Abam Jiwa Al-Hadi

My photo
JURUFOTO LANDSKAP MALAYSIA 0125079961

Thursday, January 26, 2012

MENJADI YANG TERBAIK


Taken during my bussines trip in Kuala Lumpur, Malaysia.



Exiff data:
Nikon D7000
Sigma 10-20mm F4 - 5.6
exposure 0.4
F4.5
ISO 400
Handheld

Assalamualaikum.

Bercakap tentang fotografi ni semua mahu jadi yang terbaik. Gambar mau cantik, knowledge mau tinggi, editing mau mantap, lighting mau canggih, komen-komen yang diterima pun terbaik belaka. Nice, perghh, sempoi, cun, pengsan, pitam, kojol, mati katak.. semuanya best of the best. Tetapi pernahkah kita cuba menjadi seorang jurugambar yang bukan saja terbaik dari sudut kerja saja, bahkan moral dan akhlak yang juga terbaik? Pernah??

Saya percaya ramai yang pernah, tetapi kita manusia biasa banyak terkhilaf dan dosa. No body perfect. Namun, haruskah kita gunakan klaus begitu untuk terus menerus menjadi insan yang teruk? Fikirkanlah.

Selama bergelumang dalam dunia foto ini kenalan saya telah bertambah secara mendadak. Alhamdulillah, tiada seorang pun yang muncul sebagai musuh setakat ini. Semuanya kawan-kawan belaka. Walaupun kebanyakannya hanya di laman sosial "muka buku", bagi saya mereka tetap kawan. Cuma yang membezakan ialah dekat atau jauh, rapat atau renggang. yang renggang tu adalah yang add saya tetapi langsung tak pernah "salam", "assalamualaik, "hye, "hello" dan sebagainya. Mereka add dan pergi. Tetapi saya tidak berkecil hati. Biasalah dah nama pun facebook.. dah tu pulak duduk dalam satu komuniti yang besar. Memang sukar untuk berkomunikasi secara alam nyata.

Baik. Kenapa saya tidak ada musuh?? Saya selalu amalkan begini.

1 . SENYUM

Biarpun kita tak hensem, tetapi jika kita senyum penuh ikhlas bukan buat-buat... orang akan nampak wajah kita lebih bersinar dari permata bersulam emas. Senyum juga membuatkan orang senang melihat kita. Orang senang untuk dekat dengan kita bukan semata-mata kerana kita ni "otai"  tahap dewa dewi, tetapi sebab budi bahasa dan akhlak kita juga. Percayalah, harapkan gambar ja cantik tapi muka macam tokua sumbat, orang hanya akan hampir sebab nakkan pengetahuan yang kita ada. Bukan sebab nak jadi sahabat. Sebab tu lah dalam kebanyakan komen atau pm, saya suka letak simbol :).  Biarpun orang di sana tak nampak kita senyum, tetapi mereka tahu kita sedang senyum.

2. JANGAN SOMBONG

Bila orang add kita, dan kita review gambar dia tahap tin biskut belaka kita mula set dalam minda bahawa orang itu tak tau apa. Boleh la aku nak kelentong dia itu ini, boleh la aku nak buat "siru", nak buat sombong bongkak tak tau hala. Sebenarnya kawan tu low profile saja... gambar dia tak up kat FB tapi dah beratus keping terjual kat Getty, NatGeo, billboard dan sebagainya. Kita sombong dia tak rugi satu sen pun, tapi kita yang melepas.

3. JAGA MULUT

Mulut ni ada macam-macam kategori. Ada mulut yang jenis suka mencarut, ada yang jenis cakap main lepas dan ada yang jenis mengadu domba. Yang ketiga inilah bahayanya. Kita ada pasal dengan orang lain, kemudian kita pergi jumpa kawan yang lain dan mula bercerita itu ini. Sampai kawan yang tak ada apa-pun tu pun turut sama teracun membenci perkara yang dia tak pasti betul ke tidak. Kalau jumpa jenis ni, kita layan sudah, jangan simpan dalam CF card. Buat penuh memory ja. Buang karan.

