna dalam setahun sambil belajar di internet dan buku-buku. Awal tahun 2009 aku beli yang elok sikit, D60. Kali ini bini taulah sebab aku beli guna duit loan dia sikit, dan aku bayar balik kat dia sikit-sikit hahaha. Sengkeknya aku masa tu.

Dan sampai sekarang, aku masih tak ada gear yang canggih-canggih. Yang ada hanya Nikon D7000 dan Sigma 10-20mm yang menjadi primary gun tiap kali aku turun ke padang.

Kesimpulannya, aku masih baru dengan dunia fotografi. Lepas ditolak beberapa tahun yang tak boleh pakai tu, ertinya aku baru saja 4 tahun melibatkan diri secara serius. Guru-guru aku pula ialah kawan-kawan sealiran dan internet, FB, forum dan sebagainya. Merekalah guru aku. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi ilmu selama aku di sini. Jasa anda semua akan ku kenang :) .

Oklah.. aku tau korang boring baca sejarah aku yang tak best tu.

Baik, bersambung ke KPI bahagian 4.

4. SIMPLICITY IS A BLISS

Aku suka membahagikan gambar landscape kepada dua kategori.

1. Specific view
2. General view

Mari kita kupas dua perkara ini.

         1. Specific view

Satu pemandangan di mana semua elemen yang ada di depan kita dirangkumkan ke dalam satu frame. Contohnya, jika di lokasi itu ada pohon kelapa, ada bukit, ada struktur bangunan, ada apa-apa sahaja yang boleh dijadikan landmark untuk memberitahu kepada penonton bahawa lokasi itu ada itu dan ada ini. Kebiasaanya, kita tidak perlu beritahu di mana kita ambil gambar tu. Penonton yang biasa ke tempat tu dia akan tahu sendiri ataupun mungkin dia pernah tengok view yang sama dari foto orang lain. Jadi tak payah sebut TELUK TEMPOYAK, KELANANG, PORT DICKSON dan sebagainya. Boleh je kalau nak sebut, tapi kalau tak sebut pun kemungkinan besar kebanyakan penonton dah tahu. Contoh gambar di bawah ;


Jika aku tidak sebutkan lokasi, kebanyakan penonton yang pernah sampai ke sini akan sedia tahu bahawa ini Pantai Cenang, Langkawi. Walaupun penonton itu bukan seorang jurufoto dan tak pernah pun ambil gambar kat sini. Sebabnya, aku dah masukkan struktur bangunan tu sebagai landmark dalam gambar ini. Tambah lagi kalau tempat ini adalah salah satu pusat tumpuan pelancong. Jadi, kalau nak ambil gambar begini, aku akan cuba selitkan sedikit kelainan dengan water stream pada ombak pada foreground dan naikkan detail supaya lebih cantik dari biasa. Bila penonton tengok, "ehh!! apasal masa aku pegi tempat ni tak nampak cun macam ni ha??" hehehe. Itulah tujuan kita ambil gambar. Supaya wujud kelainan dari kebiasaan. Cumanya kita kena berhati-hati, kadang-kadang akan keluar juga bunyi macam ni .. "ehh!! apasal masa aku pegi tempat ni tak nampak buruk macam ni haa?? Hahahaha.. sangat jauh perbezaan antara kedua-dua ayat itu. Maka, buatlah gambar elok-elok, jangan sekadar ambil mudah dan pos kat FB untuk mendapat komen bodek semata-mata.



        2. General view

Satu pemandangan yang minimum di mana hanya terdapat satu atau dua subjek di dalam satu frame. Gambar lebih simple dan lebih menjurus kepada sifat artistik. Kebanyakan gambar begini penonton tidak tahu dengan tepat lokasi gambar diambil, kecuali yang pernah sampai di lokasi itu atau pernah merakamkan gambar di lokasi tersebut. Dalam kes ini jika kita mahu, kita boleh sebutkan lokasi seperti PANTAI TENGAH, LANGKAWI, TELUK NIPAH, JUBAKAR dan sebagainya. Kalau rasa macam nak rahsiakan port baik tersebut, silakan :) .

