Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Monday, June 25, 2012

ESCAPE - KITA BERADA DI HUJUNG ZAMAN



EXIFF INFO:

Single Exposure 98"
F18
ISO100
ND Filter B+W110 (10stop)
Teluk Bahang, Penang.

Penghujung dunia ini adalah permulaan alam yang abadi. Jadi, aku risaukan penghujung hidup aku di sini kerana ianya akan menentukan permulaan hidup aku di sana.

Saturday, June 23, 2012

MENCARI AN-NUR


EXIF INFO:

1 exposure 119"
F18
ISO100
ND Filter B+W110 (10 stop)
Pantai Malindo, Balik Pulau.

Assalamualaikum.

Lama benar blog ini aku tinggalkan lantaran sibuk dengan kerja lain. Urusan duniawi tak putus-putus menikam benak otak dan qalbu. Namun, kesibukan yang amat sangat itu telah membawa satu perubahan dalam kehidupanku.Ternyata segala kejadian dan ketentuan Illahi itu ada hikmah yang tersendiri, yang kita hanya sedar apabila birai hati cuba menyingkapkan rahsia dan kasih sayang Allah. Dalam masa dua tiga bulan ni aku banyak bermuhasabah diri, mencari-cari siapakah dan apakah yang berada dalam jasad ini. Jasad yang aku gunakan untuk berkgerak di bumi Allah, aku gunakan untuk makan, untuk minum, untuk berkerja, untuk mencari ilmu, untuk bercinta, berbuat maksiat dan untuk beribadah. Jika hidup ini hanyalah sementara, sudah pasti dalam tubuh ini ada sesuatu yang abadi, yang akan dibangunkan untuk perhitungan di depan Allah nanti.

Aku sering memikirkan bagaimana keadaanya apabila aku mati kelak, bagaimana keadaan aku dalam liang lahad dan di manakah berakhirnya perjalanan aku di alam yang kekal nanti. Jika difikirkan hukum alam dan hukum Allah..dah tentu dalam kubur nanti aku direjam dengan belantan sampai terbenam ke bumi yang ke tujuh.Di akhirat kelak pasti aku diazab dalam Sa'ir yang hitam. Aku berfikir begini kerana aku tahu siapa diri aku. Apa yang orang keliling aku tahu tentang aku tidak mungkin sama sebagaimana aku dan Allah mengetahui diri aku. Teruknya aku...iskkkk..!!

Mujurlah Allah berikan harapan pada hamba-hambaNya. Setiap yang berdosa berpeluang mencari taubat. Dan taubat itu pasti kita jumpa jika kita benar-benar mencarinya. Harapan itu sajalah yang meyakinkan aku bahawa kesempatan masih ada. Jadi, aku tidak akan berputus asa dengan Allah... kerana janji-janji Allah adalah benar. Maka dengan itulah aku membuat kesimpulan bahawa jika kita tidak mampu menjadi yang terbaik, berusahalah untuk menjadi yang terbaik. Amalan kita dinilai dengan niat dan usaha. Jika kita pernah meninggalkan solat selama 10 tahun, dan sekarang kita bertaubat dan berazam untuk qada segala hutang-hutang solat kita tu.. insyaAllah akan dikira tebus walaupun kita hanya sempat qada untuk satu hari. Itu yang aku dengar dari mulut dua tiga orang bijaksana yang pernah aku jumpa. Wallahu'alam.

Moga kita diberikan umur yang panjang untuk menebus hutang-hutang kita dengan Allah dan hutang-hutang kita sesama makhluk. Mudah-mudahan kita diberikan nur keimanan, moga kita dimatikan dalam iman, moga kita dimasukkan ke syurga dan dihimpunkan dengan orang-orang yang beriman.

Wassalam