4. HORMAT MENGHORMATI

Sekali pandang ayat di atas rasa macam baru nak masuk sekolah. Namun, walaupun kita dah habis sekolah tinggi sampai ke oversea sekalipun kadang-kadang kita lupa. Mentang-mentang kita ni terer, dah main kamera sejak zaman jahiliah lagi, kita mula pandang rendah pada orang-orang baru walaupun dia tu lebih tua dari kita. Ingat, sekarang ni abang-abang dan pakcik-pakcik pun ramai yang dah mula belajar fotografi. Mereka juga dahagakan ilmu. Jadi janganlah kita biadap dan kurang ajar walaupun kita dah otai. Kita dulu pun macam tu jugak, apa haram pun taktau. Jangan fikir yang kita dah terer kita boleh luku kepala orang tua-tua. Bab gambar tu gambarlah, tetapi moral kita macam mana? Begitu juga pada yang pangkat adik-adik. Kita tidak perlu buat muka toya kalau mereka bertanyakan soalan. Berikanlah ilmu itu dengan ikhlas dan rendah diri sebab ilmu itu juga dari Allah. Ya! Kita masuk kelas berbayar, habis beribu-ribu, offcozlah kena charge. Charge sudah la, tak payah buat bongkak mengalahkan George Bush. Jagalah bahasa, peliharalah akhlak dan hubungan sesama manusia. InsyaAllah, kucing pun akan sayangkan kita.

5. JANGAN BERBURUK SANGKA.


Jika ada kesilapan dari kawan-kawan tidak kira yang rapat atau tidak, ekspresi pertama saya ialah: Saya setkan dalam akal yang waras ini supaya menerima bahawa kawan saya tu tidak sengaja.

Contohnya;

Kawan anda belikan anda sebungkus nasik lemak dengan niat ikhlas nak belanja sebab dia baru dapat gaji. Dia jumpa anda dan berikan nasik lemak tu dengan muka yg ceria sebab gajinya masuk sekali dengan bonus. Kemudian, anda buka bungkusan tu dan terus makan tanpa usul periksa lantaran lapar sangat sebab gaji anda kena potong 3 bulan kerana selalu tuang kerja. Bila dah masuk dalam mulut baru anda terasa bahawa nasik lemak tu dah basi. Rasa macam tapai masam. Anda bingkas bangun seraya marah dan baling nasik lemak tu ke muka kawan anda tadi. Anda tuduh dia nak sabotaj anda yang memang dah sedia sengkek, anda tuduh dia nak bunuh anda yang dah nyawa-nyawa ikan sebab poket dah kontang. Anda tambah lagi dengan mengatakan dia saja nak perli anda dan macam-macam lagilah. Banyak sungguh sebab musabab yang membuatkan anda marah. Kawan anda tu pulak terpinga-pinga sebab taktau apa yang dah berlaku. Dia baru nak tanya anda baling pula kole teh o panas kena muka dia. Dia belum beri penjelasan anda dah taruh dia cukup-cukup. Dan dari situlah permusuhan anda dan kawan anda tu bermula. Syaitan pulak bersorak riang beraya sakan sebab dah berjaya merosakkan satu lagi pintalan silaturrahim sesama ummah. Yang sebenarnya kawan anda tu taktau langsung yang nasik lemak tu dah basi. Dia betul-betul ikhlas nak belanja anda cuma dia tersilap pada kali pertama. Yang sebelum ni ok ja pun anda melantak tanpa banyak soal. Kalau hari ini, esok, lusa, tulat dan tungging dia asyik kirim nasik lemak basi bolehlah anda nak sumbat balik nasik lemak tu dalam mulut dia. Tetapi hanya sekali kesilapan yang berlaku dan anda tidak beri dia peluang menjelaskan keadaan sebenar. Anda pula terus berburuk sangka hingga cempedak menjadi nangka. Jadi, anda dan kawan anda mulalah tak bercakap sampai bertahun hanya kerana sebungkus nasik lemak basi. Tiap kali selisih tepi jalan anda asyik nak debik dia dengan pasu bunga. Tak ke kesian kawan tu? Itulah buruknya kesan akibat buruk sangka.

Jadi, kawallah diri kita. Yang paling penting.. KAWAL HATI. Jangan bagi syaitan masuk menambah keruhkan lagi keadaan.