 
Jika aku tak sebut lokasi ini, agak-agak anda tahu tak? Bagi yang pernah sampai sini dan ambil perhatian tentang elemen-elemen yang ada kat sini, mungkin mereka akan tahu. Bagi yang tak pernah sampai ke sini atau pernah sampai tapi tak pernah peduli tentang apa yang ada di sini, tempat ini boleh jadi macam-macam, Hawaii, Phuket, Koh Sa Mui, New Zealand, Utopia.. you name it. Ini adalah Pantai Tengah, Langkawi. Cuma saya tak masukkan elemen atau landmark yang biasanya ada di Pantai Tengah seperti hotel dan chalet yang ada kat tepi pantai ni dan sebagainya.
 
Baiklah, kita lihat pula gambar di bawah.
 
 
Ini yang aku maksudkan simplicity is a bliss. Di lokasi ini, ada segala macam batu pada foreground. Untuk menjadikan gambar ini lebih ringkas dan kemas, aku minimumkan subjek dan pilih satu atau dua subjek sebagai POI dalam gambar ini. Jika nak dibandingkan keserabutan di atas, dah tentu aku lebih suka yang di bawah. Lebih simple lebih bagus. Namun, masih bergantung kepada kesesuain gambar. Ada gambar yang aku perlu kompo begini dan ada yang tidak. Jika nampak serabut, aku akan fikirkan bagaimana nak kemaskan kompo aku.
 
 
 
Lihat pula gambar ini ;
 



Cuba bandingkan kedua-dua gambar di atas dan fikir apa yang aku cuba sampaikan. Kalau ada yang kata gambar kanan lebih baik.. aku rasa memang patut dia cuci mata dia dengan clorox. Kalau ada yang kata kompo belah kanan boleh ja, tadak masalah apa-apa, seni itu subjektif, tolong unfren aku dari FB.


Sekian, moga bertemu lagi di bahagian ke 5.



KOMPOSISI PEMANDANGAN INDAH - Bahagian 3

Bersambung dari bahagian 1.

Ini garis panduan pertama yang ingin aku kongsikan. Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan foto landscape, aku sarankan supaya ambil perhatian tentang beberapa point yang aku nak kongsikan ini. Ingat, ini semua hanyalah 'garis panduan', anda boleh pilih nak guna atau tidak. Walaubagaimanapun, perkara nombor 1 ini kalau boleh janganlah diabaikan langsung. Aku berani kata bahawa ini bukan lagi garis panduan, tapi satu kewajipan untuk menghasilkan sekeping gambar landscape yang baik. Belum tentu cantik, tetapi lebih baik dari yang senget.

1. GARISAN HORIZON

Betulkan garisan horizon. Jangan dibiarkan senget dengan sebab sengaja kita sengetkan atas alasan "seni itu subjektif" (sebenarnya aku agak trauma dengan klausa tu. Menyampah!!) Kalau tak sengaja masa shoot, betulkan balik masa proses. Lihat contoh di bawah ;


Ini kerja mudah. Kalau malas juga nak buat kerja ni sila berhenti ambil gambar landscape. Macam mana nak betulkan garisan horizon kat PS?? Sila search kat youtube. Ada banyak bahan kat situ. Nak pandai kena la usaha sikit ya.


2. FOREGROUND INTEREST

Cuba dapatkan satu atau dua atau apa saja subjek pada bahagian foreground untuk dijadikan POI (Point Of Interest) atau POV (Point Of View) dalam gambar anda. Subjek bukan bermaksud sampah sarap. Adakalanya, aku akan kutip dulu sampah sarap yang dapat aku capai dan aku buang kat tempat lain yang lebih sistematik :). Jadi, aku tak payah teruk-teruk nak clone masa proses gambar.

 
Nak biarkan kosong kat bawah?? Takmau ada foreground interest?? Boleh ja.. asalkan kita tahu apa kebendakah itu foreground dan kita sangat pasti tanpa foreground gambar kita tetap cantik. Itu nanti kita cerita lain.
 
 
 

3. PEMBAHAGIAN FRAME YANG BETUL
 
Bahagikan frame anda kepada dua bahagian sama 1/3 di atas atau 1/3 di bawah bergantung kepada apa yang anda nak tonjolkan dalam gambar anda. Ini pun perkara asas. Lihat contoh gambar-gambar di bawah;

 
 

 
 
 
Gambar satu, aku memutuskan subjek di bawah atau foreground interest sebagai main actor dalam gambar aku. Subjek paling dekat dengan kamera aku hingga ke garisan horizon di hujung sana adalah foreground. Lepas pada tu dikira sebagai background.
 
