Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Saturday, March 26, 2011

See You Tomorrow


Sunset Kuala Muda

The Beauty of Sunset


Juga dari D60. Gambar JPEG yang dah compressed jadi 166kb. Sayangnya semua RAW file utk hasil D60 telah hilang ntah ke mana. Rasanya masih ada saki baki dalam laptop aku yg lingkup dimamah zaman tu. Kena godek2 balik harta karun dalam tu. Aku ingat lagi, masa shoot gambar ni kepala aku tengah tens. Kalau tak silap ada sedikit salah faham dengan isteri tercinta. Jadi keluar rumah terus menghala ke Kuala Muda, dok diam2 tepi pantai demi bermuhasabah diri mencari silap sendiri. Dan jadilah gambar ni berserta 2 keping yang di atas.. :)

Anger From The Sky


Ni pun dari zaman D60. Masa ni masih terkial2 mencari composition. Masih belum faham apa itu POV, POI, foreground pun ntah apa2, background lagi la sampah.. hehe

Tebaran Rezeki


Gambar ni aku tangkap pada hari pertama aku beli D60. Balik dari kedai Jack terus pi bertenggek kat Bagan Ajam dan melilau cari subjek. Dapat 1 shot terus balik tunjuk kat bini huhu. Terima kasih pada isteri tercinta kerana beliau banyak membantu dan memberi sokongan tak berbelah bagi... Love u till the end of my life...

Twin Sun

Jangan salah faham, watermark theDonstudio tu bukan bermakna aku dah curi hasil kerja orang lain. Itu memang watermark aku masa dok tercari-cari trademark utk hasil kerja aku. Finally, aku jumpa jugak.. Abam Jiwa Al-Hadi...hehe. Apa susah2.....Just be your self dude..

Into The Blue


Dlm mood memuat naik gambar2 lama, yg aku rasa terbaik pada mata akulah. Mata viewers wallahu'alam. Tapi inilah hasil2 kerja aku selama berpoya2 dengan Nikon D90. Gambar dari D60 pun ada jugak...sat nak korek dalam hard disk...

Gambar ni aku shoot dengan D90+ sigma 18-200mm HSM II OS. Masa ni aku dengan boss masuk ke kawasan Prai Wharf untuk buat kerja apa pun taktau. Boss aku suruh bawak kamera dan ikut dia, aku pun ikutlah. Sampai di sini dia suruh aku capture beberapa keping gambar wharf yang dah usang. Maybe company ada project kat situ. Dan masa tu aku noticed that the sky was clearly blue and some spot got very stunning figure of clouds... nun kat area Penang. Air pulak hijau, dan tiba2 ada bot lalu kot muara tu. Sebelum shoot aku tunggu bot tu dulu sebab dia datang dari arah belakang. Kalau aku tak tunggu dia masuk dalam composition dah tentu gambar ni dah jadi lain and maybe a bit boring. So, wait for the right moment to get a great  harvest...

Bon Voyage


Selepas lebih 6 bulan blog ni aku tinggalkan, kini aku kembali dgn semangat baru. Bukanlah bermaksud aku telah patah semangat, tapi sedang buat satu implimentasi yang agak slow motion. Aku ni mat slow. Dan aku bertindak ikut keadaan. Dan otak aku jenis otak seminit. Kalau tadi aku rasa mcm nak makan nasik ayam, sekarang mungkin aku makan muruku ja. Kalau esok aku bercadang nak pergi KL, maybe aku sampai ke Johor. Ya..otak seminit..