Kalau nak cerita bab moral ni jenuh lebam mata dan otak aku. Semuanya memang kita dah belajar sejak kecil. Mak ayah kita dah tunjuk, cikgu-cikgu dan guru kita dah ajar. Tetapi kita selalu lupa diri. Kemudian kita merungut yang orang tidak sukakan kita. Orang begitu dan orang begini. Kita salahkan musuh-musuh kita padahal kita yang mencipta musuh-musuh itu. Musuh begini saya panggil "musuh dalam kain" bukan musuh dalam selimut. Musuh dalam selimut itu adalah orang lain yang boleh masuk dalam selimut kita. Tetapi orang lain mahukah masuk dalam kain pelekat kita yang berbau macam ketupat hangit tu?? Tobat la kan. Jadi musuh dalam kain itu adalah diri kita sendiri. Cuba betulkan diri kita sebelum kita menuding pada orang lain. Walaupun tak berapa lurus, sekurang-kurangnya tidak bengkok terus. Gambar cantik, akhlak pun cantik. Masa tu barulah kita boleh meletakkan diri kita pada level yang TERBAIK.

Sebenarnya, saya tidak kisah kalau tidak menjadi yang terbaik. Tetapi saya amat ambil kisah kalau saya dikalangan yang terburuk.

Wallahualam.

Moga bertemu lagi.

Abamjiwa.

Monday, January 23, 2012

HARAPAN YANG MENJADI BEBANAN


Assalamualaikum

Pernahkah berlaku perkara begini pada diri anda ?? :
Anda pandu kereta jauh-jauh mencari lokasi untuk menambah koleksi landscape. Kaki anda tenggelam dalam selut sehingga mengorbankan sebelah kasut boot jenama John Bert yang anda beli dengan harga RM250. Anda kompo sampai naik kejang urat perut dan basah lencun view finder. Body kamera anda pula lokoih disimbah air laut. Kemudian anda pulang ke rumah dengan hati yang tak tentu arah sebab sunset pada hari itu sangat sebam tanpa warna. Dan anda tiba di rumah, review gambar..... haram sekeping pun tak boleh pakai. Adakah anda rasa sangat kecewa tertungging-tungging?? Konpom rasa macam nak baling kamera ke dinding kan?? Bila dah jadi macam tu makan nasik pun takmau, mandi pun tak basah, berak pun tak lawas. Marka telefon pun marah-marah hamba Allah tu siap mintak cerai.

Baiklah. Merujuk balik pada entry sebelum ni (OMBAK RINDU), gambar ini adalah gambar yang saya dapat pada outing yang sama. Lokasi pun sama, tempat duduk saya je yang berubah. Jika anda lihat gambar ini, adakah anda rasa saya sudah berpuas hati?? Adakah saya boleh makan nasik dengan perasaan amat sedap dan berak dengan perasaan berbunga-bunga?

Jika orang bertanya saya soalan yang sama tentang gambar ini, saya akan jawab " tidak, hari tu bukan rezeki saya". Sebab dah ada orang lain yang pernah shoot kat situ dan keluarkan gambar yang lawa-lawa lebih dari yang ini. Tapi saya tidak kecewa dan tidak berlari masuk bilik tekup muka kat bantal kerana saya dah tahu ini adalah perkara biasa.

Seorang kaki landscape yang hakiki pasti merungut serba sedikit jika alam tidak menyebelahinya. Tetapi, hari ini dia merungut, esok dia datang lagi. Lusa pun begitu. Sampai bila-bila selagi dia masih memeluk kamera. Rungutan itu bukan tanda kecewa atau tidak bersyukur, tetapi tindakan refleks yang dikeluarkan secara tidak sedar... berpunca dari HARAPAN UNTUK MENDAPATKAN GAMBAR YANG CANTIK SAHAJA. Maka, harapan itu juga secara separa sedar berubah menjadi tekanan. Dan jika harapan itu tidak tercapai, tekanan itulah yang menjadi bebanannya.

Tidak salah menyemai harapan, tetapi bersedialah jika gagal yang menanti anda. Mengambil gambar landscape bukan seperti mengambil gambar talent kangkang. Talent, anda boleh ubah, boleh post, boleh suruh dia pakai baju dan londeh baju dan pakai londeh dua tiga kali. Kalau hari hujan, anda masih berpeluang shoot model dalam bilik hotel Pak Tai satu malam RM45 ja. Jika hari dah gelap, anda masih boleh shoot model tu terkangkang guna speedlight, guna lampu kalimantang, guna lampu ayam. Banyak sumber cahaya tidak semulajadi yang membantu. Tetapi, bolehkah anda nak shoot landscape kat tepi bendang tengah malam dalam hujan bertemankan cahaya lampu ayam??