Gambar kedua pula aku nak persembahkan langit biru dan formasi awan yang cantik sebagai karektor utama dalam gambar ni. Jadi aku biarkan bahagian background lebih dari bahagian foreground. Jadi, anda boleh pilih karektor dalam gambar anda. Anda sebagai direktor Ahmad Nisfu, jadi anda berhak memilih siapakah pelakon utama dalam filem anda.
 
 
Gambar ketiga pula, aku bahagikan frame supaya seimbang dengan garisan horizon terletak di tengah frame. Sebab pada pandangan aku masa shoot kat sini, kedua-dua bahagian ada karektor tersendiri untuk menguatkan gambar aku. Ada hero dan ada heroin. Jangan pedulikan tentang final proses ketiga-tiga gambar di atas. Ada yang aku tak edit pun. Kita beri tumpuan kepada komposisi .. ok!!
 
 
 
Setelah mengenalpasti perkara-perkara asas (guidelines) tentang horizontal line, barulah kita berfikir untuk breaking the rules. Maksudnya.. kita dah tahu apa yang kita nak buat. Kita dah tahu aturannya dan kita memutuskan untuk tidak menggunakan aturan tersebut. Inilah namanya Break The Rules. Bukan main hentam semborono :D


 
- bersambung di bahagian ke 4.. bila aku rajin nanti :)
 
 

 

 
 


KOMPOSISI PEMANDANGAN INDAH - Bahagian 2

Salamualaik.

Lama dah tak berkongsi. Kali ini aku masih nak bercakap tentang komposisi. Sebab dalam tiap hasil kerja aku, mmg aku letak komposisi sebagai priority. Masa turun ke padang pertama sekali yang aku buat ialah observed surrounding dan berfikir tentang komposisi. Yang lain2 tu aku akan fikir kemudian setelah aku dpt komposisi yang aku mahukan.

Baiklah. Ada yang berkata bahawa seni itu subjektif.. lebih spesifik, seni fotografi itu subjektif. Lantaklah nak kompo mcm mana pun. Itu terpulang kepada individu tersebut gambar mcm mana dia nak buat. Jadi tak payah pening2 kepala pasal komposisi. Ia perkara mudah.

Oklah.. aku amat setuju. Cumanya aku tak bersetuju kalau kita ambil mudah dalam bab ni. Betul kita boleh kompo mcm mana pun yg kita nak - asalkan gambar itu kita sendiri yang nak tengok, kita sendiri yang nak syok sendiri dan kita nak simpan dalam HDD utk kenangan hari tua atau kita nak gantung kat dinding untuk tunjuk kat anak2 kita bahawa ayah mereka ini dahulu adalah seorang photiographer hebat. Boleh ja.. tadak masalah, sebab dah namanya seni. Kita conteng2 water kaler atas kertas kosong pun dah dikira seni.

Seterusnya. Baru2 ni aku dapat satu komen dari editor Shutterstock tentang gambar ini;
 
 
komennya berbunyi begini -

"In regards to composition, try following the common “Rule of Thirds” example. Google this phrase and you will come across a wide variety of examples to research.
One quick tip: You should compose images with the subject or subjects of interest away from the middle of the photo. Try composing these areas off-center and see how this might improve your shots.
If you really feel strongly that your image needs such tweaking before your upload, either a) do so sparingly; or b) re-evaluate whether the image is stock-worthy in the first place, and consider reshooting until you are satisfied with the results."

Amacam??? Cuba tanya member sebelah.. amacam bro?? Ini komen dari editor Shutterstock, bukan dari editor majalah PA & MA atau dari kawan-kawan aku kat FB. Waktu pertama kali aku up gambar ni apa yg korang rasa?? Impressived?? Ohsem?? Mengarut?? Terharu?? Hehe.. nahh tengok sendiri -

http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=492300180780990&set=a.100562923288053.1126.100000030374577&type=3&theater

Ada 117 like dan 25 komen. Tak la banyak sangat kan. Tapi boleh la. Walaupun aku faham sangat FB tu bukanlah satu platform yang mengiktiraf hasil kerja kita, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu yang kerja kita dapat diterima orang. Dan yg like kebanyakannya jurufoto-jurufoto landscape mcm aku jugak malah ada yg lebih baik dari aku. Sebabnya mereka suka. Dengan susun atur bot begitu, dengan warna birunya, dengan awan nanonya. Memang sedaplah mata memandang. Tetapi kenapa tidak best di mata editor Shutterstock??? Alasannya seperti yg mereka komen di atas.. mereka suruh aku search kat Google apa itu Rule Of Thirds, hehehe.

Jadi, apakah pengajaran di sebalik peristiwa disekolahkan oleh editor SS ni?? Pengajaran yg aku dapat ialah, kalau kita nak buat gambar hanya semata2 utk berseni, utk kita sendiri, atau utk kengkawan keliling yg sama dgn kita.. no problem. Kompolah mcm mana pun. Tetapi untuk commercial value belum tentu hasil kita tu dapat menarik hati pembeli, malah orang yg nak tolong jual pun tak sanggup nak jual. Dah tentu satu hari nanti kita nak jugak hasil kita terjual kan.. sampai bila nak terperuk dalam HDD?? Jadi bersiap sedialah utk itu.

Kesimpulannya, dalam bergambar landscape ni ada dua matlamat.

1. utk kita simpan sendiri/untuk kepuasan peribadi dan kita deklarasikan sebagai seni.
2. utk kita simpan sendiri/untuk kepuasan peribadi dan kita deklarasikan sebagai seni dan juga untuk mendapatkan pulangan.

Kadang-kadang dua perkara ini akan bersilang tanpa kita sedar. Hajat untuk shoot suka2 dan simpan , tapi ada orang nak beli. Alhamdulillah. Tapi yg tak bestnya bila kita berhajat nak jual tapi orang takmau beli. Itu kena bersabarlah dan kena terus belajar. Yang penting, kenal pasti kemana hala tuju kita.

Justeru, sebab itulah aku pentingkan komposisi dan tidak mengambil mudah bab ini. Tidak ada aturan tertentu dalam bergambar, yg ada hanyalah gambar yg cantik. Itu kata Ansel Adams bapa fotografi moden. Cumanya sebelum kita nak buat gambar jadi cantik, kita kena tahulah juga ramuan apakah yang buat ia cantik. Bila kita dah tahu ramuan2 tertentu dan kita dah jelas tentang kegunaan ramuan itu, barulah kita boleh pilih nak guna ke tidak. Ada orang suka masak gulai letak asam jawa, ada orang suka letak tomato ja. Lebih kurang begitulah prinsipnya. Rasanya sama, tetapi ramuannya berbeza.

Bermula dari nota ini ditulis, aku akan cuba kongsikan beberapa tips asas dalam komposisi landscape. Di mana tips2 ini kalau korang cari kat google pun boleh dapat. Rajin dengan tak rajin ja. Kepada yang baru nak berjinak-jinak dalam foto landscape, harap ini membantu anda. Aku tak suruh ikut sebijik2, ini hanya guideline yg biasa aku buat dan beberapa orang lain yg lebih berpengalaman mengamalkan perkara2 asas ni. Kalau betul nak belajar, praktikkan yg asas dulu, kemudian baru anda belajar untuk mencipta gaya anda sendiri.

“Frequently walk and talk to your gear to gain knowledgeand skills. Handle them like you drive your car home. Get a man to be yourmentor.Share your knowledge with others and you will get back what you hadpaid.Photography is a passion belong to passionate people. Not for show off.”- AbamjiwaAl-Hadi


 
 
 

Thursday, August 23, 2012

CENANG - SILVEREYE - CESMED

CENANG
 
 
 
 
KUAH TOWN NIGHT VIEW





Salammualaik dan salam eid mubarak, maaf zahir dan batin aku ucapkan kepada pengunjung2 blog yg tak seberapa ni. Kalau ada terkasar bahasa dalam tulisan aku selama ini aku pohon maaf.

Macam biasa, 2 3 bulan sekali baru aku jenguk dan update blog.

Seminggu sebelum Ramadhan baru ni aku dijemput oleh team SilverEye , KL untuk menjadi penceramah dalam program CESMED, UKM yang berlangsung di Langkawi selama 3hari 2malam. Alhamdulillah sukses walaupun kalut bagai nak rak. Isnin dapat approach, Selasa start buat note, Jumaat bertolak ke Langkawi.

Subject aku mudah, ASAS FOTOGRAFI LENSKEP. Jadi, aku bagi yg betul2 basic.. ada la 10% advance berkaitan long exposure dan filter. Kalau bagi lebih2 takut aku pening, depa lagi la pening. Mujurlah kawan baik aku Encik Mustafa Kamal (betul ke aku eja nama kau ni bro??) a.k.a. Em Kays sudi nak ikut. Kalau tidak, mau pecah berdarah lagi bernanahlah hidungku ini. Student tak ramai, ada kot dlm 10 orang sebab aku difahamkan oleh team SilverEye yg modul fotografi ini diberikan pada saat2 akhir sebelum program berlangsung. Depa kalut, aku pun kalut. Thats why dapat 10 orang ja student, campur dengan team SilverEye sendiri ada la dalam 15 orang.