BOLEH !! Habuan nak suluh pacat di kaki sajalah.

Jadi, jangan terlalu kecewa jika anda gagal mendapatkan sekeping gambar yang diidam-idamkan demi nak melawan kawan-kawan lain yang pernah dapat gambar tahap WOW di tempat yang sama. Esok pasti ada lagi. Jika anda terus menerus rajin mencari bahan, anda akan dapat apa yang anda harapkan. Asalkan rajin anda itu bersulamkan ilmu. Percayalah, kalau hari ini sangat ohsem dengan kaler biru jingga dan magenta bagai.. tetapi anda turun tanpa ilmu di dada.. anda akan pulang tangan kosong. Lebih baik beli pensel kaler dan suruh anak anda conteng kertas kosong dalam rumah jadi jugak seni berunsur abstrak. Clear???

Entry ini berdasarkan status kawan-kawan kat FB yang saya lihat ada yang kecewa apabila tidak mendapat gambar yang dihajati. Dan ada pulak sorang kawan lagi yang menasihati supaya jangan frust.. just enjoy the beautiful scenery of the nature. Betul. Aku sokong kata-kata kawan yang sorang lagi tu. Memang kita tak dapat gambar, tetapi kita dapat menikmati keindahan alam ini dengan mata kepala kita sendiri di mana mungkin orang lain tak pernah lihat apa yang kita telah lihat. Bersyukurlah.

Sekian

Wassalam.

Abamjiwa.

OMBAK RINDU




Exiff data :

Exp 1/160
F18
ISO100


Assalamualaikum

Tadak gambar ombak pun??? Kohkohkoh...

Actually gambar ni aku shoot masa outing tekejut bersama abang Keris Tuah, abang Izham Khalid yang macho, Sam Kranz, Sfahimie, Taufik Art dan Fauzi. Lokasi ni di perkampungan nelayan Pmtg Damar Laut, Penang. Yang boleh tersembul perihal OMBAK RINDU ni sebab masa dok sembang-sembang mencari lokasi abang Tuah ada bagitau yang dia nak ke Langkawi. Tetiba dia tanya aku " abam ada tengok wayang Ombak Rindu tak?" Cuak gak la aku kehkehkeh. Sungguh, dah berdekad aku tak layan cerita-cerita macam tu. Kemudian katanya lagi, dalam salah satu scene ombak rindu tu dorang shoot kat Langkawi. View sunsetnya sangat mencengkam jiwa. Itulah kata abang Tuah. Tapi, lokasi spesifiknya belum dapat dikesan melainkan jenuh nak mencari dalam internet atau call tanya produser filem hehe.

Menurut abang Tuah lagi, view dalam scene tu mengadap sunset dan ada buaian dalam frame. Jadi masa tiba ke lokasi ni, aku nampak ada buaian bawah pokok, background ada sunset. Ermmm.. mcm ni la kot. Aku shoot sekeping. Dan boh tajuk Ombak Rindu. Sebab tu lah gambar ni bertajuk OMBAK RINDU.. kkekekekekkeke.. penin penin.

Btw thanks abang Tuah yang banyak berkongsi ilmu dalam sesi Teh Tarik selepas shooting,. InsyaAllah, lepas ni nak mengadap seorang lagi master besar kat Penang, Encik Ridzuan Troy Ismail. Banyak yang nak sedut dari dia.

Jumpa lagi.

Wassalam.

Abamjiwa

Wednesday, January 18, 2012

THE BLUISH SUNRISE

.


Exiff data:

Exp 1/500
F4.5
ISO100
FL86mm
Lens 80-200mm 2.8


Assalamualaikum



Semalam saja belek-belek dalam HD sebab dah taktau nak buat apa. Jumpa satu folder bertajuk "Cuti2 Penang". Created pada pertengahan tahun lepas. Semuanya gambar masa aku bawa anak bini p rilex kat Naza Hotel, Tanjung Bungah. Dan dalam album tu terselit jugak beberapa keping gambar "Outing Gelap Pah Gelap"  ke Penang yang diterajui oleh Raja Kamal a.k.a Ngku Li, juga turut serta insan-insan hebat dari pantai timur seperti Sham Khaleefa, Budak Azli Yah dan ramai lagi. Sir Mart and the gang dari Penang Flickr pun ada sama sebab mereka juga berkomplot dengan gang pantai timur dalam aktiviti ni. Memang meriah. Tahniah aku ucapkan pada penganjur. Gambar di atas adalah salah sekeping aku dapatkan masa outing tersebut.

Kebetulan aku nak ke Penang dengan family pada hari tersebut maka aku singgah la jugak jumpa kawan-kawan yang selama ni hanya bertegur sapa dan dok tag gambar dalam FB saja. Hebat.. mereka memang hebat. Bukan hebat dari aspek gear atau skills semata-mata. Tetapi juga hebat dari aspek persahabatan dan nilai-nilai ukhwah. Walaupun pertama kali jumpa respon macam dah kenal bertahun-tahun. Inilah bagusnya bila kita duduk dalam satu komuniti seperti ini. Walaupun bersahabat di alam maya tetapi di dunia realiti silaturrahim yang terjalin adalah lebih dari itu. Moga berjumpa lagi di lain masa.

Salam

Abamjiwa

PANTAI MURNI


Exiff data :

Exp 1/250
F20
ISO100
CPL filter

Pertama kali sampai ke sini pada awal Januari yang lalu. Boleh dikatakan menarik sebab mengadap sunset. Tapi subject aku hanya tertumpu pada detail selut pada foreground. Ada subject lain yg best sepertu tunggul kayu besar, batu berlumut dan batang paip panjang nun jauh di hujung sana. Tapi semuanya telah digagau dahulu oleh kengkawan lain. Yang turut serta pada hari kejadian ialah Sham Kam sebagai kepala jalan, Azrie Nasrie, Shukri Imigresen, Mazlan Mat Zain, SFahimie, dan tetamu istimewa Muzairi Mustafa yang kebetulan pulang ke kampung halamannya Kuala Kedah. Jadi on the way nak balik ke KL dia singgah join kami kat sini. Hazwan Hussain pulak sekadar datang jengah sekejap kemudian balik salin baju kemudian datang balik masa sesi Teh Tarik. Terima kasih semua sebab sudi turut serta dalam aktiviti ini. InsyaAllah ilmu yang ada dapat dikongsi sorang sedikit.

Dalam berpuluh-puluh shot pada petang itu, hanya ini yang aku ada. Yang lain telingkup teruk sebab aku taktau nak cari benda apa sebagai subject. Selut?? Yes, tapi confirm orang lain dah buat. Tunggul kayu?? Sham Kam kepala jalan awal-awal dah rembat masa dia berkunjung ke sini seorang diri dahulu. Batang paip? Aku malas nak jalan jauh-jauh. Lagipun Muzairi dan Shukri dah tala ke sana. Jadi, terpaksa aku fikirkan sesuatu. Biar ada walau tak best dari tak ada langsung setelah jalan jauh-jauh. Tetiba nampak cengkerang siput sebesar penumbuk ghurka ku ini. Jadilah. Maka diatur susunlah cengkerang siput itu mengikut kehendak mata yang dah naik lebam. Sekejap mereng sekejap senget sekejap telentang sekejap tertungging. Bukan cengkerang siput tu yang tertungging tapi aku. Letih la kompo kali ni.

Final. dapatlah yang ni sekeping. Hanya sekeping gambar biasa sekadar memenuhi tuntutan hati. Azrie ada tegur aku tentang pancang-pancang kayu kat kanan frame yang menyentuh pulau di horizon tu. Ya, dia betul. Sepatutnya tidak jadi begitu. FG dan BG harus dipisahkan jika boleh. Dalam kes ni aku gagal sebab masa shoot  kedudukan kepala aku dah sama paras dengan cengkerang siput tu. Macam bapak ketam terkial-kial nak keluar lubang. Jadi, mata aku tidak bergerak seiring dengan otak yang kekurangan oksigen sebelah kiri. Maka jadilah kompo begini. Huh! Thanks atas teguran Azrie.


Sekian

Abamjiwa