Program bermula sebaik aku menjejakkan kaki ke tanah Mahsuri....setelah Em Kays hampir2 nak muntah atas aku masa dalam bot kekekekeke. Lepas check in, kami terus ke lokasi seminar, terus masuk kelas dan terus dengan sesi praktikal serba ringkas. Jadual esoknya sepatutnya bermula dengan outing sunrise, tetapi hujan turun dengan lebatnya seawal jam 5pagi membawa ke tengahari. Jadi, kami ngangalah sampai tengahari. Jam 1 petang baru bermula aktiviti mangroove sepanjang Sungai Kilim dan dalam aktiviti tu tak banyak aku boleh cerita sebab aku taktau nak cerita apa. Subjek aku lenskep, dok ataih bot susah la sikit nak shoot lenskep hehe. Jadi aku hanya berkongsi pengalaman serba sedikit dengan depa.

Jam 6.30 petang kami mula dengan sesi praktikal di Pantai Cenang. Sempat jugak aku dapat dua keping hasil seperti yang di atas. Waktu yang terhad tu aku sibukkan diri membantu student memahami ritual sebenar sebagai seorang lenskep fotografer. Sekali lagi jutaan terima kasih aku ucapkan kepada sahabat aku saudara Em Kays kerana beliau sangat banyak membantu masa sesi praktikal tu. In future, beliaulah yang akan aku usung untuk program2 seterusnya. Jadi, selepas dicongak2, kerja aku tak sampai 5 jam pun selama 3 hari 2 malam berada di situ. Faktor cuaca tidak mengizinkan kami berkongsi dengan lebih mendalam

Untuk makluman, ini kali pertama aku memberanikan diri tampil menjadi tutor untuk ilmu foto. Sebelum ni tobat mintak sempang sebab aku tahu keupayaan aku amat sedikit. Tetapi bak kata orang, ilmu yg kita beri tak akan berkurang.. jadi aku cuba jugaklah demi nak menyedut sedikit pengalaman. Boleh dikatakan juga bahawa penampilan pertama ini sebagai persediaan menghadapi the real situation yang akan berlaku pada bulan September ini di Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim.  Yang itu aku akan berkolaborasi dengan dua orang master Penang yang tidak asing lagi, brader Ridzuan Troy dan brader Keris Tuah. Sungguh aku berasa amat kerdil untuk duduk sebaris dengan dua orang nama hebat ini. Rasa macam aku ni semut dan depa tu ridsect hehehe. So, kepada yang berminat untuk menyertai workshop tersebut bolehlah hubungi PIC/penganjur seperti yg tertera pada poster di bawah. InsyaAllah kita jumpa di sana nanti.

 

Setakat ini sajalah untuk entry kali ini, insyaAllah ada kelapangan aku bercerita lagi. Sekali lagi terima kasih kepada Team Silver Eye terutamannya saudara Alfie yang sudi menjemput aku dan memberi kepercayaan penuh untuk menjadi penceramah dalam program tersebut, tak lupa jugak kepada team mate mereka yang lain, bro Asri Hashim, Andray, Eddi, dan Ajib... korang memang kelakau nak mamposss kekekeke. kepada pihak CESMED, UKM yang menganjurkan program tersebut juga jutaan terima kasih aku ucapkan. Saudara Jidin Giding, wedding photog terkemuka nih yang bertanggungjawab menghubungkan aku dengan Alfie SilverEye, thanks bro. Paling aku tidak lupa sahabat baik aku EmKays, tanpa lu memang pengsan dan mati kutu la aku. Walaupun kau teruk jadi bahan malam tu tapi aku tetap sayang kau hehehe. Juga kepada kaum keluarga, isteri dan anak2 tercinta yang banyak bersabar dan memberi sokongan 500% terhadap kerjaya aku, love you all. Sahabat handai, rakan taulan yang sama2 berkecimpung dalam dunia foto ini.. jutaan terima kasih aku ucapkan. Salam Aidilfitri kepada anda semua. Maaf zahir batin dari saya dan keluarga :)



Wassalam..

Monday, June 25, 2012

ESCAPE - KITA BERADA DI HUJUNG ZAMAN



EXIFF INFO:

Single Exposure 98"
F18
ISO100
ND Filter B+W110 (10stop)
Teluk Bahang, Penang.

Penghujung dunia ini adalah permulaan alam yang abadi. Jadi, aku risaukan penghujung hidup aku di sini kerana ianya akan menentukan permulaan hidup aku di sana.

Saturday, June 23, 2012

MENCARI AN-NUR


EXIF INFO:

1 exposure 119"
F18
ISO100
ND Filter B+W110 (10 stop)
Pantai Malindo, Balik Pulau.

Assalamualaikum.

Lama benar blog ini aku tinggalkan lantaran sibuk dengan kerja lain. Urusan duniawi tak putus-putus menikam benak otak dan qalbu. Namun, kesibukan yang amat sangat itu telah membawa satu perubahan dalam kehidupanku.Ternyata segala kejadian dan ketentuan Illahi itu ada hikmah yang tersendiri, yang kita hanya sedar apabila birai hati cuba menyingkapkan rahsia dan kasih sayang Allah. Dalam masa dua tiga bulan ni aku banyak bermuhasabah diri, mencari-cari siapakah dan apakah yang berada dalam jasad ini. Jasad yang aku gunakan untuk berkgerak di bumi Allah, aku gunakan untuk makan, untuk minum, untuk berkerja, untuk mencari ilmu, untuk bercinta, berbuat maksiat dan untuk beribadah. Jika hidup ini hanyalah sementara, sudah pasti dalam tubuh ini ada sesuatu yang abadi, yang akan dibangunkan untuk perhitungan di depan Allah nanti.

Aku sering memikirkan bagaimana keadaanya apabila aku mati kelak, bagaimana keadaan aku dalam liang lahad dan di manakah berakhirnya perjalanan aku di alam yang kekal nanti. Jika difikirkan hukum alam dan hukum Allah..dah tentu dalam kubur nanti aku direjam dengan belantan sampai terbenam ke bumi yang ke tujuh.Di akhirat kelak pasti aku diazab dalam Sa'ir yang hitam. Aku berfikir begini kerana aku tahu siapa diri aku. Apa yang orang keliling aku tahu tentang aku tidak mungkin sama sebagaimana aku dan Allah mengetahui diri aku. Teruknya aku...iskkkk..!!

Mujurlah Allah berikan harapan pada hamba-hambaNya. Setiap yang berdosa berpeluang mencari taubat. Dan taubat itu pasti kita jumpa jika kita benar-benar mencarinya. Harapan itu sajalah yang meyakinkan aku bahawa kesempatan masih ada. Jadi, aku tidak akan berputus asa dengan Allah... kerana janji-janji Allah adalah benar. Maka dengan itulah aku membuat kesimpulan bahawa jika kita tidak mampu menjadi yang terbaik, berusahalah untuk menjadi yang terbaik. Amalan kita dinilai dengan niat dan usaha. Jika kita pernah meninggalkan solat selama 10 tahun, dan sekarang kita bertaubat dan berazam untuk qada segala hutang-hutang solat kita tu.. insyaAllah akan dikira tebus walaupun kita hanya sempat qada untuk satu hari. Itu yang aku dengar dari mulut dua tiga orang bijaksana yang pernah aku jumpa. Wallahu'alam.

Moga kita diberikan umur yang panjang untuk menebus hutang-hutang kita dengan Allah dan hutang-hutang kita sesama makhluk. Mudah-mudahan kita diberikan nur keimanan, moga kita dimatikan dalam iman, moga kita dimasukkan ke syurga dan dihimpunkan dengan orang-orang yang beriman.

Wassalam

Wednesday, February 8, 2012

THE TALES OF SAKURA




Exiff data:

Single exposure : 74.1"
F20
ISO100
B+W ND110

Assalamualaikum.

Tadak apa aku nak cerita dalam entry ni. Sebab aku dah syok sendiri bila tengok gambar ni. Dan aku dah print sebesar 20x24" untuk digantung di dinding rumah atau dijual dengan harga RM8999 hehehe. Sapa nak?? Sila tempah, hanya satu ja akan aku print sebagai masterpeace.

Terima kasih.

Wassalam

Note:

"Tak salah kita berbangga dengan hasil kerja kita asalkan kita tahu dan yakin dengan apa yang kita buat "

Abamjiwa.